28 September 2009

Aku agak cemas sekarang

Sejak smlm smpi sekarang aku agak cemas dalam menghitung waktu.
Mengharapkan sesuatu yang paling indah dalam hidup.
Aku redha apa jua yang berlaku.
Aku berdoa agar segalanya selamat hendaknya.
Kita mampu merancang, Allah jua menentukannya.

24 September 2009

Kelakarnya gitu gitu apek aidilfitri

Aku dh lupa raya ke berapa aku tgk ctr nie,mmg ulangan dari tahun lepas tp serius cakap sampai nk pts urat perut aku ketawa, mmg btl la ketawa mmg blh hilangkan stress.
Mmg sgt kelakar dan menghiburkan.Kisah tentang apek (awok) bersama dgn kutu dan pelakon2 yg lain.
Sangat terhibur walu ada lawaknya kadang2 dah basi tp msh mantap dan menghiburkan.Bukan senang nk cari pelawak yang selamba sbb kadang2 ada lawak yg xmenjadi dan kita menontonnya dalam keadaan kebinggungan dan terlalu sukar untuk ketawa.

23 September 2009

Aku pening nak pilih camera digital yang mana satu

Aku mmg xda kamera dan cadang nk beli tapi aku sukar nk buat pilihan.
Mula2 aku tgk jenama Samsung murah je rm399 siap bagi offer lagi rm360.
Cadang duk berangan nk beli dah, tapi belum juga buat keputusan.
Kemudian aku tgk pulak jenama nikom lagi best tp harganya blh tahan rm699 dan dia bagi offer rm660.Tapi lagi canggih baterinya guna bateri mcm hp, 3kali zoom, 10 mega pixel, touch screen dan bermcm2 lagi kelebihan. Tapi yang samsung biasa sahaja dan bateri standard la jenis AA kot.Nampak la kembung sikit berbanding nikon.
Pening aku nak pilih, kemudian aku survey lagi jumpa lagi jenama yg lain iaitu Olympus.Harganya rm666 mmg cantik, banyak sgt kelebihan dan dia bagi 8gb.Siap blh connect lagi kat tv.
Aku dah pening antara harga dan jenama, antara kualiti dan harga, yang mana harus aku pertimbangkan.
Kalau kamera yang dulu mmg guna negatif dan confirm kena cuci punya sebb teruja nk tgk tapi kamera sekarang hanya menjadi simpan sahaja sbb malas nak pi cuci sbb blh tgk dalam laptop.
Kawan2 tolonglah suggest kt aku kamera mana yang sesuai berdasarkan pengalaman dan penggunaan kamera korang. tq

21 September 2009

Raya aku yang mungkin tak sama dengan orang lain

Aku ni mmg tak ramai kawan jadi kurang meriah la raya aku berbanding dgn orang lain.Tengok la sekarang dah raya kedua tapi aku masih berkesempatan menaip post yang terbaru.
Cuma waktu pagi raya paling indah dapat bersalaman dgn kedua2 ibu bapa, tahun nie best sikit sbb kaler baju raya hampir sama iaitu warna ungu.
Raya di kampung mmg seronok sbb ramai orang suka menziarahi, aku pun duk goyang kaki tunggu tetamu datang.
Kemudian aku dapat bersalaman dengan saudara mara yang aku anggap org terpenting dalam hidup aku.Seronok rasanya rs terbalas dgn pengorbanan yang mereka berikan.
Kemudian dah selesai semuanya mood aku kembali biasa, rumah aku sendiri xda sape yang nak kunjungi, kuih banyak dibeli menjadi menu aku saban hari.
Aku akur aku mmg xpandai layan tetamu dan aku nie mmg nampak serius.Kalaulah ada sape2 yg dtg aku di anggap lelaki yg bertuah sangat.Aku juga berjiwa sensitif mudah sgt terasa aku mmg xpandai melawak dan mengambil hati perasaan orang lain.Ketiika aku menaip nie pulak hujan turun amat lebat mmg confirm agaknya xda sape sudi yg datang.
Itu sbb aku rela menyambut sepenuhnya hari raya di kampung halaman aku sendiri.Hilang boring dan xda rs tertekan berbanding beraya di rumah sendiri.Bayangkan sedara mara yg rapat juga agak keberatan untuk dtg ke rumah aku sbb aku mmg xnak pelawa dan mmg aku xpandai layan tetamu, jadi berpada2lah dgn aku apa yg aku alami.

19 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya buat semua muslimin dan muslimat.
Aku minta maaf sekiranya komen aku menyinggung perasaan korang.
Aku mengucapkan berbanyak 2 terima kasih di atas keprihatinan korang melalui blog aku ini.

Salam 1 Syawal...

Suasana menjelang hari raya (wajib baca)

Maaflah dah berapa hari xupdate.
Hari ini catatan aku tentang menjelang hari raya.Setiap tempat mungkin berbeza coraknya tapi aku nak ceritakan suasana di tempat aku.
Sekarang jalan jam nak pegi mana2 pun susah kecuali menaiki motosikal.
Semua kedai blh dikatakan penuh, ada sahaja barang nk dibeli termasuklah aku.
Org mmg suka membeli dalam suasana kelam kabut menjelang raya sebb baru sekarang baru terasa suasananya.
Rumah pulak dihiasi dgn langsir baru, cadar baru, sarung kusyen baru dan segalanya baru kecuali rumah aku semuanya yang dah lama.
Orang duk sibuk membeli ayam daging , sibuk membuat ketupat lemang kecuali aku yang tidak perlu memasak sbb aku beraya di kampung.Aku cuma tlg tengok aje.
Jalan ke kampung agak sesak sbb minah dan mat dari jauh balik kampung ada yang tayang kereta baru mpv baru dan ada yg tayang peha baru.Yelah budak kampung manalah reti nk tayang peha, malu la.
Paling sesak nk beli kuih dulu mak kita duk sibuk buat kuih tapi sekarang duk order or beli aje kat pasar ramadhan.
Time mcm ni jugak la nk beli baju raya kasut raya.Dulu kedai baju lenggang teramat sangat tapi sekarang penuh sesak xtau datangnya dari mana mereka.
Ini la hikmahnya bulan ramadhan bagi mereka yg benar2 merasainya.
Tapi bagi aku biasa sahaja cuma aku amat rindukan ciuman tangan ibu bapaku dengan linangan air mata tanda keampunan aku dosa2 aku yg lalu.Aku terlalu kerdil dalam menilai perjalanan hidup yang penuh berliku ini.

Aku buta 3M

Aku buta 3M
Menanggis Mempelajari Menginsafi.
Tiada kemampuan untuk berubah.
Bimbinglah aku ke jalan kebenaran.

15 September 2009

Pertemuan dan perpisahan dalam masa 24 jam

Perkenalan yg xdisangka sama sekali rs macam dah sejiwa di hati tetapi lain pula jadinya.
Alkisah pertemuan dan perpisahan semalam adalah yg paling singkat di Malaysia atau juga di dunia.
Mulanya aku dah kata aku jenis mcm nie, dia pun kata dia xkisah dia jenis happy dia jenis kelakar dia jenis spoting, aku bagai xpercaya namun aku akui mmg ada sifat manusia begitu.
Diaturkan pertemuan yang singkat mmg ok je dia tinggi hidung mancung mmg spoting bila berbicara seolah2 mcm tiada masalah dalam hidupnya.
Tetapi keesokkan berubah suasana, mula2 masih lagi ok namun keluar ayat sms nya iaitu aku xkenal ko la n harap jgn gangu aku lagi, k...
Terkelu lidah dibuatnya dan aku pun bersetuju mmg dia xsesuai dgn jiwa aku walaupun aku amat suka suaranye yg sgt matang.Tapi ada daya aku menghalang perpisahan, rs mcm lakonan semata2.
Aku akur dan ia menjadi satu lipatan sejarah dalam hidup aku.Aku harap korang fikirlah salah aku mengenali dia atau mmg aku yg tak faham jiwanya.

12 September 2009

Selamat hari raya-Saloma

Kawan2 jom nyanyi sama2 lagu nie.Lagu nie kita popular jugak la menjadi pilihan utama menjelang hari raya.

Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

( korus )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari raya



Bini orang sudah maafkan aku

Kalu korang mengikuti siri penyiasatan dalam blog nie (cewah) , aku ada story ttg bini orang, kononnya aku duk main dgn bini orang, dan akhirnya bini orang datang jumpa aku memohon maaf di atas kelakuan suaminya.
Katanya dia dah selesaikan masalah ini secara peribadi dgn suaminya.Lega rsnya sbb aku mmg xsalah papepun dan yg sakit hatinya duk mengumpat ctr pasal aku main bini orang.
Tapi hakikatnya aku mmg xmampu nk sumbat mulut org yg mengata aku tu dgn cabai sbb xda jln lain kecuali aku hanya mampu diamkan diri sahaja.
Apapun aku dh rs lega skrg sekurang2nya aku tidak lagi diburu oleh suaminya lagi, aku bukan penakut cuma aku xnk kerohkan keadaan yang sedia.Lagipun bulan puasa nie aku xsuka marah2.
Jadi aku nk tutup kes ni dan walau bagaimanapun aku xkan sms bini org walau apa cara sekalipun, kalu ko nk jumpa aku pun sila jumpa face to faca di hadapan khalayak ramai yg pasti tidak menumbulkan syak.Nanti bilik aku pulak di gelar pusat maksiat sendirian berhad.

11 September 2009

Ketika nafsu sebelum berbuka

Semua rasa tak cukup, air yang penuh satu jag rs mcm xcukup jer, air satu jenis rs mcm xmemadai jer.Kuih satu jenis rs mcm sedikit sgt jadi belilah pelbagai jenis kuih muih.Lauk pauk yg dibeli rs mcm sedikit aje kalu boleh smua jenis lauk mesti ada.Kadang2 ada makanan yg bukan pilihan kita turut berada dalam perancangan sebelum berbuka.Kalu blh nk penuh satu meja, kalau ronda pasar ramadhan sekurang2nya dua kali, kdg2 teringat makanan yg sedap semalam rs nk beli lagi sekali.
Akhirnya terhidanglah semua di atas meja.Ada popiah, ada kepak ayam madu, ada kuih muih, ada nasi kerabu, ada pulut udang, ada air tembikai dan roselle.Bila sahaja azan berbunyi dapat sebiji kurma dan air manis kenyang pulak rsnya.Selera yg berkobar2 tadi sudah semakin berkurang.Nafsu nk makan juga berkurang.Inilah berkatnya puasa namun aku dah buat pembaziran.Namun aku kesedaran AMAT TIPIS sehinggalah menanti malam penuh mulia iaitu malam Lailatul Qadar.

p/s:payahnye nk bangun sahur...

08 September 2009

Beza raya dulu dan sekarang

Sekadar nk kongsi pengalaman dan pemerhatian beza raya dulu dgn raya sekarang.
Bacalah dulu mungkin korang ada sedikit tambahan dan komen.
1.dulu kuih raya mmg cukup rajin buat sendiri, kdg2 sampai berpuluh2 jenis kuih pun sanggup buat, tp skrg banyak dh kuih tunjuk jd dah malas nk buat kuih sendiri.Pg je kt bazar ramadhan pilih je yg mana berkenan di hati.Harga soal kedua.Kadang2 p beraya rs kuih sama je sbb mmg dibeli di kedai yang sama.Jadi skrg kita nie pemalas atau lebih untung beli?fikir2kan
2.dulu budak2 kampung duk riuh rendah ronda kampung dgn bunyi mercun dan meriam buluh tapi skrg sunyi sepi sbb kerajaan dh haramkan.Pelikkan dulu depa main mercun xkuar paper pun yg tgn kena mercun putus jari dan mcm2 lg.Jadi paling lekeh pun yg ada main mercun pop2 jerla.Xperla keselamatan bdk2 jugak 2.
3.dulu budak2 sgt rajin singgah beraya rumah kita tp skrg dah kurang, depa lebih suka melepak depan tv.ctr best2 je hari raya nie jdi dah xda sape pun yg nk dtg berkunjung.dulu dpt seringgit mcm dpt rm10 tp skrg budak2 duk perlekeh jer dpt rm1 sbb nk beli ais krim pun xda, hahaha.
4.skrg duk reka lagu raya mcm2 sampai buat album lg tp ssh nk tinggal kesan mendalam kepada kita berbanding lagu lama2 lagu raya mesti menyusuk kalbu tambahan yg duk berjauhan dari keluarga mesti tangkap nangis punya.Aku nie lagi la duk dkt sgt dgn family mmg xda kesan pape pun lagu raya.
5.dulu kt kampung rajin pasang pelita tanda kemeriahan di bulan mulia tp skrg duk psg lampu kelap kelip jer habis ctr.
dan yg paling menyentuh jiwa adakah kita pose skdr menahan lapar dan dahaga saja...adakah kita kerap mmbaca al quran...adakah kita kerap ke masjid...adakah kita kerap bersedekah...adakah kita benar2 insaf...

Rumah kedai mengamit memori

Korang pnh tgk ke ctr rumah kedai nie, dulu ctr nie mmg popular time nk bukak pose,
rmi yg ternanti di depan tv3.
Dulu xda astro tp dah ada tv3 mmg dah kira hebat.Cerita rumah kedai nie mengisahkan tuan kedai melayani karenah pekerja2nya dalam suasana yang cukup harmonis.Telatahnya cukup bersahaja seolah2 lakonannya btl2 menjadi.Banyak mesej yang nak disampaikan dalam ctr nie.Tapi maklumlah aku masa tu baru tingkatan jadi hanya ada cebisan ingatan ctr itu di hati.Tapi mmg susah nk jumpa ctr nie di youtube pun xda.
Harap tv3 adala simpan tip nye atau buat ctr baru ttg rumah kedai versi baru pasti meletop sbb pelakon asalnya masih ada iaitu harun salim bachik.

06 September 2009

Payahnya bangun bersahur

Sampai ke hari ini sangat payah nk bangun sahur sampai tertidur di kerusi makan.
Masak la sedap mcmmanapun tapi mata duk mengantuk jugak.
Ada kaedah terbaik tak nak elak daripada mengantuk?

02 September 2009

Heboh aku main dengan bini orang

Aduhai bulan pose amat malu dgn ctr mcm nie tp korang xsanggup baca, sila pangkah blog nie, namun kalu korang simpati baca ajelah xda aksi lucah pun.
Aku terdengar suara sumbang yang aku nie main bini orang, naik darah aku dibuatnya.Nak je aku tau sape yg bawak mulut.Mmg xsyg mulut sungguh.Ramai sungguh musuh dalam selimut, ok fine aku pun blh berpura2 dgn korang n pastikan aku mulut muncung bila jumpa korang kt luar.
Aku mengaku mmg aku ada sms bini orang mmg aku ada jumpa bini orang.Tapi awas ye tempat terbuka dan terdedah orang siap lalu lalang lagi.Awas ye hanya tentang kerja masalah kerja dan xda kena mengena dgn cinta rindu sayang dan seangkatan dgnnya.Hebatnya ctr aku ini berlaga2 bahu dgn bini org tu.Amboi tgk la btl2 bru baru buat tafsiran, jangan main tuduh je dpt dosa kering je nanti.
Sekarang duk heboh kot satu pej , namun xda yg kamikaze yg berani jumpa aku secara jujur.Nak merasa ke aku tunjuk isyarat yg korang mesti faham2 sendirikan.Maafla lepas nie jgn jaga suar dalam aku lg ye.Aku xpernah gangu hidup korang , aku xpernah ambil tahu korang pakai suar dalam warna apa, erm maafla hampir lucah dah nie.
Sabarnye aku dgn dugaan nie, aku dh la xramai kawan rs nk kuar je dari pejabat aku ini.Aku rs dah mcm xda sape2 lg nk suport aku lg.Aku kena fikir hal ini sedalam2nya.
Namun jujur aku ckp aku xpernah main dgn bini orang, kamu tanya lah bini kamu tu, aku rela apa sahaja hukuman tp aku nak bukti, dan kalau btl aku bersalah aku rela dihukum.Alamak mcm kisah sedih la pulak.
Aku nak tau sgt makhluk mana yg suka sgt bercerita ttg hal aku ambik tau sgt hal aku.Please la baik aku layan csi miami lagi best.So aku harap korang2 yg xleh tgk aku senang tu tlg lah dtg jumpa aku sendiri cakap dgn aku.Please jgn amik tau hal aku lg.

01 September 2009

Penyakit macam macam

Kamu tlg listkan penyakit ada skrg
Banyak sangat mcm juga produk
banyak sangat di pasaran
Semua dijual semata untuk kesihatan
atau kesannya tidaklah seberapa

Penyakit macam macam ada
kadang2 bila sakit kepala pun
hati duk berfikir kalau ada
penyakit yang lain.
Betul ke situasi sekarang
penyakit senang dapat
antibodi kita mmg sentiasa lemah

Aku yang berkata2 juga ada sakit
cuma belum tahap terlantar di hospital lg
Aku bersyukur teramat sangat sebb
nak dibandingkan dgn dosa yang aku buat
mmg xlayak dgn rahmat yang aku dapat
Tapi manusia mcm aku xserik2
Tapi aku mmg terus mencari sinarnya lg.

Tentang produk tadi banyak sgt di pasaran
Bermula dgn ubat doktor, antarabangsa dan
tradisional
Berlambak2 sehingga aku gagal membuat
pilihan yang tepat
Sebut sahaja madu hampir setiap syarikat
mengeluarkan sampel madu
kurma, kismis habatus sawda,kelapa dara,
manggis,kacip fatimah, tongkat ali dan bermacam2 lg.

Namun sejauh mana keberkesannya untuk tubuh badan kita.
Masing2 mempertahankan hujah mengatakan produk
mereka ada yang paling bagus di pasaran.
Produk mereka mampu menyembuhkan penyakit.
Aku yakin ada kebenarannya cuma harus akur
bahawa ubatan 2 atau makanan kesihatan ini
akan terus berkembang di pasaran.