29 November 2009

Ucapan yang tak sanggup diucap

Mak ayah saya balik dulu ye...
Itulah ayat paling sukar diucap untuk balik dari kampung setelah lama berehat di kampung halaman.
Mak dan ayah yang tiada gantinya dengan orang lain.
Namun dalam keadaan terpaksa aku melangkah kaki untuk pulang semula ke tempat aku mencari makan.
Kesedapan makanan yang dimasak oleh emak cukup menyelerakan.

Akhirnya tangan dihulur memohon kemaafan, kesayuan mak dan ayah melihat aku meninggalkan kampung halaman.Dalam hati biarlah aku bermalam sekali lagi.
Insyaallah mak nanti saya datang lagi jenguk mak.

Aku kena nombor

Aku nk perbetulkan ayat di atas iaitu kereta aku kena nombor yang paling cantik.Tgk la kt atas.Sesetengah individu gila nombor, kalau x kenapa sanggup tempah nombor cantik pd kereta mereka.
Setengah orang gila nombor kalau x kenapa ada nombor hp vip dijual di kedai hp padahal harga rm8.80 tlh menjadi rm30.00.
Setengah orang gila dgn nombor 8 kononnya membawa ong.Padahal amik no apapun kehidupannya masih sama.Ikut firasat orang cina agaknya.
Aku jgk kadang2 gila nombor.Tapi no hp jela mampu.
p/s:kamu berani beli nombor ekor yang terang2an haram??dgrlah lagu Dato M Daud Kilau dengan tajuknya gila judi.

26 November 2009

Aku faham esok nak raya

Aku faham esok nk raya cuma aku harap tlglah perlahankan lagu lagu raya tu.
Ini yang ko pasang kuat2 tempat parking nk buat apa.Aku pun ada jugak lagu raya
xdala sanggup pasang kuat mcm tu.
Aku pun nk raya jugak tapi xla emosional macam tu.Anak muda la katakan makin ditegur makin dilawan dan kalau lawan confirm aku kalah punya.
Dah la panas aku dah la xdpt parking tp yg ko tu pasang radio kuat nk buat apa, kalau ko kuar kasi aku parking pun xpa jugak.
Okla malas nk marah 2 esok dah raya korban, dan kena banyak berkorban.
Cuma pernah ke kamu terfikir yang kamu dah banyak berkorban untuk ibu bapa kamu.
Apapun Selamat Hari Raya Korban.

p/s:ada ke org buat iklan hari raya korban???

Alahai 20 sen

Dengar dan faham ye.
Aku pegi pasaraya semalam kemudian nk guna troli tapi nak amik troli kena amik token dulu.
Token tu dlm bentuk syiling 20 sen dan harga token tu rm1.Tak macam Tesco dan Giant di mana ada kuli yang pegi cari troli tersebut.
Selepas membeli belah aku nk letak balik troli tersebut.Tiba2 ada amoi nk troli aku dan bayar 20 sen kt aku.Aku kata bayar rm1.00 kt aku sebb mmg harga token rm1.00.Dia pening dan confius langsung tak jadi amik troli.Aku tak faham atau dia tak faham.
1.Kenapa kamu tak faham bayar jerla rm1.00 kt aku kemudian bila kamu nk balik seringgit tukar jerla token tu balik.
2.Dia ingat aku tipu tapi kalau tak percaya pegilah tanya dekat kaunter.Mmg tak rugi la sebb duit kita dapat balik.Lempang karang baru tau.
3.Tujuan depa wat cm 2 supaya kita letakkan kembali troli itu di tempat yg asal itu sebb depa guna stail token.Ala malas la nk jelaskan lagi aku anggap korang pun ada pengalaman.
Cuma mungkin dia baru pertama kali pegi ke pasaraya macam tu.Kesimpulannya duit 20 sen pun nk berkira belum lagi kita nk bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
Muhasabah diri!

24 November 2009

Klik Nuffnang!!!

Nuffnang ? Korang mesti tau apa tu nuffnang, maklum sajelah sebb rezeki tu ada di mana 2 kalau depa nk bagi aku pun amik aje, tapi hati2 jgn sampai benda haram pun sapu jugak.Cthnya nombor ekor aku tengok berbaris mcm beli tiket wayang semata2 nk perjudikan nasib dgn nombor.
Depa kata bukan aku kata klik nuffnang dapat duit dan aku pun baca la mmg klik dapat duit tapi kalau aku klik iklan tu banyak kali adakah benar aku dapat duit banyak secara terkumpul?
Depa kata la bukan aku kata skrg duk tumpu iklan nuffnang aje dan siap promote suruh klik lagi, aku pun duk ajak kawan ramai2 klik nuffnang aku.Tapi aku tak paksa dan tiada unsur menghasut.
Hidup ini kena bijak sebb tiada siapa yang dapat mengubah diri kita, betul tak?Apa yang pasti kalau korang rajin kunjung kt blog aku silalah klik nuffnang dan ingatlah itu bukan target aku untuk menceriakan blog yang tak seberapa ini.

23 November 2009

Makan tapai

Itulah istilah yg digunakan oleh ayah aku apabila beregu Malaysia tumpas semalam.Aku xsuka ayah aku beri gelaran tersebut mengambarkan prestasi Malaysia agak teruk.
Kien Keat-Boon Heong tewas kepada pasangan dari Korea Jung Jae Sung-Lee Yong Dae 21-13, 19-21, 21-18 pd perlawanan akhir Terbuka China.Beregu Korea nie mmg sukar untuk ditewaskan walaupun mereka bertubuh kecil.Semangat kental untuk bertahan menjadi nadi kekuatan pasangan ini.

20 November 2009

Hand of Henry


Menang kalah adat pertandingan namun kekalahan kali ini adalah paling sukar diterima.Dengan sedikit sentuhan memberikan kesan yang mendalam kepada pihak lawan.Itulah yang diperkatakan diperhebohkan seluruh dunia masa kini.Semua negara ingin bermain di piala dunia namun malangnya Rep Ireland sukar menerima kekalahan daripada Perancis.Aksi yang dibuat oleh Thierry Henry menggunakan tangan untuk menampan bola lalu ditanduk oleh kawannya memberikan kemenangan kepada Perancis untuk layak ke piala dunia.Namun beliau mengaku kesalahannya namun seluruh peminat dunia gagal menerima pandangan positif daripada pemain tersebut.Dia pasti dikenang di sepanjang zaman.

16 November 2009

Jumpa sahabat lama

Jumpa sahabat lama yang dah lama tak berjumpa lebih kurang 10 tahun yang lalu.
Kawan masa UUM dulu.Kawan yang dulu grunge kini dah jadi mat smart.
Kawan yang dah berubah sama sekali.
Cuma loghatnya masih kekal macam dulu.

13 November 2009

Tolong jangan rampas kasih sayang aku

Aku mahukan kasih sayang aku seperti dulu.
Mereka telah merampasnya daripada aku secara terang terangan.
Kasih sayang adalah harga yang sangat tinggi daripada segala galanya.

Kalau mereka mahukan kasih sayang mereka carilah sendiri.
Jangan anggap aku tiada hati dan perasaan.
Aku terlalu rindukan kasih sayang.
Kenapa mereka merampasnya daripada aku?

Aku sedar mereka juga ada hak
Tetapi hak aku lebih mutlak.
Hanya Allah Maha Mengetahui
betapa sayunya hati bila kasih sayang aku dirampas begitu sahaja.

Kalau mereka mahukan kenapa mereka
tidak mendapatnya sebelum ini.
Tolong pulangkan kasih sayang aku.
Aku merayu pada mereka
tanpa keluhan hanya gelora hati meronta ronta.

Akhirnya jua aku pasrah
Akhirnya jua aku menurut perjalanan arus kehidupan.
Ingatlah kasih sayang sentiasa berada di hati ini.

12 November 2009

Aku dapat free daripada kamu ke?

Kisah ini agak sudah lama, namun mari kita hayati semula.
Kisah di gerai jual kuih, aku beli kuih rm2.oo kemudian setelah dibungkus dia main campak je macam campak sampah dalam bakul sampah.Aku naik hot la tapi dia minta maaf dalam keadaan terpksa.
Apa pengajaran yang boleh kita dapat?
1.Aku beli dengan duit bukan dapat free ye.Aku tau la beli tak banyak tapi hormat la sikit dengan pelanggan.Nanti aku heboh kuih ko xsedap apa yang kau rasa nanti pulak.

2.Aku adalah raja jd kamu kena layan aku dengan baik.Kalau blh ucaplah TERIMA KASIH ABANG
aku pasti tersenyum girang.Bukan susah pun tak kan nak tunggu aku beli satu LORI baru kamu nk ucap mcm tu.

3.Aku tau kuih kamu sedap dan kamu kena jagalah kualitinya bukan setakat makanan tetapi LAYANAN.Percayalah aku yakin kedai kamu mesti LAKU nanti.Ini bila sampai je kedai kamu kamu mula la tunjuk muka masam seolah2 mcm aku gangu hidup kamu aje.Lebih baik tutup kedai dan pasti kedai kamu akan lingkup.

Kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kesopanan dan kesusilaan amat kurang.Ucapan dan kata2 manis bukanlah lahir dari hati yang ikhlas.Aku tak minta tunduk untuk hormat aku tapi cukuplah sekadar ucapan.
Ingatlah dunia perniagaan mempunyai potensi keuntungan yang sangat lumayan.Jaga hati pelanggan dari segi kualiti makanan dan juga layanan.

10 November 2009

Wardina VS Yuna?

Dulu wardina yang berubah menjadi pelakon yang amat setia dengan tudungnya.
Kini yuna yang diharapkan kekal dengan penampilannya.
Akan datang siapakah agaknya?
Tiada seksi pun mereka boleh jadi popular, artis lain bila lagi.

09 November 2009

Aku bukanlah superman, aku juga bisa nangis

Sebenarnya superman pun ada emosi tapi dia tidak la sampai nak nangis.
Lirik spontan,tapi lagunya kini menjadi siulan ramai.
Sila tekan di sini untuk membaca liriknya.
The Lucky Laki adalah sebuah band yang dianggotai oleh anak2 gitaris Dewa19 iaitu Ahmad Dhani. The Lucky Laki popular dengan lagu mereka yang berjudul “Bukan Superman”. Lagu ini dicipta sendiri oleh Ahmad Dhani untuk anak-anaknya.

Tapi kenapa mesti ada anti Malaysia lagi?

08 November 2009

Mimpi ku hampir benar belaka

Ini tentang bola malam tadi.Penyokong Kelantan yang ramai berbanding penyokong N.S.
Mimpi aku N.S menang 4 - 1, tapi hampir tepat dengan keputusan sebenar iaitu 3 - 1.
Aku tak kisah siapa menang cuma aku kisah sikap penonton yang amat mendukacitakan.
Aku faham semua pasukan ingin kemenangan tapi bila dah kalah akur sahaja dengan keputusan.

Sebenarnya Kelantan yang menjadi malam tadi.Hantaran yang mudah dibaca oleh pihak lawan, juga benteng pertahanan yang agak rapuh.Cuma yang hadir bentesan keras yang pasti menganggu rentak perlawanan.

Bakar mercun bakar kerusi dan sebagainya menjadi tontonan semua malam tadi.Paling menonjol ialah pihak penyokong Kelantan sendiri.Memang benar tanpa kehadiran penyokong pasti hambar jadinya tetapi disiplin kena jaga.Ramai pihak pasti mengatakan sikap keterbukaan yang agak terlampau mencetus isu negatif di kalangan peminat bola sepak itu sendiri.

Kenapa kita masih gagal mencontohi bola sepak luar negara.Lihat sahaja nama2 besar bermain bola pasti penyokong berada dalam suasana yang terkawal.Mereka faham sebarang tindakan penyokong pasti mengundang padah dengan hukuman yang diberikan nanti.

Mungkin kita agak manja dengan penyokong sebab untuk menarik penyokong datang ke stadium bukanlah suatu perkara yang mudah lagi.Negara kita tidak ramai star berbanding luar negara yang begitu hebat di mata kita.Jadi kehadiran penyokong sangat dialukan2 ke stadium.
Jadi kalau pihak tertentu mengenakan hukuman yang sewajarnya kepada para penyokong sudah pasti kantung persatuan akan kempis.Secara tidak langsung cenderung kepada pembayaran gaji pemain, pengangkutan dan sebagainya.Jadi banyak perkara harus di ambil kira.

Secara kesimpulannya kita harus lakukan sesuatu demi bola sepak negara.Lakukan yang terbaik agar perkara yang sama tidak berulang lagi.Dulu kita hebat dengan pemain import yang diurakan2 menyemarakan bola sepak negara namun kalau kantung sudah kehausan, mungkin pemain import mengalami masalah yang sama dengan pemain tempatan.Jadi buatlah sesuatu demi bola sepak negara.Masih ada harapan untuk negara kita beraksi di Piala Dunia.

Anak Mummy Kat Penang



Awal pagi bertolak ke Penang konon nk jumpa anak mummy.
Anak mummy nk belanja minum , dan aku pun datang jumpa anak mummy.

Tapi rupanya mak mummy dan aku pun tersengih seorang diri.
Penang yang hebat dengan jambatan yang indah dengan pemandangan.
Segalanya pasti dalam kenangan.

07 November 2009

Kelantan 1 Negeri Sembilan 4?


Kelantan kalah?Aku bermimpi malam tadi, yang peliknya indra yang skor untuk N.S.
Wahai penyokong Kelantan jangan marah ye sekadar mimpi sahaja.


Malam nie main elok2 ye, kalau ketinggalan pun bertindaklah secara profesional.
Aku bukan penyokong kedua2 negeri tersebut tp teruja nk tgk sebb kedua2 negeri tersebut dah lama xmasuk final.Aku nk bagitau Khalid Jamlus tu kawan lama aku dulu.

p/s:Aku mungkin xdapat tgk game Chelsea lawan MU ahad nie.huhuhu

06 November 2009

Kari puff sedapnya?


Aku singgah di stesen minyak.Aku terlihat gadis melayu ini membeli kari puff 3biji.Alamak terliur jugak aku melihatnya.
Dalam hati lepas isi minyak aku nk beli satu la.Harga sebiji rm1.20, saiznya sebesar tapak tangan dewasa.Nampak mmg sedap dan menyelerakan.
Aku dah selesai isi aku terus pegi dekat kari puff tadi.Dah nk capai plastik kemudian aku terlihat tulisan cina di sebelah tulisan melayu kari puff.
Langsung aku xjadi beli.Bukan aku anti cina cuma buatannya sahaja yang aku syak sesuatu.Tapi kalau dah berkenan bantai jelah.Lagipun kat luar sana ramai yg suka masakan cina cuma selera aku belum sampai tahap mcm tu.

05 November 2009

Alahai gadis melayu...mengasyikkan

Sekarang mungkin tgh hot finalis pencarian Gadis Melayu.Gadis Melayu yang mcmana di cari .Serba serbi memikat hati atau sekadar memikat juri awam sahaja.Sebelum pencarian heboh konon salah seorang daripada sudah memenuhi idaman gadis melayu.


Alkisahnya dah digembar gemburkan sebelum ini.Namun mereka membuktikan bahawa sudah melakukan kesilapan sebelum ini.



Namun apakan daya gambar ini yg menjadi tatapan buat mereka yang di luar sana.Lupakan kisah yang lalu yang penting anda tonjolkan kebolehan anda dan layakkan diri anda ke martabat gadis melayu yang di sanjung tinggi.

Nak tgk lagi aksi mereka , kamu layari web di bawah bg mereka yang kehausan dan sanggap yang teramat sgt.Layannnn....

04 November 2009

Your comment has been saved and will be visible after blog owner approval.

Korang mesti faham maksudnya kan.
Aku agak risau kalau komen aku tdk diluluskan.
Aku tahu tuan rumah ada sebb buat mcm 2.
Tapi blog aku bebas untuk di komen
cuma jangan mencarut sudah la.

p/s:ada orang tua mengajar bahasa Melayu
kepada orang muda.Ine ada satu masealah.

Aku nak jual hp, ada sesiapa yang berminat?

Aku nk jual hp sony ericcson w660i dengan harga yg berpatutan.Aku nk jual rm250 dan harga blh dirunding lg.Aku cuma pakai xsampai setahun dan aku bercadang nk amik hp yg lain.Sesiapa berminat blh email kepada aku mymode008@gmail.com
Kebaikan hp ini ialah:
ada 3g
mms
email
camera
Standard mcm hp yang glamer di pasaran sekarang.

03 November 2009

Nak aku potong sekarang?

Jalan dah la sempit mmg xda ruang nk potong, pagi2 mmg agak sibuk orang nak pg kerja, harap memahami bagi mereka yang bawa kereta agak slow.Aku bukan mat rempit, aku juga tidak suka bawa laju dan aku faham risiko memandu laju namun adakalanya aku wajar berbuat demikian.

Aku nak pg kerja depan aku ada kereta bawak kereta sangat lambat macam siput, aku kena kejar masa sebb aku kena datang awal ke pejabat.Bawak dalam kategori 40 km sejam lebih baik naik basikal , dan aku tiada pilihan terpaksa mengekori dari belakang.Aku hampir hilang sabar dan rupanya berderet kereta dan kenderaan lain menunggu masa untuk potong.Dan akhirnya aku berjaya potong.Dengan memandang sinis aku lihat orang ini sangat relaks sambil tangan sebelahnya menghisap rokok.

Nak aje aku potong walaupun aku baru selesai potong.Kerajaan sediakan jalan alternatif lain bagi kereta yang lembab mcm lembu.

02 November 2009

Aku tiada siapa nak luahkan perasaan

Aku memerlukan seseorang untuk kongsi masalah aku.
Aku nak kongsi segala masalah yang aku hadapi
sama ada suka dan duka.
Kawan ramai tapi kawan berkongsi duka mmg tiada.
Aku yakin tiada siapa yang sudi sebab aku lelaki yang mudah terasa.
Aku terpaksa menyendiri dan berdikari.

p/s:mungkin setiap petang Isnin dan Khamis menjadi kenang-kenangan.

01 November 2009

Pagi yang gelap kini sudah terang

Agenda utama buangkanlah atau singkirkanlah benda yang dah lapok dalam jiwa.
Kini dah sebati dalam hidup.
Cuma yang menganggu perasaan ialah tekanan yang amat memberangsangkan.
Jadi aku kena belajar bersungguh2 dalam menangani stess.
Bukannya melakukan sesuatu yang tidak berfaedah.