31 Julai 2009

Perlu berubah sebab masa tidak akan berhenti

Esok sudah pasti 1 ogos 2009, bulan yang pasti dinantikan
bulan dijanjikan keberkatan,bulan yang penuh keinsafan.
Tetapi adakah 1 hb memberikan detik permulaan sinar harapan dalam kehidupan?
Berubahlah kalau kamu merasakan itu perubahan dalam diri kita yang sebenarnya.
(p/s:bulan 8 adalah bulan puasa dan bulan kemerdekaan,
puasa yang menginsafkan dan merdekakah diri kita
walau Malaysia sudah merdeka?)

Aku mengharapkan impian menjadi kenyataan

Banyak perkara ingin dilakukan tapi masih tidak kesampaian.
Mencari idea bagai mencari intan permata.
Bermandikan peluh berusaha sepenuh daya.
Kudrat aku tidak pedulikan.
Asalkan impian menjadi kenyataan.
(p/s:aku sedang mencari idea nak mencantikkan
lanskap kat rumah aku.Kalau panggil orang buat kosnya
rm12000, tapi kalau aku buat murah la sikit, tapi
mungkin 2 tahun baru siap hehe)

29 Julai 2009

Hidup aku sering diperhatikan


Serba salah dibuatnya kadang2 aku merasakan hidup aku ini diperhatikan.Aku mcm org lain juga nk juga hidup bebas.Xkan nk berpoya2 pun xleh.Buat apa pun salah bg mereka.
Apa sahaja aku buat nampak buruk di fikiran mereka.Come on lah beb aku ni xda pun jg tepi kain korang.
Inilah masalahnya bila mereka merasakan diri mereka hebat sgt sampai aku nk sembang dgn pompuan pun xleh.Korang ikut hukuman mana sampai xleh, melainkan aku sembang di tempat yg tersembunyi.
Ada sahaja yg xkena la bila aku ckp dgn pompuan je aku asyik kena gossip.Sape2 sajelah sampai aku dgr ctr ramai puak2 yg anti aku sound kt perempuan yg lain supaya berhati2 dgn aku.Amboi kerja aku nk mengatal je ke.
Entahlah aku paling benci org yg ska mengumpat hingga xda usul periksa.Menjenguk tmpt aku pun xpernah dah buat ctr mcm2.Paling sedap aku terkena , aku kena kencing hidup2.Punyalah aku respect diaorg ctr akhirnya aku yg ditipu hidup2.Sudahlah baik org alim yg aku respect kadang2 luaran je bgs konon tapi mengata sampai xkira tempat.
Dah la aku dah xda masa nk share dgn rakan sepejabat aku lagi.Aku pun malas nk ambik tau life korang lg.Yang penting aku fokuskan pada kerja aku sahaja.Kalu aku asyik fikir benda mengarut nie boleh jadi gile dibuatnya.

28 Julai 2009

Hantu mana hantu


Hantu mana hantu, eh nanti kuar lak toyol kt screen aku nie.
Alkisah kali ini aku mau komen pasal ctr hantu.
Hakikatnya wayang skrg duk selalu ctr hantu.
Aku bukan anti hantu tapi cukuplah dgn jgn pandang belakang.
Aku akui aku bkn peminat setia hantu, samada hantu di wayang atau di tv.
Kalu ada pun aku confirm xtgk.
Aku bukan xfeel ttg hantu tapi aku hampir muak dgn hantu.
Bila sebt hantu mest yg menakutkan, jadi lebih baik xperlu membayangkannya.
Aku pun mcm dh tau2 je ctrnya heheh
Aku harap pengarah carilah ctr yg menarik ala2 csi ke heheh
apa sahaja la asalkan kurangkanlah ctr hantu.
Dah byk sgt versi hantu ni jd tukar seleralah sikit.
Tgk aje ctr mat saleh mst korang membayangkan aksi yg pasti kita harapkan.
Apapun aku masih bangga dgn Malaysia apa...cthnya upin dan ipin,
mmg ctr budak2 tapi penangannya korang pun tau, betul betul, heheh

27 Julai 2009

Laptop aku yang menyilaukan mata

Tajuk ini bosankan , tp bacalah sbb aku nk kongsi dgn korang semua.
Laptop aku ni silau la, kdg2 aku dok mencari bahagian mana kt depan screen aku yg x silau supaya senang aku nk taip.
Laptop nie aku dh beli thn 2007 lg, jenis cap ayam je, mmg silau kuat dan hampir pasti aku rabun dekat.Menyampah pun ada namun aku ada yg ini sahaja, melainkan aku ada laptop yg lain.
Jadi kesimpulannya kalu korang ada duit lebih sedekahkanlah kt aku supaya aku blh beli laptop baru.
Aku dapat beli yg harga yg rm1400 pun jadilah daripada aku duk merana melihat kesilauan yang sgt menyilaukan.

25 Julai 2009

Cerminlah diri terlebih dahulu

Hari ini sgt panas , bikin aku panas sgt2, aku xtau nk luah mcmna untuk hari ini.
Kamu ni kira bersubahat suhabat hukumnya dosa, berdesing dua or tiga org sound aku scra direct.
Aku fhm hukum tapi cerminlah diri jgn lah ego sgt depan aku.Mentang2la xda sekor pun sokong aku korang xpayah nk ajarkan aku tentang kehidupan . Sbb korang pun xcermin diri mcm bagus.Nampak gayanya dendam aku bertambah.

Ceritanya bermula begini.Semasa tengah makan sewaktu berkhusus, aku punya member bagitau suruh aku sound dua org budak baru yg satu pejabat dgn aku, sering duduk berdua2an di dalam bilik yg terbuka sebenarnya.Aku di anggap tidak normal kerana aku seolh2 mengalakkan mereka bercouple.Jadi ada org lain cemburu jdi dia pun bgtau kt mmber aku suruh sound budak yg bercouple ini.

Jadi 2 tiga ekor mamat nie duk la mencari kesalahan aku.Selama ini aku jaga hati supaya jiwa tidak memberontak tetapi hakikatnya mereka secara berjemaah sound aku secara telus tanpa budi bicara sekalipun.

Depa kata aku xsound budak bercouple itu tetapi hakikatnya aku dh bgtau awal2 lg jd diaorg pandailah2 nk bawak diri.Ini aku dituduh bersuhabat kerana mengalakkan maksiat antara mereka.Hakikatnya mereka bukan bercouple tp kebetulan mereka buat kerja bersama2.Apa hukumnya membuat fitnah.Hebat sungguh penangannya.

Panasnya hati namun tuhan masih beri aku kekuatan.Tapi antara 2 3 org yg sound aku td pun ciloklah dr berkhusus selepas sahaja makan.Itu dikira xberdosa pulak. Panasnya hati kalau pandai sound org check dululah diri sendiri dulu.

Sesungguhnya hari ini amat memeritkan bagi aku.Org yg xpopular mcm aku nampak sangat dipermainkan.Org yg xhebat mcm aku nampak sangat diketepikan.Tunggulah hari dan pastikan aku x mencarut korang di depan khalayak ramai.

p/s: ini serius...

24 Julai 2009

Urut tapak kaki yang menyakitkan

Lain mcm je arini, smlm p urut tapak kaki skrg nie dah rs memulas la pulak.
Dia urut bahagian tengah tapak kaki n terasa sakit sangat n dia bagitau ada kaitan dengan masalah perut.
Jadi besar kemungkinan perut aku memulas hari ini.
Btl ke urutan adalah satu langkah terbaik dlm memulihkan kesihatan.
Tapi aku xrs perubahan badan aku setakat ini.
Urut dalam masa sejam tapi sampai aku xrs perubahan.
Atau mmg aku dalam situasi yg dh teruk atau mmg dia xpandai urut.
Banyak kemungkinan aku tafsirkan sendiri.
Jadi kalau korang ada pengalaman mengurut atau kena urut blhlah berkongsi dgn aku.

23 Julai 2009

Bila BM campur BI apa yang akan jadi murid2?


Sbnrnya aku mls nk post tajuk ni tapi teruskan jela, tapi maafla bg mereka yg terasa.
Aku cukup xsk org campur bm dgn bi, bunyi cm mengada-gadalah.
Cakap bm pun sudahlah org fahamnye
Cakap bi pun boleh lah kalau dia fhm bi.

Ini bila dicampurkan sakit ati jugak mendengarnya.
Sikit2 tu leh gak terima, tapi bila dia ckp memanjang
rs mcm dia baru nk belajar bahasa.
Cukuplah bahasa bm disingkatkan (hehe mcm aku)
ini percakapan xpayahlah dicampur adukan.

Tapi kalau korang nak cakap cakap jela
cuma sekadar komen
Tampar pipi tanyalah hati.

Letih bagai duit mengalir tanpa sekatan



Letih sungguh hari ini.
Macam2 dah aku buat hari ini.
Sungguh xmalu aku hari ini.
Hari ini xsama dgn semalam dan mungkin xsama dgn esok.
Namun apa yg penting ialah perubahan.

Mulai hari ini aku belajar untuk kedekut.
Tapi org panggil aku pak bakhil pulak.
Oklah aku nk belajar berjimat
Demi masa depan aku juga.

Duit mcm air mengalir deras sekiranya tiada sekatan.
Jadi aku ingin berjimat.
Dalam sehari aku makan sekeping roti aje.
Ini dah melampau.
Tgk la keadaan yang penting aku kena berjimat.
Sebab xda sape nk bg aku duit.

22 Julai 2009

Taklimat yang meletihkan tetapi bisnes yang menyeronokkan


Aku xberdaya kali ini, umpama semut menentang gajah, bygkan aku terpaksa memberi taklimat pada org dah sgt veteran dgn aku.
Aku bagai lidah kelu berkata2 ketawa yg disengajakan bak idea hilang penawarnya.Aku hanya mampu mengiyakan saja apabila dia berkata2.Hakikatnya aku adalah mentor dia, tapi skrg dah terbalik aku adalah mentee dia.
Perbincangan kemudian beralih angin pula kepada dunia perniagaan.Aku telah dipujuk dirayu dgn produk yg belum aku jumpa iaitu bedak sejuk.Mmg agak kelakar bunyinya tapi menurutnya angka 3 hampir pasti menjadi 4 angka.
Bisnesnya beli produk harga rm38, kemudian syarikat akan bayar rm2 setiap bulan sehinga ke 24 bulan.Cuba kira untung ke tidak, dan menariknya setiap ahli di bawah kita juga akan dibayar rm2 setiap bulan oleh syarikat.Untung bukan!
Kalau korang berminat hubungi aku dalam masa yg terdekat kerana bisnes ni tgh hot masa kini.
Korang blh email aku mymode008@gmail.com

21 Julai 2009

Amri Yahyah menjadi pemain Manchester United?


Aku xtau tajuk apa yg sesuai untuk kali ini, tapi aku sangat teruja apabila pemain Malaysia beraksi untuk MU di Old Trafford.
Bukan mimpi di siang hari dan amat diharapkan suatu masa nanti pasti menjadi kenyataan, tapi persoalannya bilakah agaknya akan berlaku.
Aku teruja menonton tv td di mana penyokong MU dari England menyarankan Alex Fergeson mengambil Amri Yahyah menjadi pemain mereka.
Gempak la Malaysia abang kakak adik pakcik makcik dan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan pemain asal dari Malaysia beraksi mcm pemain Korea beraksi untuk MU.

20 Julai 2009

Seksi, seksa dan menyakitkan

Maaf ye kaum hawa kamu mesti xsuka post aku ini.Bukan aku gedik atau sengaja mereka namun dah jd kenyataan pun masa kini.Tapi aku akui mmg dg lapok sgt pun pandangan aku ini cuma aku suka sgt nk berkongsi dgn korang.
dh menjadi azali wanita diciptakn dgn paras rupa yang menarik.Namun syg kenapa suka dedahkan sana sini.Aku fhm akak oi baru balik dr gym tp bayangkan ketat sna sini sampai xingat aku nk kuar duit berapa kt atm.Bukan aku sorang yg memandang tpi lelaki yang lain turut mengerling.
Marah nampak, jgn la akak aku bukan nk tgk sgt tp apakan daya iman senipis kulit ini xmmpu menahannya.
Kenapa akak x salin je pakaian kt gym, kakak tutupla apa yg patut, kakak fhm kan kakak kt khalayak ramai jd abang2 polis pun turut mengerling panjang.Aku akui akak mmg cantik menawan, and akak xsuka org tgk kan, tgk apa salahnya kan tapi akak nampak cm marah je, tentu akak fhm pakaian apa yg akak pakai masa tu.
Maafla kaum hawa suar ketat and baju ketat ada lak lurah2, amboi22 mengatai en azman ni, tapi maaf berbanyak2 kaum wanita inilah senario yg berlaku zaman ini.Perempuan seksi, lelaki dpt seksa dan akhirnya menyakitkan badan menanggungnya.
Kebanyakan dh ramai suka seksi tp bg mereka jwpn mudah seksi hanyalah pandangan mata dan mereka juga berkata yg pakai tudung labuh pun kalau angap seksi mmg seksi lah jugak.
Aduhai berdengup jantung dibuatnya, akhirnya kaum wanita menutup aurat juga disalahkan.
Tiada noktah kisah ini cuma kamu kira sahaja wanita seksi di sekeliling kamu.

18 Julai 2009

Makan menjadi2 sehingga aku obersiti

Aku amat segan untuk entry post ini kali ke berapa aku pun xpasti la.
Aku sebenarnya buncit mengikut standard badan aku yang tinggi.
Aku buncit dalam keadaan yang agak ketara bila berjalan.
Aku amat segan apabila seseorang menegur aku tentang perut aku
sebb ia amat sensitif masa kini.

Aku akur selera jantan aku menjadi.
Nasi menjadi menu aku setiap hari.
Bila aku timbang berat aku lihat berat aku menjadi2.
Aku memg layak dgn gelaran obersiti.

Aku bukan xjaga makan tapi aku makan apa yg ada.
Salah depa yang menghidang makanan yg sedap2.
Sampai skrg aku sentiasa berselera makan.
Kawan2 bagilah nasihat kepadaku yg tiada upaya menahan
nafsu makan yang begitu tinggi ini.

Aku yang terlalu sukar untuk berubah


Aku terlalu sukar untuk berubah, dah mcm2 cara untuk aku buat tapi xmenjadi akhirnya ikt law aku sendiri.
Kawan2 aku mohon simpati sedarlah aku dari ruang kemurungan aku ini.
Aku masih dgn cara yang sama dah lama dah perkara ini xleh dibuang dlm hidup aku.
Kadang2 aku xpasti apa yg aku cari selama ini.
Kawan2 sedarkan aku dari lamunan kerana aku xpernah berubah dari apa yang aku harapkan.

Aku noktah dulu kisah aku tentang hal ini di sini.Bukannya apa aku sedang merangkak kehausan mencari kemurnian keaslian hidup aku mcm dulu.
Amat sukar untuk dijumpai namun aku terus menongkah arus menghadapi kegetiran hidup ini.

Adakah kehidupan kita semudah click?


Korang ada tgk ke cerita click malam td.Movie tu dah lama sebenarnya tahun 2006.
Pelakon utamanya ialah Adam Sandler yang sentiasa dan terlalu sibuk dgn kerjayanya.
Aku malas nk buat rumusan cerita td jadi korang tgk la sendiri.

Cuma aku tertarik dgn remote controlnya yg membolehkan dia melihat gambaran kehidupan dia pada masa akan datang.
Bayangkan kalau diri kita dpt melihat kehidupan kita pada masa akan datang , pasti segala kesilapan dan kelemahan dapat dilihat dan ingin diperbetulkan kembali.

Tapi itu amat mustahil berlaku cuma kita hanya mampu merancang masa depan, baik dan buruknya tuhan yang menentukan.
Cerita itu ingin memberi pengajaran kepada kita supaya berhati2 dalam kehidupan kita dan sentiasa merenung kembali apa yang telah kita buat dgn org yg tersayang.
Jadi sama2lah kita perbaiki diri kita agar kehidupan kita menjadi lebih baik.

16 Julai 2009

Kawan aku yang sukar diramal emosinya


Aku ada seorg kawan, nk kata baik pun x nak kata kawan besa pun x
tapi perangai dia sush sgt aku nk jangka.

Dia pendiam dan mcm menyimpan sesuatu di dlm hati.
Apa2hal dia amat mirip dgn aku seolh dia berhrp sgt dgn aku.
Gaya yg paling sopan menyebut ucapan terima kasih bertalu2 pada diriku.

Tetapi bila keadaan lenggang seolh mcm xsuka aku berada di sampingnya.
Seolah2 tlg jgn tegur waktu itu.
Tlg jgn wat lawak bodo masa tu.

Heran sungguh adakah aku dianggap asing sedangkan pertolongan aku hulurkan.
Dulu hampir aku menaik tarafkan dia sebagai kawan baik aku.
Namun tidak kesampaian kerana dia menunjukkan mood yg tak tentu hala.

Senyum dan pendiamnya adalah paling sukar diramal.
Aku bersedia mendengar tetapi dia xda pun nk luahkan.
Aku bersedia sombong padanya tetapi dgn aku jua mohon pertolongan.

Akhir sekali atau buat sementara ini dan hampir agak berterusan aku mungkin
menyatakan dia hanya layak kawan biasa sahaja.
Apapun kebencian kerungsingan memikirkannya akan aku buang jauh2.

p/s:ketika aku menaip post tangan aku berdarah terkena kaca atas meja.
agak tajam dan amat pedih menanggungnya.

Duit aku di merata rata tempat


Banyak duit aku, aku letak duit di merata2 tempat, dalam seluar, dalam almari, atas tikar, celah kusyen, aku letak duit di merata tempat.

5 ringgit umpama 5 sen 10 ringgit umpama 10 sen.Nilai duit masa kini.

Duit yang dimaksudkan di sini ialah kad topup yang telah digunakan diletakkan di merata2 tempat.
Kalau dikumpulkan mampu mencecah ratusan ringgit.Tapi inilah yang perlu dilakukan untuk berhubung antara satu sama lain.

14 Julai 2009

Go Micheal Owen


Semua org kenal Micheal Owen.Dulu pemain yg hebat beraksi dan dulunya juga adalah team Newcastle United.
Tadi kini beliau telah menjadi pemain Manchester United dan beraksi di bahagian penyerang.
Bakal menyarung jersi no 7 yang dulunya milik Ronaldo.
Adakah beliau mampu memberikan aksi yang terbaik buat MU.
Kita saksikanlah nanti.
Ayuh penyokong MU beri sokongan yang padu kepada team MU.
Walau tiada pemain sensasi yang dibeli bagi tahun ini diharapkan pemain yang ada mampu memberi saingan team yang ada pemain hebat sudah pastinya Real Madrid.

Aku dah lama sokong mu sejak david beckham lagi.
Aku memg penyokong setia walau apa cara sekalipun.
Dari dulu aku suka corak MU beraksi.

Sekarang MU xda pemain yg agak star berbanding dulu
ada Tevez dan Ronaldo.
MU tahun ini beli tiga pemain yang blh dikatakan sederhana dan
kurang handsomenya.
Namun faktor kejituan kematangan kehebatan mampu dicetuskan
sekiranya MU menampilkan aksi yang mantap di setiap bahagian.

Kita ucapkan selamat datang MU yg bakal menentang team Malaysia.
Kita sokong kedua2nya walau dalam kertas sudah tertera keputusannya.

12 Julai 2009

2 kali mimpi klimaks yang hampir sama


Aku bermimpi ditinggalkan oleh seseorang yang aku sayangi.
Pada mulanya aku yang merajuk namun dia mmg ingin terus meninggalkan aku.
Aku begitu terasa kehilangan seseorang.

Adakah ini mainan mimpi atau bakal menjadi kenyataan.
Namun dunia realiti sekarang sukar aku membayangkan suasana yang aku alami.

09 Julai 2009

Bagus atau teruknya aku menghadapi orang bawahan

Puan nak tanya sekejap blh, brapa jumlah baki akaun bahagian pemasaran,
Awak xnampak ke sy sibuk, lain kali awak datang la tanya, sy tgh sibuk skrg,
bila saya free awak xnak tanya.
(dalam hati, aku skrg free la, aku cuma nak tau je just bukak buku and bgtau je jumlahnya)

Esoknya pulak, puan blh sy tanya jumlah baki akaun skrg,
en azman, bagilah peluang sy rehat sekejap, kepala saya tgh pening nie,
sory ye.
(dalam hati, bila free ko xnk bgtau pulak, kalu nk di kira sakit aku pun sakit hati jugak)

Inilah dunia pekerjaan masa kini.
Walaupun aku pangkat tinggi dari dia,
tapi bila nak mintak bantuan aku dah mcm kuli dia.

Aku umpama bola yg blh disepak dan diteranjang ikut sesuka hati.
Bgsnya aku, aku blh sbr hingga ke akhir ini.
Bgsnya aku, sblm aku tengking dia sehabis kudrat aku.
Bgsnya aku, sblm aku hilang kawalan diri.

Tapi teruknya aku bila kerja aku tertangguh,
jiwa aku merana, kerja aku terbengkalai angkara aku masih mendapat baki terkini.

Aku dah hilang upaya,
dan dalam hati aku berbisik aku hampir tidak peduli dgn apa yang aku alami.
Aku dlm dilema, cuma inilah yang aku alami dan aku sentiasa menanti
apakah yang akan berlaku seterusnya nanti.

Terima kasih buat kamu semua

Terima kasih untuk yang sudi ikut dan memberi komen serta yang menjenguk blog ini.
Terima kasih kerana memberi kutukan kritikan komen dan pendapat yang bernas dalam blog ini.
Terima kasih kerana sudi menjadi pengikut yang setia kepada blog ini.
Terima kasih kerana sudi menjejak menjenguk blog ini.

Blog yg tidak seindah secantik semeriah dengan blog blog yang lain.
Penghargaan ini khas untuk semua yang menyokong blog ini.

Maafkan diriku kerana aku hanya mampu memberi ucapan terima kasih sahaja kepada semua.
Ucapan yang ikhlas dari hati yang tulus suci.

Sesungguhnya aku menghargai segala kehadiran kamu di blog ini.
Teruskan menyokong blog ini yang sudah berusia 3 bulan.

08 Julai 2009

Aku ditipu secara lembut dan penuh muslihat

Hari yg malang bg aku, aku tunggu mber yg kerja tmpt aku dulu, dia hutang aku rm300 dan arini dia janji nak byr, hutang 2 dh lama 2 bulan lepas.
Mmg la xbyk tapi duit aku aku bukan kerja untuk dia aku kerja untuk diri aku.Aku pun bukan org sng mcm org lain.
Dia janji nk jumpa 815 mlm, aku tunggu spt yg dijanjikan.Sampai masanya aku cll tapi dia xangkat jugak. Sampai satu jam aku tunggu , sms byk kali call xterkira la, tapi dia masih jgk xangkat.
Akhirnya dia pun angkat fon, blh dia ckp dia xkenal aku padahal siang td aku dah jenuh sembang dgn dia dan dia sendiri yg datang nak bayar kat aku. Kemudian aku dh rs pelik sgt knp dia sanggup buat aku mcm nie, dah la duit minyak dia aku jugak kena support, ini blh dia ckp dia xkenal aku.
Hati dah panas bygkan satu jam aku tunggu dah dia pulak buat hal. Last 2 aku xtahan aku maki dia ckp2 dan akhirnya dia bagitau kt aku yg dia sibuk malam nie dan tiada ucapan kemaafan daripada dia secara langsung.
Agak2 apakah perkataan yang sesuai untuk aku berikan kepadanya untuk kali ini.Korang mesti fhm kan.Mmg puas hati apa yang berlaku, bygkan aku percaya setiap kata2nya pada aku.
Sampai satu tahap aku nk buat report polis tapi tak termampu untuk aku lakukan.
Nk tanya mxs alamat confirm dia orang xbg, nk mintak alamat kat bank aku pun yakin dia org xbg.Akhirnya aku jgk yg merana diri.Mmg terkena aku kali ini.Aku membayangkan rm300 bakal lesap akhirnya.Bayangkan aku terpaksa batalkan agenda yg lain semata2 nak jumpa dia hari ini.Gila aku dibuatnya.
Aku harap korang janganlah termakan budi dgn apa yg aku alami.Kawan tu kawan la tapi biarlah berpada2.

06 Julai 2009

Rehat sebelum sibuk

Skrg nie aku agak relaks dan susah aku nak fkr kerja apa yang aku kena buat.
Banyak masa aku bazirkan tapi kadang2 aku anggap bermanfaat bagi aku.
Sepatutnya waktu yg lapang nie aku buat kerja yang mana perlu dulu.
Tapi aku relaks juga dan aku akui kerja aku banyak sebenarnya, tapi belum lagi dalam kategori wajib.

05 Julai 2009

Mamat motor yang bikin aku panas

Geram sungguh mamat motor keluar dari simpang xtgk kiri dan kanan mmg hampir aku melanggarnya, rs nak kuar kereta aku nk sound dia sekuat yg mungkin.

Aku dah la jalan aku yg dia kuar simpang xreti bahasa untuk berhenti , yg bikin aku panas dia blh naik angin dgn aku dgn mulut nya terkumat kamit mcm nak maki aku.

Sakit hati btl dah lalu aku tgk dia masih memandangkan aku dari jauh.Panas sungguh rsnya hati, aku mengaku aku memg tdk bersalah dan aku akur aku wajar langgar dia lebih baik dari aku tidak melanggar dia.

Tapi aku cuma menjaga hati org yg ada di dalam kereta aku dan kalau diikutkan hati mmg bertumbuk pun aku sanggup.

Kisah di jalan raya nie dh byk kerenah aku alami.Aku xfhm sampai skrg aku di peringkat yg masih ada kesabarn di jalan raya.
Aku harap sgt budaya masyarakat kita masih ada tolenrasi dan kalau buat silap mengaku ajelah tunjukkan kita masyarakat yg prihatin.

Karaoke yang menghiburkan

Smlm pegi karaoke, first time rs agak pelik dan gementar pada peringkat awal tapi cool dan menyeronokan.
Test suara sedap ada tidak menjadi atau tidak bergantung kepada jenis lagu.Tapi biasanya muzik karaoke lebih sinonim kepada lagu2 lama dan amat jarang ada vcd lagu baru.
Dengan econ yang menyejukkan dan minuman yang menghalalkan dengan penuh perasaan mendendangkan lagu2 yang menjadi pilihan hati.
Aku cenderung membawa lagu2 yang agak mirip dgn lagu 2 yg aku minati.Korang mesti dah kerap pergi kan, tapi aku yg baru kali pertama sekali sekala melepaskan tekanan memadai untuk mengulanginya dalam sebulan sekali.Ikut budjet sebb nak berkaraoke sekarang agak mahal disebabkan tmpt agak eksklusif.

03 Julai 2009

Bernafas ikut mulut

Pernah korang bernafas ikut mulut ketika tidur?aku mengalaminya dan keperitan amat berat ditanggung.Aku mengalaminya hampir setiap hari dan tiada kesan2 untuk baik.

Simpatilah dgn aku atau aku layak menerima hukuman tuhan.Sedihnya hidup ini umpama aku mengharapkan keajaiban dalam kehidupan.

02 Julai 2009

Mudah terasa dan tersinggung

Kadang2 aku xsuka ditegur dan aku mmg mudah terasa.
Tambahan aku tgh stress dan masa tu kalau dia buat lawak mmg aku penampar je.

Tapi hidup nie kalau mudah terasa mmg agak payah bergaul dgn orang.
Tapi hanya dalam situasi yg menentukan tahap kesabaran kita.

Lagi satu pandai tunjuk ajar aku padahal dia pun xsehebat mana pun.
Harap nada je tinggi tp tahap kepandaiannya masih sama.

Aku juga mengharapkan orang mempertahankan dalam keadaan yang disukai.
Tetapi malangnya aku juga dicerca sedemikian rupa.

Inilah adat dunia...sehebat mana pun kita , kita masih ada jua kelemahan.

Komplot untuk mengenakan aku

Sabarnya hati dgn karenah yg berlaku sepanjang minggu ini.Aku tlh terima sms yg aku xkenali.Aku puas brtanya namun dia masih nk menyembunyikan identitinya.
Aku resah gelisah mencri siapa sebenarnya perempuan tersebut.Sampai bila pun azam aku untuk mencarinya.
Alkisah aku hubungi dia dan dia melayan dgn baik.Namun dia masih enggan mendedahkan identitinya.Aku mengesyaki seseorg namun dia sangup bersumpah yg dia xbuat.
Aku amat heran dan pelik.Aku mencari lagi dan akhirnya dia bgtau tlg jgn cari perempuan td.Aku heran dia btl2 menghalang untuk aku mencari perempuan td.
Lama2 kelamaan dia membongkar rahsia yg dia berkomplot dgn perempuan td untuk mengenakan aku.Bygkan aku hampir tersasar sasaran dgn org lain yg aku syaki.Bygkan hampir satu pej tau aku hebahkan masalah aku ini.
Aku gasak dia secukup rs kerana aku hampir buat tindakan yg drastik.Aku xfhm motif dia kerana alasan untuk mengenakan aku tidak cukup bukti.
Mulai skrg aku xpercaya pd nya lagi.Kadang2 istilah janji hanya luahan saja dan blh dipermainkan.Maruah diri kadang2 blh diperlecehkan.Tiada kira samada pangkat atau jantina.
Dia dgn tersengeh2 seolh2 tidak rs bersalah sedikit pun di atas perbuatannya.


Menjadi 'pujaan' ramai

Kadang2 manusia diuji dgn pelbagai ujian.
Adakalanya indah dan adakalanya pahit.
Aku telah diangkat menjadi handsome atas rekaan manusia sendiri.
Mereka telah membuatkan aku dgn gelaran handsome dan menjadi rebutan ramai.
Aku gagal mensyakinya sejak awal dan kini barulah ku sedar aku telah diperbudak2an.

Kini aku cuba sedaya uapaya dgn wajah yg baru.
Baru dari segi isi di dalamnya.
Aku akur kemampuan aku tidaklah sehebat mana.
Namun inilah ujian yang harus diterima.
Kehidupan harus diteruskan.