Pages

01 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Bila sambut tahun baru pastinya ada azam dan semangat baru.Kebiasaannya manusia akan berazam yang dahulunya jahat dan berharap baik untuk tahun ini, standardnya jahat kepada baik dan baik kepada lebih baik.
Aku juga mempunyai azam yang tersendiri.Cuma aku tidak berani meletakkan sasaran yang tinggi untuk dicapai sebab aku risau tidak kesampaian.Cuma aku berharap perjalanan untuk tahun ini bertambah baik, semua keluarga berada dalam baik dari segi kesihatan dan berharap dapat mengelakkan daripada segala mala petaka yang menimpa.
Dari segi mental harap dapat memberikan kebaikan sebaik mungkin dan berharap rezeki juga bertambah sedikit demi sedikit.Tahun baru ini juga diharapkan kerja aku dipermudahkan dan segala masalah aku dapat hadapi dengan tenang.
Aku berharap juga dapat kurangkan musuh dapat kurangkan kontoversi dapat hidup dalam keadaan aman dan bahagia.Cuma kawal emosi sebaik mungkin kerana jiwa aku sangat sensitif.
Inilah serba sedikit harapan aku di tahun baru.Banyak perkara harus diperbetulkan dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk diperjelaskan.

0 comments: