Pages

31 Disember 2010

Pening nak edit

Inilah hobi aku sanggup habiskan masa berjam2 untuk edit blog apatah lagi kalau nk tukar ke theme yang baru.Memang sangat melecehkan sebab banyak benda nak kena edit.Tapi hasilnya tidaklah sebeberapa.Cuma kepuasan dalam mencari theme yang baru.Bagi mereka yang suka hobi ini fikirlah semula kerana ia amat menyusahkan kecuali anda banyak free waktu ini.

28 Disember 2010

Selera atau selesa?

Rasa kenyang tak tengok gambar kat atas tu?bukan sengaja nak tayang cuma kenapa orang suka tayang cam 2?Kemudian bila komen mcm2 alasan yang diberikan.ikut trendlah...ikut majlis lah...ikut suasanalah...erm jangan mata jadi juling sudahlah...

Mas atau Indon juara piala AFF Suzuki?

Ramai peminat yg menanti 90 terakhir di stadium Bung Karno.Apa yang menariknya kali ini?Menariknya inilah saat yang dinantikan oleh rakyat Malaysia untuk menjadi juara buat kali setelah sekalian lama untuk menjadi juara.Kemenangan 3 0 jadi bekalan namun masih belum cukup memadai seandainya kita kewas dengan 3 0 di sana.Mental jadi kekuatan para pemain sedangkan lautan merah putih menanti dengan penuh gairah sekali.Stadium yang begitu keramat bagi semua peminat fanatik Indonesia.Bezanya di sini kita ramai penyokong Indon sedangkan di sana mungkin tiada pakaian ala2 hitam kuning atau biru.
Ayuh Malaysia buktikan walaupun apa cara sekalipun asalkan kita berjaya membawa pulang cup ini.Ramai yg menantikan saat ini.Lupakan apa sahaja gejala antaranya pancaran laser yang pasti menjadi topik hangat kali ini.Inilah alasan yang mungkin diberikan oleh pemain indon sedangkan pada peringkat awal sememangnya laser itu ditujukan kepada pemain Malaysia sewaktu beraksi di peringkat kumpulan.Bukan lupa daratan kerana Malaysia ketika itu sangat mengharapkan Thailand tewas kepada Indon bagi melayakkan Malaysia ke peringkat separuh akhir.Lupakan sahaja kerana bola sepak adalah profesional bukannya mengharapkan simpati semata-mata.
Malaysia hanya setapak lg untuk menjadi juara.Juara yang pasti dikenang di sepanjang zaman.Ingat Hafiz Hashim yang menjuarai All England sebelum ini sentiasa dikenang hingga ke hari ini.Ayuh Malaysia buktikan!Lupakan sejenak piala asia apatah lagi piala dunia tapi jadikan ini sebagai satu titian semangat Malaysia untuk mara dgn lebih gagah lagi setanding dgn negara asia lain.Malaysia Boleh!!!

14 Disember 2010

Pinjaman ASB menguntungkan?

Korang biasa tak dgr promote ttg nie pinjaman nie? Tapi yg masih baru dan segar pinjaman nie dlm bentuk sijil dan sijil itu dipgg oleh pihak dlm jangka masa pinjaman dibuat.Konsepnya mudah je korang buat pinjaman ASB daripada bank dan bank laburkan ke dalam akaun ASB.Tapi korang kena bayar lah duit yang korang pinjam kat bank tadi.Advancenya korang bukan sahaja dapat balik pinjaman dibuat malahan korang dapat dividen daripada pinjaman ASB yang korang laburkan td.Sebagai cth korang pinjaman rm10000 daripada bank dan bank laburkan dalam akaun ASB.Tiap2 bulan korang kena bayar kat bank berdasarkan jumlah yang ditetapkan.Cthnya klu amik 20 tahun korang kena bayar rm67 sebulan pada bank.
Rasanya rmi yg dah faham konsep nie, mudah saje cuma adakah menguntungkan pada kita.Pada pendapat aku la ada pro dan kontra.Pronya daripada xmenyimpan langsung baik hulurkan je kat bank and anggap sebagai simpanan hari kemudian.Ckp tahun dapat sijil dan dividen daripada ASB.
Tetapi kontranya klu own saving lagi menguntungkan kerana duit kita hak kita sedangkan pinjam dengan bank mestilah ada win2 situation.Jadi ini terpulanglah pada korang sendiri.Aku akur aku mmg lemah nk kumpul wang sendiri.Disiplin aku tahap gaban soal wang kecuali aku simpan dan duit mmg susah nk kuar dan cara cm2 mmg aku mengalah.Maklumlah kehendak manusia tidak terbatas.
Tapi nasihat aku pada yg muda elok sgt lah amik, sbb korang blh menikmatinya di usia awal dewasa.Tak banyak pun just rm67 je.Rokok leh lebur xkan simpanan xleh labur.Aku dapati rmi budak2 muda dah sedar akan skim ini.Apapun bergantung kepada korang sendiri.Skim nie korang leh dapati daripada Maybank , RHB dan CIMB.Bank lain aku xpasti.So akhirnya LU FIKIR LA SENDIRI...

Rindu pada blog

Lama x menjenguk blog nie tapi bila buka sekali sekala rs cm dah lupa jer nk setting blog.Banyak benda yang dah baru senang cakap mcm2 ada.Mungkin blog x sehebat twitter or facebook tapi kat sini leh taip panjang2.Akhir kata nak join peraduan lah...

05 Disember 2010

Boringnya

Apakah cara terbaik untuk hilangkan kebosanan di kala ini?

28 Oktober 2010

Kesyahduan Maher Zain

Indahnya bait2 kata dalam lirik lagu Maher Zain.Gaya yang agak relaks menjadikan iramanya menyentuh jiwa dan sanubari.Aku pun dah download dan menjadi santapan jiwa aku di dalam kereta.Sangat menyentuh perasaan.Artis Mas bila lg nk wat album macam 2.Tapi biasanya klu suka meniru hasilnya kurang menjadi.

25 September 2010

Bonus 2 bulan?

Sekiranya belanjawan tahun ini diberikan 2 bulan alangkah indahnya hidup ini.Tapi kakitangan swasta mulalah bising konon asyik mintak bonus jer kerja pulak tak seberapa.Hakikatnya kakitangan kerajaan adalah kekuatan atau tunjang utama membawa kejayaan sesebuah negara.
Contohnya kerjaya cikgu cabarannya amat tinggi dengan rintangan pelbagai aspek sama ada pihak ibu bapa pengurusan dan sebagainya.Tapi bila dah berjaya pengorbanan guru tidak dipandang enteng oleh masyarakat luar.Fikir fikirkan...

13 September 2010

Selamat Hari Raya buat semua

Tidak terlewat rasanya aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua rakan2 bloggers.
Kalau ada kelapangan jemput dtg ke rumah.Persiapan ala kadar sahaja setakat mana yang mampu.Berlebihan pun tidak elok dan sederhana adalah yang terbaik.

31 Ogos 2010

Kesibukan dalam FB

Buat masa nie just aktif fb jer tp perlu diingat blog xkan dilupakan sekali2.Terima kasih kerana follow me.

04 Ogos 2010

Siapalah AKU

siapalah aku nk merayu supaya pilih aku silap aku kerana aku n hampir pasti siapalah aku untuk mereka.akhirnya kini mcm sudah sampai ke kemuncaknya.maruah yang sudah kerap kali dicabar.cabaran yg amat getir dialami.perlukah aku melayan semua ini.skrg jiwa aku agak buntu.bukak fb pun ilang idea nk tulis apa sebb setiap apa yang dipersembahkan menggangap itulah yang ditujukan pada musuh aku.
kau kawan aku aku penah tlg ko aku penah bermesra dgn ko , ada masalah kadang2 leh share tapi sikap luar biasa akhirnya binasakan diri ini jua.ko tikam aku ko ingt aku buta huruf, aku celik akal la.aku blh bc menghayati dan memalukan lah kamu meletakkan di tempat yg ada status.eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeei geram sungguh aku, mujur ada blog tension gilerrrrrrrrr babai cm dicarik2 jer hati ini.

02 Ogos 2010

Apa erti kawan

Apa erti kawan kalu keaiban kita dihebohkan, fikirlah dgn waras, bukan nak tunjuk alim tapi klu kemaluan aku diketawakan oleh orang disisihkan org mana aku nk letak muka aku.Prosedur dia mudah sahaja jgn cerita klu memalukan kawan sendiri.Lepas tu senda aku kutuk aku dalam fb konon xleh ctr lebih2 nanti mengaibkan.Klu ctr benar sekalipun jgn la sebut nama adoi xfhm bahasa sungguh.Pening aku dapat kawan cam kamu.

19 Julai 2010

Aku rindu korang semua

Aku mohon maaf mmg dah la xbuka blog, maklumlah sekarang nie semua org gler fb.Tapi blog bg aku penting jugak sebb asal aku berkarya dari blog, cuma sekarang dah banyak pilihan jadi susah nk fokus pilihan yang banyak.
Hakikatnya aku rindu semua kawan2 blog.Ramai sgt aku rindu aku nk tau perkembangan korang.Terima kerana masih ada yang sudi berkunjung di blog aku.Terima kasih yang sudi bg pandangan komen, terima kasih banyak2.Aku harap korang suport aku dan aku sudah pasti suport korang.
Selepas aku cuba luang masa blog.

11 Julai 2010

Kenduri di rumah makwe aku

Hari ni teruk aku kena bangbu, kena kutuk rapat serapatnya.Yerlah aku mmg xda tlg apa-apapun, mmg aku rs penghinaan tetapi aku kena melaluinya juga walaupun pahit.

05 Julai 2010

Pasukan pilihan tewas

Semua gile bola bola dan semua pasukan pilihan tewas.Semua kenal Brazil tapi tewas jugak.Semua kenal Argentina tapi jugak.Pilih sahaja team yang ada.Apa yang pasti waktu 2.30 am adalah waktu yang sangat mengantuk.Sekali sekala apa salahnya.

16 Jun 2010

Demam Piala Dunia

Sekarang duk demam piala dunia.Semua orang memperkatakan tentang piala dunia.Semua orang memilih pasukan masing2.Hampir semua orang sanggup berjaga malam semata2 ingin menonton bila sepak.Seolah2 waktu terisi dengan bola.Segalanya bola.
Aku juga dengan team aku sendiri.Walaupun tiada yang tetap namun mungkin aku ingin memilih england atau itali.Cuma yang merungsingkan aku sedikit ialah bunyi vuvuvela yang menyakitkan telinga mendengarnya.Tapi buat masa sekarang FIFA benarkan bunyi tersebut walaupun terdapat rungutan daripada pemain bola sepak.Bunyinya macam sekumpulan lebah yang agak nyaring menengelamkan bunyi sorakan penonton.
Apapun selamat menonton...

02 Jun 2010

Senangnya dalam hati

Senangnya dalam hati kalu ada org amik berat amik kesah amik peduli tentang kita, terasa bahagiasangat.Kemana sahaja ditanya apa dibuat ditanya apa dilakukan ditanya.Boleh dikatakan semuanya di amik kisah sama sekali.Namun siapakah yang layak untuk memegang status ini.Tiada jawapan dan kalu adapun ia pasti mungkin agak menyukarkan.

01 Jun 2010

Penangan FB

Hebat sungguh penangan FB sehingga blog diabaikan.Namun tak semua begitu sedangkan di kiri blog ini aku lihat ramai lagi yang aktif.FB ini sekadar mencari kawan sekadar menjemput kawan tetapi FB sebenarnya memang benar2 bermanfaat sebenarnya.Kadang2 hampir berjam2 lamanya sanggup menghabiskan masa dengan FB.Ada sahaja perkara yang menarik untuk dinantikan.Apapun blog tidak dilupakan.

24 Mei 2010

Komen untuk AF8

Dulu dgn sekarang jauh beza.Dulu pengikut AF sgt ramai tp sekarang sudah agak selesa dgn jumlah penonton yang ada.Mungkin banyak faktor atau aura penyanyi itu sendiri yang tiada kurang tarikan.Komen aku tidaklah pedas cuma aku rs aura AF sudah kurang menyengat.Aku bukan ahli muzik malahan aku adalah 0 atau zero tentang muzik.Cuma aku melihat acara akhir pertandingan.Lagu2 yang disampaikan oleh penyanyi kurang menonjol bakat sebenar artis tersebut.Lagu yang agak ketinggalan zaman.Cuma mujurlah lagu baru Shahrir membuat hatiku sedikit terhibur.Lagu2 yang lain mungkin sekadar sedap didengar sahaja.Pengacara jugak memainkan peranan yang penting cuma pengacara AF kali ini kena banyak buat ulangkaji supaya penonton terhibur dgn telatah mereka.Bukan nk buat lawak tapi daya tarikan sekurang2nya ada.Tengok rancangan Top Host dibuat dalam keadaan simple tapi persembahannya sangat menyeronokan cuma hadiahnya yang kurang memberangsangkan.Apapun sekiranya ada sambungan AF9 dharap penampilan berbeza seperti yang ada sekarang.
p/s:teringin nk tengok imam muda.

Fikiran berserabut

Banyak sangat yg nk kena fikir tambahan dgn kerja yang menimbum.Aku cuba listkan apa masalah namun masalah dalaman yang menjadi kekangan.Kadang2 aku enjoy apa yang aku buat tapi masalah yang lain akan menunggu kita.Cuma aku memerlukan sedikit ruang untuk aku berfikir dalam keadaan yang tenang.
p/s:facebook aku menjadi perhatian kini.

22 Mei 2010

Musuh add aku

Apa kesnya musuh nak add aku dalam facebook.Dia ada strategi ke nak kenakan aku.Tapi silap aku jugak aku terima pelawaan dia tanpa melihat siapa dia yang sebenarnya.Tapi kau xkisah sekurang2nya permainan ini menjadi lebih jujur dan terbuka.Tengoklah nanti kehebatannya sebab dia menganggap aku budak kacang dan begitu mudah dipermainkan.

Musim hujan

Mungkin musim hujan sudah kembali, syukur teramat sgt.Ini kerana hujan adalah rahmat tuhan yang tiada nilainya.Syukur teramat sangat.Bila musim panas badan aku jadi gatal dan bayangkan on kipas sahaja mesti yang no 4 dan 5.Itupun masih panas.Musim hujan ini ada juga keburukannya iaitu kita tak blh bergerak bebas.Apapun aku xkisah sebab segala yang berlaku ada rahmatnya dan ada hikmahnya.

14 Mei 2010

Hari penentu Malaysia

Kejohanan Piala Thomas hari ini menemukan perlawanan di antara Malaysia dengan China.Secara rambangnya Malaysia bakal tersingkir.Namun diharapkan Malaysia menunjukan prestasi tinggi untuk menumbangkan tembok besar China.

13 Mei 2010

Iklan kena tarik balik

Dulu aku jangka ligat jugak nak buat iklan.Banyak blog kalau kita kita tengok ada buat iklan banner.Namun aku merasa sikit hampa kerana kurang atau memang tidak mendapat sambutan.Jadi aku amik keputusan untuk stop iklan dulu.Cuma nuffnang sahaja yang ada.Tengok kalau ada ada perkembangan menarik aku akan letak banner iklan semula.Terima kasih sokongan anda semua.

12 Mei 2010

Skill memandu ok tetapi...

Aku fhm ko dah lama bawak kereta dan aku faham ko mmg dah hafal selok belok jalan.Tapi kadang2 ko perlu jugak diberi teguran.Eh apa kes nya nie.Kes ini ialah tahap cara ko memandu membahayakan orang lain.Ko hampir nk langgar aku tapi sempat aku mengelak.Lain kali bila nk drive jangan letak or dukung anak kat stereng.Aku fhm ko ayah mithali tetapi cara ko memandu membahayakan.Buatnya anak kecil ko merengek dan meronta2 silap2 ari bulan kereta ko jatuh longkang pun blh.Mmg tiada kesedaran sivik.

11 Mei 2010

Attitude?


Memang benar perubahan sikap sgt penting dlm kehidupan.Selagi ada perasaan yang cepat mengaku kalah cepat putus asa mmg kita tak blh pergi jauh.Tetapi kadang2 kita nie pandai bercakap sahaja tapi kita juga kerap memberi pelbagai alasan.Contohnya kawan aku memberi pendapat dan idea serta pelbagai komen tetapi bila aku ajak atau suruh dia buat ternyata pelbagai alasan.Lumrah manusia yang hanya pandai berkata2.Aku xkata aku perpect tetapi biarlah kata ada asasnya.Ini bg komen cukup bijak dgn gaya badan sekali.Tetapi bila aku keluarkan arahan untuk buat mcm2 alasan yang diberi.Nyata jgnlah pandai berkata dan lebih baik cermin diri kita dahulu.

10 Mei 2010

Avira berkesan

Dulu aku ada sentuh tentang virus rv host.Pada mulanya aku gagal nak buang kenyataan dia bila nak mula windows (startup).Namun begitu aku kembali guna antivirus Avira (free edition).Dan ternyata ia berkesan.Bila nak startup mmg kenyataan rv host tu mmg dah xda dah.Nyata memberi impak yang baik kepada komputer.Cuma digalakkan pengguna agar kerap scan virus.Kena rajin selalu.Jadi terima kasih avira kerana memberi servis yang memuaskan.Free la katakan.

08 Mei 2010

Bila orang kata aku gemuk

Bila orang kata aku gemuk apakah jawapan yang paling pedas, sinis dan kelakar untuk aku jawab padanya.Hadiah rm5 topup kepada mereka yang memberikan jawapan yang paling aku suka sebb akulah jurinya dan hakimnya.Kawan aku penah xkan makan nasi selama 4 bulan tapi beratnya hanya turun 400 gram sahaja.Cuba bayangkan tiap2 hari buat senaman.Ini kan aku yang nak menjaga hati orang mmg aku jamah mengikut selera aku sendiri.

Iklan biskut

Penah tgk iklan biskut x, mesti penah kan ala aku pun cam wartawan jgk xnk la sebut iklan tu.Cuma yg menariknya pakaian yang dipakai.Nampak segala bentuk yang ada.Dulu artis nie mmg terkenal dgn gaya yang sopan tapi bila tgk iklan tu sedikit sebanyak menimbulkan persoalan.Tapi ikut selera masing2 sbb kalu kalu nak ctr panjang lebar artis tersebut xkan mengaku kesalahan dia.

06 Mei 2010

Kenapa pilih Nokia?

Semalam aku dah berjaya tolakan Sony dan amik yang baru Nokia.Kenapa pilih Nokia?
Ini pendapat aku sendiri dan tak ada niat nak bandingkan dengan syarikat yang lain.Pada pendapat aku nokia adalah tahan lasak kerana jatuh banyak kali pun masih mampu bertahan dalam keadaan sedia kala.Bateri dia juga tahan lama.Kalau setakat 2 or 3 hari memang tak ada masalah.Lagi 1 spare part agak murah dan senang didapati dan paling penting kecantikannya jelas memukau aku untuk membelinya.Ikut selera masing2.

05 Mei 2010

MU di hujung tanduk

MU bakal mengigit jari seandainya Chelsea menang dengan Wigan.Apapun inikan bola sepak apa sahaja boleh terjadi.Dulu pun xda sape pernah meramalkan Korea blh layak ke separuh akhir Piala Dunia.Tapi hakikatnya mmg perit untuk diperkatakan sebb Chelsea sudah berada tahap kemuncak.Apapun ahad ini adalah penentunya.

04 Mei 2010

Bila aku menggatal

Bila aku start menggatal habis ku rabakan!Mungkin kenyataan ini agak merimaskan tetapi kisah sebenarnya ialah bila badan aku gatal habis satu badan aku garukan.Sekarang nie musim panas jadi bakteria mudah merebak.Oleh itu badan aku cepat gatal.Bila dah start gatal aku garu sepuas hati dan akhirnya meninggalkan kesan parut.Banyak kaedah aku cuba untuk elakkan tapi mmg xmampu.Akhirnya kulit yang putih menjadi kesan parut.Kecewa tu mmg la tapi bila dah gatal mmg sukar nak dielakkan.

03 Mei 2010

Blog masih no 1


Sekarang menu utama ialah facebook.Tak payahla nak cerita facebook sebab budak kecil pun tahu nak buat facebook.Menariknya facebook kita dapat berinteraksi secara langsung dan kita dapat mencari kawan2 yang lama.Namun begitu aku juga ada buka facebook tapi xda sorang pun nak komen.Sehingga aku merasakan ruang yang kecil untuk aku berinteraksi.Akhirnya blog juga menjadi pilihan aku.Cuma di sini aku lebih selesa dengan privacy.Cukuplah menjadikan diri ini lebih matang dengan perkongsian idea dengan rakan2 yang lain.Apapun aku akan kembali semula dengan facebook dan twitter supaya rakan2 yang lain boleh mengikutinya.

Iklan Kesihatan

Kalau iklan kesihatan mesti kena pakai ketat ke.Tapi wajib kot sebab bila try produk tu mesti body baik punya.Aku xlarat nak komen tapi korang boleh analisa sendiri.

30 April 2010

Pembaca berita yang bergaya

Kelakarnya apabila pembaca berita wanita memakai tali leher dan kot.Mungkin ingin kelainan namun nampak janggal bagi mereka yang jarang menjumpainya.Kadang2 bukan nak dengar berita yang disampaikan namun gelihati melihat pakaian sedemikian rupa.Alahai buat mcm biasa sahaja sebab apabila perubahan begitu pasti agak janggal dan ramai nanti yang akan mempertingkainya.

26 April 2010

Kisah di sebalik tabir

Kisah di sebalik tabir mmg korang xtau atau sengaja buat tak tau.Tapi aku bersedia memaafkannya.Sebenarnya aku telah menukar layout ini banyak kali alkisah aku tak puas hati dengan template yang aku dah ambil.Jadi banyak kali aku dah download dan klu korang peka blog ini dah banyak kali tukar rupa.Inilah perangai yang aku xblh ubah setiap kali aku buka internet.Aku harap korang tak kecik hati dengan sikap aku ini.Bagi lah nasihat pada aku agar aku setia pada yang satu.

23 April 2010

Manusia malas berfikir

Manusia macam aku malas berfikir , kerja yang mudah aku ambil keputusan dan hasil yang agak merimaskan.Korang tau aku nie jenis yang sangat careful dan akhirnya aku menyesal dengan hasil yang dah aku buat.Contohnya kalau potong kain tak sama aku jadi sesal kemudian bila nak bagi elok aku malas nak fikir bagaimana nak potong cari yang elok.Inilah masalah yang aku hadapi.Cepat semangat tinggi dan cepat semangat luntur.Itulah realiti kehidupan aku.

22 April 2010

Agaknya mencari kesempatan

Mentor 4 kini akan berlangsung tak lama lagi, dan yang menariknya edisi untuk mencari bakat menyanyi yang terpendam.Sampai nk putus urat perut dibuatnya kerana kebanyakkan yang datang hanya untuk mencari publisiti masuk tv semata-mata.Yang pasti memang suara dah hancur tapi masih keinginan nak mencuba dan akhirnya menyalahkan mentor yang tidak pandai memilih yang terbaik.Ada di antaranya yang menangis bagai nak rak kerana dia x terpilih.Hakikatnya satu Malaysia yang tengok dan kalu ini rupanya nak jadi penyanyi , mmg btl lah kat mus may kena p klinik check suara...hahahaha.
Bukan nak mengkeji atau menghina kerana menjadi penyanyi semua orang mampu buat tetapi masalahnya bakat untuk dia pertahankan sampai menerima beberapa anugerah.Tapi x mengapalah asalkan mencuba tetapi wajarlah ukur badan diri sendiri dulu.Apa kata masuk pertandingan azan lagi baik tapi ada ke pertandingan tersebut?

21 April 2010

Stressnya hari ini

Hari ini agak stress.Stress disebabkan sikap seseorang yang pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan keadaan orang lain.Aku ada suruh orang baiki rumah aku dan baru sekerat jalan dia menghilang diri.Masalahnya dia bukan warganegara Malaysia dan ini amat aku kesali.Aku dah bayar separuh duit pada dia dan berlandaskan kata manisnya rumah aku bakal siap tak sampai sebulan, tapi malangnya dia dah menghilangkan diri.Mujurlah aku masih dapat kesan di mana rumahnya.Cuma yang amat aku kesali kenapa dia tak contact aku kenapa dia tak maklumkan aku dan kenapa aku menjadi mangsa.No telnya dah call banyak kali tapi xda respon.Akhirnya aku pasrah aku tawakal dan aku redha, adakah ini balasan tuhan pada aku?Aku yakin apa yang berlaku ada hikmahnya cuma otak aku amat letih memikirkan kesudahan cerita aku ini.Kerana otak aku berlegar2 mencari jawapan apakah yang telah diinaya oleh orang itu.Ya Allah tolonglah hamba Mu yang lemah ini.

16 April 2010

Bila nak start diet

Makan makin berselera, bayangkan pagi kul 9 dah makan nasi kemudian tghari jugak nasi dan besar kemungkinan disambung malam juga nasi.Kalu kerap makan nasi mmg perut buncit la jadinya.Tapi nafsu makan adalah yang paling sukar ditahan.Bak orang mengata, makanlah apa sahaja nanti bila nak sakit makan pun xlalu.Tapi kaji balik sepatutnya kita mengamalkan cara makan yang baik.Tapi sekarang langkah itu masih jauh.Umpamanya kalu ada tghari ada nasi kandar, petang pulka ada nasi ayam jadi adakah kita mampu menyekat seleranya...
Aku xda jawapan untuk tajuk di atas.Apa yang pasti angan tu masih ada cuma aku xpasti bila nak mula setelah saiz seluar aku menjangkau 40 inci.Harap maklum...

12 April 2010

Anak patung ke?

Kembali gegar kembali menyayat hati kembali manusia berperangai binatang.Sayu rasa hati nilai manusia sangat murah sekarang.Nilai yang boleh dibeli dengan mencampakkan ke dalam tempat sampah.Masih baru lagi alkisahnya pembuangan bayi yang kini semakin parah.Nak salah sape lagi dalam hal ini pahadal yang paling dekat dengan bayi adalah ibunya sendiri.Nak buang kucing pun xsanggup inikan nk buang bayi.Logik akal manusia sudah jauh menyimpang.Apalah dosa bayi tersebut dibuang bagai najis umpama membunuh dgn perasaan yang amat kejam sekali.Tiada hukuman yang layak melainkan ke tali gantung.
Orang di luar sana bersusah payah menghabiskan ribuan ringgit semata2 ingin mendapat cahaya mata.Ini sudah berada di hadapan mata diperlukan dengan tidak berperikemanusiaan.Dosa apa yg ibu lakukan janganlah bayi menjadi mangsa.Rujuklah hadis mana2pun pembuangan bayi adalah hukuman yang amat sukar dimaafkan.Fikirkanlah...

09 April 2010

Senyum bahagia

Senyum bahagia bagi mereka yang belum terkena!Mcm orang smoking la nampak cam hapy and macho sgt bila smoking.Hembusan asap begitu hebat sekali.Tapi hakikatnya jiwa menderita mungkin bakal menanggung segala seksa sakit.Tapi aku ada kawan umor sudah 63 tahun tapi main badminton macam baru umur muda dan silap2 Dato Lee Chong Wei pun blh kalah...hehehe.
Dia merokok tapi dia bahagia dia naik motor buruk tapi dia bahagia , berbanding dgn aku yg amat pantang bau asap rokok belum tentu aku sihat sepanjang masa.Allah Maha Besar aku sujud padamu, aku mmg akur dgn ujianmu.

05 April 2010

Bila dah sakit macam nie?

Bila dah sakit macam2 difikirkan?Rs kecewa pun ada namun perjalanan harus diteruskan.Cuma diri ini dah mengalah sebenarnya sehingga hati aku berkata2 yg bukan2.Aku akur inilah padahnya bila aku xberingat sebelum kena.Tapi bila dah mcm nie tak keruan dibuatnya.Namun aku yakin ini semua balasan tuhan pada aku.Sesungguhnya aku masih bersabar...

02 April 2010

Wajar terima balasan?

Dulu aku ada gak mesej kt ko and ko pun balas tapi sekarang ko dah xnak balas mungkin disebabkan ko dah tahu kejahatan aku jadi ko pun mcm nak menarik diri.Sekarang ko terima reaksi aku pulak.Jangan harap aku nk tegur ko walau aku tau ini bukan cara aku, tapi apakan daya ko yg ajar aku cara untuk menyombongkan diri.Maaf ye...

28 Mac 2010

Seronoknya ada Astro Arena

Mungkin ramai yang belum tahu tentang channel baru astro ini?Tapi bagi peminat sukan tempatan inilah yang dinantikan selama ini.Sememangnya rakyat Malaysia dahagakan sukan2 dari Malaysia.
Astro menayangkan aksi atlit2 tempatan beraksi samada secara rakaman atau siaran langsung.Antara yang bakal mendapat liputan ialah Liga Super.Jadi kita harus berbangga kerana sukan di Malaysia sudah mendapat tempat di hati rakyat.Terima kasih astro.

24 Mac 2010

Top Host yang menghiburkan

Peringkat permulaan aku agak malas nak tgk cerita nie tapi lama2 kelamaan aku menjadi tertarik.Puncanya rancangan ini ala2 siri rancangan popular Amerika iaitu Aprentice.Betul ke ejaan tu.Jadi aku pun mengikutilah rancangan ini.Mungkin mereka masih xtau apa yang ada dalam rancangan top host jadi korang kenalah tgk sendiri di mana watak Ally Iskandar agak serius, hehehe.

Manusia berpegang pada janji

Memang jelas sekali maruah aku tercabar, al kisah punya cerita aku juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan sama dengan manusia macam kau.Tapi kau dah buat apa dengan aku bikin malu satu tempat.Tempat tu pulak adalah puak orang mengutuk dan suka jaga tepi kain orang.Jadi bayangkan tahap kemaluan yang ingin aku simpan di dalam perasaan.
Al kisah punya cerita konon kamu memang pandai simpan rahsia dan diakui sangat bijak bermain kata-kata.Perempuan la katakan manis di bibir bak lagu Zainal Abidin.Dan aku yakin sepenuh hati kamu akan simpan rahsia aku walau apa yang terjadi.Tapi malangnya kamu mesej pada aku yang padam muka aku.Apa semua nie, apa kamu dah buat apa besarnya kesalahan yang dah aku buat.Tapi memang betulah perumpamaan bahawa mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut manusia belum tentu boleh ditutup.Jadi keaiban telah berlaku.Sape yang malu dan orang yang menanggung memberikan kesan dalam perjalanan hidupnya.
Kesimpulannya kamu jangan mudah percaya kepada seseorang, kamu jangan ingat kawan yang baik adalah segalanya untuk kamu.Berhati hatilah dan lepas nie aku pastikan diri aku berada dalam keadaan selamat.Jangan harap ada hot story daripada aku sendiri untuk diceritakan pada orang lain.Jangan harap aku nak bagi senyuman free lagi dan paling penting aku nak korang anggap aku manusia paling tegas sampai bila2 pun.

19 Mac 2010

Aku orang KL lah

Alahai orang kl xpayah nak tunjuk bulu betis kamu.Dengan memakai seluar pendek adakah wajar kamu tonjolkan pada orang ramai.Tapi orang KL standard la , tak la perak sangat.Tapi hakiatnya orang Islam wajarlah menutup aurat bukan tonjol gunung ganang yang free bagi wanita yang seksi.

17 Mac 2010

Aku tak kenal ko

Aku xkenal ko ko jgn tgk lama2 lah.Ini duk tgk lama2 kat aku mcm aku nie org yg bersalah, padahal aku mmg xkenal ko pun.Jadi tlg jgn jeling lama2 kat aku lagipun ko tu jantan xda makna pun kt aku.Dan lagi satu nk bgtau aku nak buat apa kt rumah aku itu aku punya hal, ada aku kesah!!!

AF8 sudah kembali

Dulu aku blh masuk edisi af nie tp sekarang dah berubah rasanya.Dulu aku kerap tgk diari dia tapi sekarang dah xpasti lagi.Cuma mungkin kebetulan sahaja aku tgk.Mungkin banyak sebb aku bg alasan.Antaranya aku dah faham dgn trik af yg blh diramal setiap kali ada konsert.Aku juga dah tau trik bila pelajar kena disingkirkan.Cuma aku masih lagi teruja kalau sesiapa bergelar jadi juara.Tapi kalau aku nk bandingkan dgn 1 milion aku lg suka tgk.Harap tahun nie ada lagi 1 in the milion.

15 Mac 2010

Sudah banyak kali aku tukar

Inilah aku dah banyak kali aku tukar dah berpuluh2 dan mungkin beratus2 kali aku tukar namun aku masih belum puas.Sesungguhnya manusia tidak pernah itu sebb lelaki blh kawin sampai 4 , hehehe.
Aku sebenarnya sudah tukar templates nie dah banyak kali dan itu adalah alasan yang kukuh kenapa aku fedup nak update blog.Aku xlari mana2 tapi aku mencapai tahap kebosanan yang tinggi bila aku mantain dengan templates yang ada. Korang tolonglah nasihatkan aku.Nasihatkan agar aku setia pada yang satu.Plssssssssssssss.

09 Mac 2010

Asal dari kampung

Korang mesti ada tengok raja lawak kan.Xsangka idlan yang dianggap menonjol akhirnya kecik yang menang.Aku bukan follow sangat raja lawak tapi entah mcmana aku ikuti jugak raja lawak di saat akhir.Lawak kecik agak serius dan garapannya boleh diduga.Lawak Alex pula agak bernas namun masih jugak dianggap biasa.Namun idlan lain dari yang lain.Dia agak spontan cuma persembahan yang pertama kurang menyakinkan.
Apapun diucapkan selamat berjaya dan bila dah berjaya ingatlah kita asal dari kampung.Jangan cepat nak tunjuk lagak akhirnya memakan diri sendiri.Lu fikirlah sendiri.

Sekarang musim panas

Sekarang musim panas.Rasa badan xselesa sangat2.Badan asyik gatal2 je dan bangun pagi pulak mesti badan berpeluh.Aktiviti riadah di luar amat kurang sebab cuaca kurang mengizinkan.

07 Mac 2010

Aku terima sahaja

Aku terima sahaja apa dugaan yang melanda.Aku faham aku mungkin perlu bermula daripada bawah.Aku akur aku mmg xcampur dengan orang lain.Jadi aku nak mula bergampur mmg agak sukar sebb diakui rating aku mmg jatuh.

02 Mac 2010

Cara nak buang virus RVHOST.EXE

Benggang sungguh aku, angkara virus nie sedikit sebanyak mengurangkan aktiviti aku di internet.Virus ini muncul apabila kita startup kt window.Dia akan keluar satu kotak dan di dalamnya ditulis window cannot find RVHOST.exe. Geram sungguh aku.Sape ada idea nk buang virus tu sila bantu aku.Aku ucapkan ribuan terima kasih.

24 Februari 2010

Aku masih tak puas hati

Aku masih tak puas hati dgn blog aku.Mmg agak sukar mencari titik puas.Aku nak templates yg menawan hati tapi hakikatnya aku copy secara total.Hidup ini kadang2 penuh tiruan.

21 Februari 2010

Esok ada tugas berat

Esok ada tugas berat yang menanti aku.Susah aku nak nyatakan di sini.Cuma aku nak bagitau bila kita buat kerja keseorangan mmg menjadi sangat sukar, sebb kawan2 yang lain lepas tangan.
Aku duk tension memanjang.Aku berdoa sangat3 agar esok aku tenang menghadapinya.Amin

17 Februari 2010

Alahai fesbuk

Aku dl ada facebook yg sangat glamer masa kini.Tapi skrg dah deactive sbb aku xtau pun nk tulis apa.Tapi teringin jugak kalu fan sampai 1 juta orang , just popular dalam internet jer.Friendster jauh ketinggalan kot...

15 Februari 2010

Ramai yang tak suka aku

Ramai yg dah xsuka kawan dgn aku.Yelah aku xda pengaruh, aku xpandai cakap , aku hanya insan yang masih lagi nk berselindung, insan yg kontang dengan idea.Insan yang mengiyakan aje.Pecayalah sape yg nk buli aku silakan.Jadi aku xtau nk mulakan yg baru.Aku hipokrit ke atau aku mmg xreti nak bercampur dengan orang?

10 Februari 2010

Pengiklanan

Blog ini menawarkan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengiklankan banner mereka di blog ini. Hanya terdapat Di bahagian sidebar, saiz 125×125 – RM10 sebulan.
Sila email kepada saya mymode008@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Gula itu racun

Kenapa gula itu racun?Sebb klu ambik berlehihan blh mendatangkan plbagai penyakit antaranya kencing manis.Saat merebak mula di kaki.Bila dah potong menyesal tiada gunanya.Jadi korang tlg tampar aku sedarkan aku kerana aku kerap minum air bergula ketika ini.
Hari nie sahaja aku dah kerap minum minuman bergula.Pagi horlick, tengahari radix, ptg air soya,lewat petang bandung lengkung, mlm air bergas.Hebat btl aku , xda kesedaran langsung.Aku dah lama xcheck risau sgt rasanya.Esok aku cuba dgn azam yg baru aku cuba kurangkan tapi xminum langsung air bergula risiko jgak.

Iklan Digi

Korang mesti penah tgk iklan digi kat tv.Lama2 dah jd siulan pulak.Korang tau x nak dapatkan mp3 lagu tu.Lagu tu rancak jugak dan sedap jugak didengar.Tq klu korang suport aku.

04 Februari 2010

You ada beli tak?

Kadang2 kelakar pun ada tp dah tugas mereka untuk menjual.Pegi pasar raya tengok orang jual barang.Marilah beli abang oi sangat baik punya barang.Letak tangan atas dapur pun tak panas.Ajaibkan.Bukanlah ajaib tapi mmg teknologi masa kini.Tapi harganya mmglah mahal.Sampai nak dekat rm10 ribu.Bodek2 pun bodek2 dalam hati aku bukan rajin masak pun , terkeluar ayat aku, you amoi ada beli ke ini barang, terus diam tersipu malu.Kesimpulannya just jual barang jerlah hakikatnya orang kaya mampu lah beli.Ala kadar sudah lah melainkan aku mmg dah banyak duit.Teringin jugak nak beli dompet harga rm100 ribu.Ada ke patut aku beli?Korang tlg jawab.

30 Januari 2010

Bosan aku dengan Themes

Jenuh aku nak cari themes yg bagus2 tapi xjumpa.Tapi sebenarnya aku jumpa cuma aku dah teramat biasa dengan themes yang cantik2.Korang ada idea x or korang mmg dah serasi dengan themes yg ada?

27 Januari 2010

Aku tak rasa diri aku hebat

Apa reaksi kamu bila merasakan diri kita hebat?sebenarnya kita hebat tapi kita harus mengakuinya ada orang yang lebih hebat dari kita.Kita merasakan diri kita lemah dan ada orang yang lebih dari kita.Jangan rs bangga bila dah pakai kopiah hidup suci segala-galanya.Bukan nak mengata tapi hati yang berkata2.Cuma jgn anggap diri kita hebat bila dah ada status.Ingatlah kadang2 kita saling memerlukan antara satu sama lain.

25 Januari 2010

Suka menyendiri

2 3 menjak ini aku suka menyendiri.Aku seolah2 nk protes pun ada.Tujuannya aku nk kurus.Aku xnk pegi ke kantin aku xnak kemana2 supaya orang tak mengata perut aku buncit.
Sekian

23 Januari 2010

Jangan kedekut ilmu

Aku nie bukanlah ambik kisah sgt tapi aku fikir adakalanya tidak adil.Dulu ko usaha nak maklumat aku dan aku bagi dengan ikhlas hati.Tapi bila aku nk maklumat ko beriya ko bagi alasan.Kemudian duk cakap kuat2 aku pengemis jalanan yg mintak sedikit maklumat dari ko.Yang pakai kopiah putih pun duk ketawa depan aku.Jatuh air muka aku dan maruah aku.Xpe ini pengajaran.Aku xmengarap apa2 balasan dari tuhan cuma aku aku sedar dan beringat jgn tunjuk baik dengan manusia mcm tu lagi.

19 Januari 2010

Susah nak percaya kawan walaupun kawan karib

Dulu aku xpecaya ada kawan yg sanggup buat kawan kecewa apatah lagi kawan karib.Tapi sekarang aku dah mengalaminya.Dulu member aku nie kerap mesej tanya khabar tanya bisnes tanya apa sahaja malahan peribadi.Disebabkan aku tak nak bagi pinjam duit dia pandang negatif pd aku.Langsung x sms aku.Aku pun fedup jugak la.So lain kali aku xleh rapat sgt dgn orang sbb akhirnya buat aku merana.Dah la aku cepat tension dgn kes ini pulak aku pun naik tension jugak.
Oklah aku nk buat biasa2 je.Lupakanlah janji manis ko tu.Cakap xserupa bikin.Chow.

18 Januari 2010

aku makan maggie

aku makan magie hakikat nk kurus badan, aku nk kurus aku nk slim, aku senang nk lompat.tapi adakah cara aku salah.perut aku kosong dan sengaja aku kosongkan. jiwa aku kacau sebb dalamnya dah penuh.magie jadi sasaran disebabkan aku kelaparan.hulurkan aku bantuan tapi bukan magie tapi hulurkan perasaan sebb jiwa aku meronta penuh gelora.
p/s:sedang hirup magie kari.dah nk abiskan stok yang ada.tapi aku suka magie perisa laksa.

Aku kembali tension

Aku dah xlh lari daripada apa jawatan ug diberikan pada aku.Ibarat kata pepatah diluah mati mak ditelan mati bapak.Nak xnk aku kena lalui juga walau aku mmg xda kemampuan dan keyakinan.
Aku xleh bayangkan waktu sebenarnya nanti.Mmg la aku akur aku mmg tiada pilihan sebb aku kerja makan gaji.
Sapa nak jaga hati aku...please...

12 Januari 2010

Baru Seksi Baru Mengancam

Mungkin yang ramai kenal artis nie.Biasala pakai mcm nie baru orang pandang.Lagi seksi lagi banyak kredit.Standard la pakaian sekarang, lagi berisi tang tu lagi ramai yang celik.Salah fesyen atau itu trend masakini?

11 Januari 2010

Jom ajak ayah mak atuk nenek adik kakak abang boyfrenz girlfrenz join

Maaf ye mana2 yang otai dah ttg group shamelin nie, saya nie baru nak berkembang maju.
Aku nak ajak korang jana pendapatan daripada duk melepak tak tentu pasal.Sape2 pun layak nk join bisnes nie.Dulu kat kampung korang mesti penah panjat pokok manggis tapi sekarang manggis nie kualiti yang amat bermakna buat kita semua.Bukan omong kosong pelbagai penyakit dapat diatasi sebaik yang mungkin.
Aku yg dulu mmg kerap resdung kini aku dah xgelisah lagi.Dengan izin Allah aku dah pulih hampir sediakala.Aku baru try 1 botol hari tu dan kesannya mmg cepat mengikut antibodi masing2.Pelbagai penyakit lagi dapat diatasi tapi aku xda ruang nk highlightkan di sini.Cukup setakat nie aku nak cerita tapi kalu korang btl2 berazam nk jana duit marilah join dgn aku.Korang ajak la seberapa ramai ahli keluarga join dgn shamelin nie.Tak rugi beb.Aku cuma nk perkenalkan harganya yg cukup istimewa rm260.00 je.Murah tu klu nk banding dgn kualiti produk tu.
Kalu korang berminat email aku : shamelin2009@yahoo.com (ada beranikkk)

10 Januari 2010

Liga M sudah bermula

Liga M?Korang tau ke liga M tu apa.Liga M adalah liga bolasepak Malaysia.Mcm EPL jugak.Aku mcm biasa penyokong pasukan Perak.Tapi malangnya aku xkenal sorang pun pemain Perak kecuali Razali Umar Kandasamy dan Nanthakumar.Apapun Perak tewas malam tadi kalau tak salah aku 1 2 kepada Pahang.Dulu team Perak mmg hebat.Mana2 sahaja bertanding mesti stadium penuh.Nk parking pun susah sebb kawasan parking penuh.Dulu setiap pemain aku kenal player dia.Tapi sejak 2 tahun kebelakangan nie Perak berwajah baru.Player pun yang muda2 dan mmg baru nak menyerlah.Kena amik masa untuk tonjolkan diri.Pemain dulu ada yang dah berhijrah ke team lain.Masalah gaji pasti punca utama.Dulu ada pemain import pun seronok jugak tapi sekarang dah berubah konon adanya pemain import pemain Malaysia jadi tengelam.
Apapun diharapkan pemain Perak biarlah kekal sampai beberapa tahun lamanya.Kalau asyik kena tukar jer mmg payah nk bentuk team yang kuat.Kembalikan kekuatan Perak mcm dulu.Kejor yob kejor.

05 Januari 2010

Tulisan aku memang hodoh


Tulisan aku memang hodoh hodoh hodoh hodoh dan aku terus naik darah, tapi aku tak ada alatnya nak ambil catatan.Tension dalam ketelitian aku mmg hancur jugak akhirnya dan sebelum tu aku dah usaha agar tulisan aku cantik.Namun realitinya aku masih gagal dan setiap kali gagal.Aku kalau blh nak cepatkan waktu masuk ke tahun 2011 supaya aku dapat tulisan dengan cantik semula.
Aku memg tension sehingga aku mengangkat martabat yang tinggi ke atas kejelitaan tulisan tangan aku.
Bukan kehendak aku tapi inilah takdir.Bicara atas realitinya menghasilkan betapa hodohnya tulisan aku dan mungkin pasti aku mengingatnya agak lama kecuali ada berita baik yang lain mungkin mampu menutup jalan ceritanya.
Korang tak faham sangat kan?Tak apa ringkasnya tulisan aku hodoh walu sedaya jiwa aku mengharapkan tulisan yang cantik yg mampu dibuat secara live.Kecewanya aku mudah kuat semangat mudah luntur rasa berada di ceruk sana.
JIWA INI PENUH LARA...

04 Januari 2010

Cerewetnya aku

Aku mmg kerja agak cerewet, eh salah tu sangat cerewet.Kerja sgt teliti mcm nk kira beberapa batang lidi.Entahlah tabiat yg sukar untuk dibuang kot.Cthnya kalau nk potong kertas mesti sama teramat sgt.Nak tampal kertas mesti lekat baiknya.Nak tulis nama mesti selamba tapi amat menawan hatiMemg perangai aku agak pelik walaupun sudah masuk tahun baru.Aku nak jugak selamba mcm korang.tapi mcmana yer...