Pages

28 Disember 2010

Mas atau Indon juara piala AFF Suzuki?

Ramai peminat yg menanti 90 terakhir di stadium Bung Karno.Apa yang menariknya kali ini?Menariknya inilah saat yang dinantikan oleh rakyat Malaysia untuk menjadi juara buat kali setelah sekalian lama untuk menjadi juara.Kemenangan 3 0 jadi bekalan namun masih belum cukup memadai seandainya kita kewas dengan 3 0 di sana.Mental jadi kekuatan para pemain sedangkan lautan merah putih menanti dengan penuh gairah sekali.Stadium yang begitu keramat bagi semua peminat fanatik Indonesia.Bezanya di sini kita ramai penyokong Indon sedangkan di sana mungkin tiada pakaian ala2 hitam kuning atau biru.
Ayuh Malaysia buktikan walaupun apa cara sekalipun asalkan kita berjaya membawa pulang cup ini.Ramai yg menantikan saat ini.Lupakan apa sahaja gejala antaranya pancaran laser yang pasti menjadi topik hangat kali ini.Inilah alasan yang mungkin diberikan oleh pemain indon sedangkan pada peringkat awal sememangnya laser itu ditujukan kepada pemain Malaysia sewaktu beraksi di peringkat kumpulan.Bukan lupa daratan kerana Malaysia ketika itu sangat mengharapkan Thailand tewas kepada Indon bagi melayakkan Malaysia ke peringkat separuh akhir.Lupakan sahaja kerana bola sepak adalah profesional bukannya mengharapkan simpati semata-mata.
Malaysia hanya setapak lg untuk menjadi juara.Juara yang pasti dikenang di sepanjang zaman.Ingat Hafiz Hashim yang menjuarai All England sebelum ini sentiasa dikenang hingga ke hari ini.Ayuh Malaysia buktikan!Lupakan sejenak piala asia apatah lagi piala dunia tapi jadikan ini sebagai satu titian semangat Malaysia untuk mara dgn lebih gagah lagi setanding dgn negara asia lain.Malaysia Boleh!!!

0 comments: