31 Januari 2011

Tukar theme lagi

Sudah banyak kali tukar themes, mmg dasyatttttttt, sedangkan isinya xseberapa, bukan xda idea nak tulis tetapi banyak kepada facebook sebenarnya.Entahlah liat sangat nk tls kat blog ini.Sedangkan semua orang tau menulis blog blh memberi pulangan yg lumayan kepada kita.So lepas nie tgklah mcmana...ada rezeki bertapalah di sini....

10 Januari 2011

Keputusan upset AJL25?

Semua orang tak jangka ana rafali jadi juara, tahniah buat ana rafali, dan kalau diajukan soalan adakah anda rasa anda akan menang pasti jawapan juga tidak dijangka.Yang menang sudah pun menang cuma persoalannya AJL yang seterusnya sentiasa memberikan keputusan yang upset.Kejutan penuh kejutan.
Cthnya ada blog memberikan 99.9 peratus lagu yuna menjadi juara tetapi yuna tak menang langsung malam tadi.Begitu juga faizal tahir yang hanya menang melalui persembahan.Persembahan yang hebat lain daripada yang lain.
Inilah muzik dan ini bermakna tiada lagi ruang untuk artis popular bergelar juara.Segalanya dianalisa daripada hasil lagu liriknya dan pelbagai ruang lagi.Cuma kepuasannya sangat cenderung ketidakpuashati setiap penonton yang hadir.
Apapun tahniah Ana Rafali , namanya mungkin dikenali selepas ini.

01 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Bila sambut tahun baru pastinya ada azam dan semangat baru.Kebiasaannya manusia akan berazam yang dahulunya jahat dan berharap baik untuk tahun ini, standardnya jahat kepada baik dan baik kepada lebih baik.
Aku juga mempunyai azam yang tersendiri.Cuma aku tidak berani meletakkan sasaran yang tinggi untuk dicapai sebab aku risau tidak kesampaian.Cuma aku berharap perjalanan untuk tahun ini bertambah baik, semua keluarga berada dalam baik dari segi kesihatan dan berharap dapat mengelakkan daripada segala mala petaka yang menimpa.
Dari segi mental harap dapat memberikan kebaikan sebaik mungkin dan berharap rezeki juga bertambah sedikit demi sedikit.Tahun baru ini juga diharapkan kerja aku dipermudahkan dan segala masalah aku dapat hadapi dengan tenang.
Aku berharap juga dapat kurangkan musuh dapat kurangkan kontoversi dapat hidup dalam keadaan aman dan bahagia.Cuma kawal emosi sebaik mungkin kerana jiwa aku sangat sensitif.
Inilah serba sedikit harapan aku di tahun baru.Banyak perkara harus diperbetulkan dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk diperjelaskan.