31 Ogos 2009

Siapa penyanyi kumpulan ini?


Gema Di Inderaloka

Waktu pintumu,
Kubuka setengah,
Gemersik menikam,
Melantu suara,
Ku tinjau sejenak ,
Untuk periksa,
Bergema di lembah inderaloka,

Suaramu,
Membisik merdu dikalbu,
Memanggilku,

Kubuka sepenuh pintu dayamu,
Dan melangkah masuk ke dalam kamarmu,
Aku tak pasti apa akan berlaku,
Kalau ku ditangkap pengawalmu,

Mungkin aku kan terkorban,
Dalam merinduimu,

Tapi kenapa kau hadir saja,
Dalam setiap mimpi-mimpi ku,
Dan meniggalkan kunci dan peta,
Kalau aku kau tak ingini,
Kasih siapa aku disisimu,

Kiniku berada dalam tamanmu,
Tiada aku takut akan kematian,
Kerana hidup dan mati sama,
Untukku telah ku lalui,
Berulang kali,

Keindahan tamanmu tiada bermakna,
Jika wajahmu tidak ku temui,
Biar terlantar di mamah waktu,
Aku tetap akan menunggumu,

Kasih siapa aku,
Aku disisi mu,
Ku pakukan kakiku ketanahmu,
Biar berdarah menjadi sungai,
Agar tak bisa dicabut oleh sesiapa,
Yang mahu menghalauku keluar,
Siapa aku di sisimu.....

Korang mesti duk sibuk menyanyi
lagu hari kemerdekaan
dan hari raya
tapi aku cukup teruja
dgn lirik di atas.
Lama aku mencarinya
baru skrg aku menjumpainya.

Kalu kamu pandai sape penyanyinya, hehehe
Dulu lagu2 semuanya tangkap jiwang.
Mcm2 sanggup buat demi kekasih
Tapi skrg ada lagi tak
Yang biasa skrg ialah kahwin dan cerai berai
lu fikirlah sendiri.

Esok dah nak start kerja

Esok dh nk start kerja.
Semua nk kena chek list balik.
Beg yg dah berhabuk
perlu dibersihkan semula.
Dulu komplen cuti lama boring
skrg dh nk start rs mcm nk cuti balik.
Inilah manusia aje saje yg xkena.
Kalau musim hujan duk bising
susah nk keluar.
Kalau musim panas mengeluh
duk dahaya dan tidak selesa.
Kita ni dah byk sgt manjanye
Sampai satu tahap tunggu
org suapkan makanan dalam
mulut kita.
Agak sinis tapi bertempat.

Dengan ucapan selamat hari merdeka
dan selamat bekerja semula.

27 Ogos 2009

Musim hujan di bulan puasa

Syukur teramat sangat rezeki hujan di bulan puasa kerana kuranglah dahaganya.
Sebelum ini cuaca sgt panas dan berjerebu pasti amat merimaskan.
Namun aku agak simpati melihat makcik2 yg menjual air kerana
masih belum laku sampai ke waktu berbuka.
Rezeki makcik sbb rezeki tuhan yang beri.
Banyak ruang 2 di pasar ramadhan sudah kelihatan kosong
walaupun baru awal bulan ramadhan.
Apapun banyakkan beribadat di bulan yang mulia ini.

p/s:jgn lupa pakai topeng yer...

Perasan yang aku berperasaan

Aku bangga blog aku dikunjungi
Aku bangga blog aku dibaca
Aku bangga ramai follow aku
Aku bangga sebahagian daripada blogger
Aku bangga blog aku dikritik dikomen
Aku bangga walau hanya 2 komen
Aku bangga dalam berjuta
aku punya blog dikomen

Aku perasan sebenarnya
sbb blog aku tidak segagah mana
blog aku rating yang paling lemah sebenarnya
Aku berperasaan yang aku tidaklah sehebat mana

Namun aku bangga sekurangnya luahan aku
ditatapi walau tidak sehebat mana...

Terawih yang semakin berkurangan

Hari pertama ramai sgt seolah2 mcm solat jumaat.
Hari kedua masih ramai terasa sgt keseronokan solat secara berjemaah.
Hari ketiga juga ramai.
Hari keempat sudah berkurangan.
Tikar yang dibentang sudah tidak dikunjungi.
Pasti perut yang kenyang menghalalkannya supaya tidak solat berjemaah
dan juga beberapa alasan2 yang lain.
Sekian tentang solat terawih...

26 Ogos 2009

Membeli atau memasak untuk hidangan

Membeli atau memasak yg menjadi pilihan kamu?
Membeli memberikan kita kuasa memilih apa sahaja menu yang disediakan.
Namun kadangkala membazir kerana terlebih beli disebabkan nafsu yang sukar dikawal.
Tapi kalau makan secara berseorangan mesti jimat.

Memasak memberikan kita peluang menyediakan menu yang tersendiri.
Tapi kadang2 makan xseberapa dan kos membeli bahan juga meningkat.
Tapi kalau makan ramai2 mesti jimat.

Jadi kamu tentukan pilihan kamu sendiri.

25 Ogos 2009

Bau badan

Tajuk ini mungkin xda kena mengena dgn bulan ramadhan namun sedikit sebanyk ingin aku cetuskan di sini.Bau badan adalah perkara yg sensitif sesetengah individu.
Senang citer muka lawa cam ne pun tp ada bau badan yang ehem2 pasti kurang menyenangkan.

Aku ada kawan pompuan tapi ada bau badan kurang menyenangkan mmg rs mcm nk duk jauh je.Lagi satu bau mulut pun blh mempengaruhi seseorang untuk mendekati kita.Tapi bulan puasa nie mmg berkat umpama bau kasturi.

Penampilan diri sebenarnya sgt penting sebb kita hidup dlm masyarakat.Jadi sesiapa yg ada bau badan yg kurang menyenangkan semburlah minyak wangi agar kamu mudah untuk berinteraksi.

Nafsu makan yang sangat memberangsangkan

Masa membeli belah dan membeli juadah adalah yang paling best sekali, hakikatnya kadang2 membawa kepada pembaziran.
Bila nk beli blh dikatakan semua nak belasah kecuali mmg ada penyakit mmg kuranglah sikit nafsunya.
Godaan mcm2 walu diakui nafsu ini mampu diatasi dgn baik.Aneka juadah ditatap penuh selera namun apabila berbuka seteguk air adakalanya sudah memadai.
Aku nie jenis yg kuat jugak nafsu namun sejak ada penyakit gastrik agak sedikit kurang nafsu membelinya.
Namun diakui bauan2 hidangan dan kuih2 yg pelbagai citarasa pasti mencetus seleraku.
Namun aku mesti budget jugak sbb kelengkapan lain mesti ada jugak.
Sekurangnya rm10 sehari?Amacam adakah memadai...

24 Ogos 2009

Ruginya tidak berniaga di bulan Ramadhan

Dulu warung nie cukup popular menjelang ramdhan, ramai org suka singgah di warung nie.Dia menjual lauk pauk yang fresh dan kuih muih yang cukup sedap.
Tapi malangnya dia tulis kt whiteboard bercuti sebulan ramadhan, apa nak di kata sebb dia nak cuti.
Cuma aku rs rugi sbb gagal menikmati ikan bakarnya yg pasti menyelerakan.Semuanya baru dimasak pada waktu petang.
Namun aku rs makcik tu lg rugi sbb pelanggannya mmg ramai dan pasti rmi yg kecewa sbb warungnya tutup.
Mungkin ada sbb tersendiri makcik itu nak tutup warungnya namun peluang begini bukan senang untuk dilepaskan sbb ramadhan sahaja sambutannya amat mengalakkan.

21 Ogos 2009

Puasa yang bukan sekadar menahan lapar dan dahaga

Puasa dtg lagi
sekali dalam setahun
dan mungkin 2 kali dalam setahun

Masjid yg hanya dikunjungi
waktu solat jumaat
kini kembali meriah
Waktu malam kegembiraan
terpancar di wajah kanak2

Kuih muih lauk pauk
aneka jenis pembuka selera
Diisi sangat padat
sehingga sendat tidak terkata

Adakah puasa hanya menahan lapar dan dahaga.
Sucilah jiwa ini basuhlah hati ini
Terlalu kotor dan hitam
Terasa tiada nilai harga diri

Semoga puasa ini memberi
makna dan kesan yang mendalam
dalam menghadapi liku liku hidup aku ini
Diri ini terlalu tua dalam erti keinsafan

20 Ogos 2009

Aku dilanda ribut taufan yang amat hebat

Aku sebenarnya dalam situasi yg berjaga2 kerana ada orang nk bersoal jawab dgn aku secara terbuka.
Aku umpama penjahat yg menjadi perhatian pihak polis.
Tapi salah aku tak seberapa.
Kesalahan aku ialah sms dgn bini orang.
Salahkah aku?
Aku sms bukan benda yang mengarut dan hanya tentang kerja sahaja.
Aku cuma kadang2 buat lawak je adala.

Jadi aku telah disalah tafsir dan suaminya xpuas hati dgn aku.
Aku xnak cari gaduh dan berdendam.
Kalau aku salah sekalipun aku minta maaf banyak2.
Aku janji xgangu kehidupan kamu lg dan juga jangan gangu kehidupan aku lagi.
Jangan kaitkan aku dengan apa jua keadaan sekalipun.
Aku dah xda kaitan dengan kamu lagi.

Mulai hari ini aku sepenuhnya mengunakan perkataan kasar bila sms dgn perempuan
Bukan semua tapi golongan2 tertentu yang dah aku senarai hitamkan.
Harap maklum...

Nak aku tolong bagi signal ke?

Aku naik motor follow kereta depan agak rapat, dia nk cepat aku pun nk cepat.
Tapi aku masih berhati2 sbb itu mmg kawasan parking, dan tiba2 dia berhenti secara tiba2 nak parking, dgn signal yg xbagi hampir aku berlanggar dgn kereta tersebut.

Panasnya hati mmat nie buat muka xbrsalah walau sedikit pun, nk senyum jangan haraplah.
Tapi minta maaflah cakap tlglah belajar bagi signal bukan susah pun nk bg signal, kecuali kalu signal kamu dah rosak.

Harap simpan je muka samseng kamu sbb mmg kamu bersalah konon kamu nk aku langgar lari ke, baru padan muka kamu.

19 Ogos 2009

Nak sms pun tak boleh

Geram sungguh aku , duk heboh satu pej aku duk rajin sms, xkira masa dan tempat,
aku punya hal la apsal korang nk bising2 duk mengadu sana sini apa yang aku buat.
Yang penting kerja aku beres, ini duk mengata minah mana yg aku sms, ikut suka aku la
yang penting aku xkacau korang, korang pun duk bising2 belakang nak buat apa.
Korang dtg la jumpa aku n bagitau kt aku apa yg blh aku buat, nk aku tlg bancuh kan teh untuk
korang ke,sedarlah diri aku xpernah nk amik tau urusan peribadi korang.
Kemudian bila aku xsms aku xcall konon minah aku marah sebb duk layan korang pulak.
Eh xfhm la aku, aku xlayan korang pulak duk bising2 knp aku xangkat n xsms korang.
Pelik sungguh la, tp xpasti aku mungkin nk tukar no baru padan muka korang.
Korang nak apa2 je dari aku nk fail ke nk maklumat pape ke, dtg sendiri jumpa aku.
Maaf bebanyak...

18 Ogos 2009

Cantik ke bilik aku?

Bilik aku dah dihiaskan dengan tile yg menawan, dgn langsir yang cantik dengan adunan yang cukup hebat?Persoalannya cantik ke bilik aku?
Sebenarnya cantik di hati namun belum menjamin aku yg terbaik dalam pengurusan di pejabat aku.
Aku masih gagal menjadi ketua yang terbaik.Puncanya ialah aku xpandai nk mematah kata2 orang lain.
Aku xpandai nk berlaku serong apabila berkata2 dgn orang lain.
Namun inilah aku, jujur mcmanapun aku kena tampilkan keupayaan diri aku yg sebenarnya.
Aku xnak hipokrit,aku juga xnak berpura2.
Aku nakkan diri aku yang sebenarnya.

17 Ogos 2009

Alahai ikan aku

Aku ada bela ikan
Namun kali ini aku teruja dgn aku
Ikan aku hilang kedua2 matanya
mungkin berpunca akibat pergaduhan

Terharunya aku si ikan tadi
mencari2 destinasi
mencari2 makanan yg ku hulurkan
sebak rasanya bagaikan ingatan untuk semua

Aku cadang nak sembelih
Namun tiada mampu aku
Aku hanya berharap
ikan aku mati dengan sendirinya

Aku bayangkan knp hingga
ke hari ini masih ada manusia
yg suka atau paksa buang bayi
Langsung tiada perikemanusiaan

Bayangkan ikan yg sedemikian aku simpati melihatnya inikan manusia
yang bakal mencorak kehidupannya kelak.
Apa salah mereka...

Terima kasih RTM, i lap u

Korang minat ke rtm, 2 channel jer nak banding dgn channel yang lain,
tapi aku respect jugak rtm sebb apa silalah baca apa sebabnya.

Aku dok melayari internet mencari bahan download lagu patriotik.
Puas la aku mencari rs tekanan yang amat sangat.
Hampir kecewa dibuatnya.
Aku buka laman web mcm2 karenah dan ada jugak not found.

Akhirnya aku jumpa laman web yg agak terbelakang alamatnya.
Tapi mudahnya aku download siap dlm bentuk zip lagi.
Akhirnya aku berjaya download lagu muhibbah
dengan rs yg cukup teruja.

Laman web tersebut ialah rtm.
Dulu aku mmg kurang minat dgn logonya
tapi kini aku blh terima sekurang2nya
ada jasa pada aku.

Aku harap rtm terus maju
dalam keadaan mereka
yang serba tidak tau
dan hampir keliru.

15 Ogos 2009

Sama tinggi belum tentu dia suka dekat aku

Aku minat kt sorg pompuan nie , dia tinggi sama la dgn aku
tapi hanya nk kawan je xnk lebih dari itu
kecuali dia meronta2 nk lebih
ehh xjugak aku xnk lebih2 la

Tapi aku pemalu dan aku suka simpan kuku
Aku dh dapat no fon dia tapi xreti
nak mengayat
Aku pun sms dan dia xlayan sgt dgn gua beb

Berdasarkan pengalaman org yg xambil pusing
dgn kita tandanya dia mmg dah ada balak
Aku xkisah sgt la sbb aku mmg lelaki yg suka berkawan

Cuma kesimpulan di sini
org yg nk aku kawan
dia kurang berminat
tapi org aku mmg xjangka nk kawan
mmg dia ofer nk kawan dgn aku

Lagi satu
perempuan xcun anggap aku
handsome
tapi perempuan cun angap aku
biase jerla...

13 Ogos 2009

MLM pun boleh cari gaduh

Ada seorg kawan ajak join mlm tp malas aku nk sebut produknya.
Aku dah pun jadi ahli tapi aku kurang berminat nk p kursus sbb kerja aku berlambak dan aku lebih selesa duduk berehat di rumah di hari minggu.

Kawan aku berusaha ajak aku dgn pelbagai cara dan aku amat sukar memberi alasan.Itu sebb aku lelaki yg agak cair dgn MLM.Tapi setakat ini MLM aku mmg xpernah menjadi.

Tapi aku nk bagi contoh mak sedara aku sendiri dah pakai honda civic dek penangan MLM yg selalu keluar dalam TV.Bagi la bisnes apa sahaja pasti menjadi.

Tapi aku gagal semuanya, puncanya adalah aku xpandai nk pujuk rayu orang join produk dan mmg aku xpandai bodek.

Dah banyak bisnes aku join tapi just menjadi ahli jela dan aku lemah orang pujuk rayu aku untuk jadi ahli.

Kini ada MLM yg terbaru, aduhai mampukah aku menepisnya kali ini.Aku xsalahkan MLM tapi aku mmg xda skill nak pujuk.

11 Ogos 2009

Geram dan pelik akhirnya aku selamba

Aku geram la mamat ni rapat ngan aku
pape hal mintak tlg aku
ajak aku p rumah lagi
emergency call aku
terharu katanya akulah harapan dia

Peliknya kadang2 dia
berselisih bahu pun xnk tegur
konon mcm hebat jer
Aku tegur nk jwb hoi pun payah
nk senyum mgkn kena byr kot

Pelik la aku xfhm
kadang2 nampak mcm dengki je kt aku
aku dh la xhandsome kawan rpt pun xda
konon kamulah kawan aku
tapi kamu pelik
aku geram
dan akhirnya
aku mengalah...

Kerja aku yang tidak dipedulikan

Hari ni kerja aku cukup hebat, rs xmenang tangan dibuatnya.Rs tekanan yg amat sangat tapi ingatlah aku bukan insan yg perfect jgn mengharapkan keajaiban daripada aku.
Lagi satu jangan letak semua kerja atas bahu aku korang berdikari lah jugak.Takkan bateri dah kong suruh aku jugak pi ganti bateri yang baru.
Aku faham dan prinsip hidup sebolehnya2 xnak bebankan masalah dgn org lain yg juga ada masalah, benda kecik pun nak aku uruskan jugak.
Kadang2 sekrg sush nk mintak tolong org lain yg memg xda kena mengena dgn dirinya tapi aku akurlah jawatan aku nampak hebat namun xda sape pun yg peduli dan ambil kisah.
Ada juga pekerja yg mampu membaca akbar dari pagi hingga ke tengah hari dgn kaki bersilang.
Aku yg berjalan kaki ini membawa perut yg bun*** nie berjalan xhenti2 melunaskan tanggungjawab yg tiada siapa pun peduli.

10 Ogos 2009

Aku sering diuji

Skrg ni ramai sgt yg pandai berlakon, konon mcm benda yg berlaku itu seolh2 tidak mengetahuinya tetapi dia sengaja nk tgk reaksi kita mcm mana.
Bila ditanya kenapa buat sy mcm nie jawapannya ialah saja nk tgk apa reaksi dan pandangan kita.
Macam mana ni nk menilai kejujuran seseorang?
Akhirnya mengambil sikap untuk melepaskan diri.

06 Ogos 2009

Hai kawan kawan

Hai kawan2 apa khabar semua, cewah mcm cerita upin dan ipin yg sungguh best tu kan, btl2...
Aku jealous tgk nada dering skrg siap upin dan ipin berkata2 lagi2.
Jadi aku tidak teragak2 mencarinya di dalam internet.
Buktinya ini alamat nya...topotapo
so korang tunggu apa lagi...serang...

Ceramah agama untuk semua

Agak agak korang bilakah kali terakhir korang dgr ceramah agama secara total samada media eletronik atau secara live?
Bila dibilang dgn jari kot.Cewah, aku bukan nk tunjuk baik cuma aku nk bgtau aku smlm dgr ceramah agama di dewan.Tajuk yg paling best tentang solat dan kasih kepada ibu bapa.
Hampir menitis airmata dgn kata2 yang cukup berkesan di jiwa.
Maklumlah hati ini kadang2 dh banyak titik titik hitam jadi muhasabah diri untuk dibersihkan kembali.Rasa gerun yg teramat betapa kesan dan akibatnya apabila kita meninggalkan solat.

05 Ogos 2009

Minggu yang sibuk

Minggu yg agak sibuk blh pecah panggung dibuatnya.Macam2 hal kena diuruskan segera.
Apapun aku mesti berblog, sebb berblog untuk semua.

03 Ogos 2009

Aku cadang nak pinjam duit

Aku cdg nk pinjam duit, tapi yg lecehnya bertambah lg hutang aku.
Aku cadang nk pinjam duit nk tutup lubang yg satu lagi, tapi hutang aku bertmbah lg.
Tapi aku nk cari sumber duit lain mmg xda, nk harapkan bisnes mmg kaburlah jawabnya.
Nak harapkan aku kena cabutan bertuah ssp bsn, mungkin bermimpi di siang hari.
Nak pinjam duit mak bapak pasti malulah la jugak.

Tujuan aku nk pinjam duit supaya aku selesa sikit bila berlaku kecemasan.
Ini bayangkan nk tunggu duit gaji manalah cukup, mcm jugalah aku nk pakai kereta baru,
nk pakai sedap mesti kena hutanglah jawabnya.
Pening kepala dibuatnya, bukan aku xmampu nk pinjam tapi aku rs agak berat nk berhutang.
Tapi kalau hidup xsanggup nk berhutang mampukah aku gadaikan cash aku.

Tiada jawapan tiada kesimpulan yg baik.
Aku ikut shj arus yg ada.

Berguna dibenci tak berguna dikeji

Dulu aku bagai hero penyelamat dunia.
Aku bagai disanjung, aku adalah segalanya.

Tapi bila tak berguna lagi,
aku penyebab segalanya porak peranda.
Akulah pembawa virus dlm hdp kamu.

Dunia dunia,
kadang2 tidak berperikemanusiaan.
Kesimpulan yg blh aku buat
kita perlu menyelamat diri kita terlebih dulu
tanpa memikirkan apa jua keadaan orang lain.