31 Disember 2010

Pening nak edit

Inilah hobi aku sanggup habiskan masa berjam2 untuk edit blog apatah lagi kalau nk tukar ke theme yang baru.Memang sangat melecehkan sebab banyak benda nak kena edit.Tapi hasilnya tidaklah sebeberapa.Cuma kepuasan dalam mencari theme yang baru.Bagi mereka yang suka hobi ini fikirlah semula kerana ia amat menyusahkan kecuali anda banyak free waktu ini.

28 Disember 2010

Selera atau selesa?

Rasa kenyang tak tengok gambar kat atas tu?bukan sengaja nak tayang cuma kenapa orang suka tayang cam 2?Kemudian bila komen mcm2 alasan yang diberikan.ikut trendlah...ikut majlis lah...ikut suasanalah...erm jangan mata jadi juling sudahlah...

Mas atau Indon juara piala AFF Suzuki?

Ramai peminat yg menanti 90 terakhir di stadium Bung Karno.Apa yang menariknya kali ini?Menariknya inilah saat yang dinantikan oleh rakyat Malaysia untuk menjadi juara buat kali setelah sekalian lama untuk menjadi juara.Kemenangan 3 0 jadi bekalan namun masih belum cukup memadai seandainya kita kewas dengan 3 0 di sana.Mental jadi kekuatan para pemain sedangkan lautan merah putih menanti dengan penuh gairah sekali.Stadium yang begitu keramat bagi semua peminat fanatik Indonesia.Bezanya di sini kita ramai penyokong Indon sedangkan di sana mungkin tiada pakaian ala2 hitam kuning atau biru.
Ayuh Malaysia buktikan walaupun apa cara sekalipun asalkan kita berjaya membawa pulang cup ini.Ramai yg menantikan saat ini.Lupakan apa sahaja gejala antaranya pancaran laser yang pasti menjadi topik hangat kali ini.Inilah alasan yang mungkin diberikan oleh pemain indon sedangkan pada peringkat awal sememangnya laser itu ditujukan kepada pemain Malaysia sewaktu beraksi di peringkat kumpulan.Bukan lupa daratan kerana Malaysia ketika itu sangat mengharapkan Thailand tewas kepada Indon bagi melayakkan Malaysia ke peringkat separuh akhir.Lupakan sahaja kerana bola sepak adalah profesional bukannya mengharapkan simpati semata-mata.
Malaysia hanya setapak lg untuk menjadi juara.Juara yang pasti dikenang di sepanjang zaman.Ingat Hafiz Hashim yang menjuarai All England sebelum ini sentiasa dikenang hingga ke hari ini.Ayuh Malaysia buktikan!Lupakan sejenak piala asia apatah lagi piala dunia tapi jadikan ini sebagai satu titian semangat Malaysia untuk mara dgn lebih gagah lagi setanding dgn negara asia lain.Malaysia Boleh!!!

14 Disember 2010

Pinjaman ASB menguntungkan?

Korang biasa tak dgr promote ttg nie pinjaman nie? Tapi yg masih baru dan segar pinjaman nie dlm bentuk sijil dan sijil itu dipgg oleh pihak dlm jangka masa pinjaman dibuat.Konsepnya mudah je korang buat pinjaman ASB daripada bank dan bank laburkan ke dalam akaun ASB.Tapi korang kena bayar lah duit yang korang pinjam kat bank tadi.Advancenya korang bukan sahaja dapat balik pinjaman dibuat malahan korang dapat dividen daripada pinjaman ASB yang korang laburkan td.Sebagai cth korang pinjaman rm10000 daripada bank dan bank laburkan dalam akaun ASB.Tiap2 bulan korang kena bayar kat bank berdasarkan jumlah yang ditetapkan.Cthnya klu amik 20 tahun korang kena bayar rm67 sebulan pada bank.
Rasanya rmi yg dah faham konsep nie, mudah saje cuma adakah menguntungkan pada kita.Pada pendapat aku la ada pro dan kontra.Pronya daripada xmenyimpan langsung baik hulurkan je kat bank and anggap sebagai simpanan hari kemudian.Ckp tahun dapat sijil dan dividen daripada ASB.
Tetapi kontranya klu own saving lagi menguntungkan kerana duit kita hak kita sedangkan pinjam dengan bank mestilah ada win2 situation.Jadi ini terpulanglah pada korang sendiri.Aku akur aku mmg lemah nk kumpul wang sendiri.Disiplin aku tahap gaban soal wang kecuali aku simpan dan duit mmg susah nk kuar dan cara cm2 mmg aku mengalah.Maklumlah kehendak manusia tidak terbatas.
Tapi nasihat aku pada yg muda elok sgt lah amik, sbb korang blh menikmatinya di usia awal dewasa.Tak banyak pun just rm67 je.Rokok leh lebur xkan simpanan xleh labur.Aku dapati rmi budak2 muda dah sedar akan skim ini.Apapun bergantung kepada korang sendiri.Skim nie korang leh dapati daripada Maybank , RHB dan CIMB.Bank lain aku xpasti.So akhirnya LU FIKIR LA SENDIRI...

Rindu pada blog

Lama x menjenguk blog nie tapi bila buka sekali sekala rs cm dah lupa jer nk setting blog.Banyak benda yang dah baru senang cakap mcm2 ada.Mungkin blog x sehebat twitter or facebook tapi kat sini leh taip panjang2.Akhir kata nak join peraduan lah...

05 Disember 2010

Boringnya

Apakah cara terbaik untuk hilangkan kebosanan di kala ini?