31 Mei 2009

Kerja secara paksa

2 kerja hanya untuk dua orang, tapi malangnya 3 orang diminta mendapatkan 2 kerja secara paksaan.Sakitnya hati akhirnya aku juga yang dipilih.Kadang2 dalam realiti kehidupan xkenal sahabat baik mahupun tidak asalkan dia berada di tempat yang selamat.

Aku yang kontang dengan idea dan tiada alasan yang kukuh hanya terpaksa menurut sahaja katanya.Kadang2 manusia tidak mementingkan erti belas kasihan apatah lagi membantu dalam menghadapi situasi tertentu.

Akhirnya aku mengalah.

30 Mei 2009

Musim kenduri kendara

Tibalah musim kenduri kendara, dua pasangan sejoli disatukan bak mekar di taman yang dihalalkan.

Persiapan dari a sampai z.Ke sana ke sini mencari sesuatu untuk diperlengkapkan. Yang amik kesempatan lari dari kerja pun ada.Budak2 paling suka, menyambut tetamu dari jauh dan dekat.

Khemah didirikan, masakan sudah direncanakan, rm4000 segalanya lengkap pakej, tanpa mengunakan kudrat di tangan.

Lagu pengantin cukup popular, downl0ad xhenti2 bagai nak rak.Dj duk minum banyak kali untuk test suara paling sedap didengari.

Kutuk mengutuk senda menyenda, suruh menyuruh amat jelas kedengaran, sapa paling berpengaruh, berpolitik, berduit, bermulut murai paling menonjol dalam majlis itu.

Pelamin disiapkan, make up dari 1jam menjadi 2jam.Bagai pinang di belah dua, bagai merpati 2 sejoli, itulah dinamakan raja sehari.

Namun apakah peranan aku di majlis kenduri ini.hehehe...

28 Mei 2009

Resdung dan selsema apa bezanya

Aku selsema sudah lama tapi susah sgt nak pulih.Dah masuk 2 minggu tapi xmujarab juga ubat yang aku makan.

Ramai senda aku krana aku ada virus *******.Tapi aku heran xda pun member aku yang kena.Aku jadi rungsing bila nak tidur hidung aku sumbat.

Aku resdung agaknya.Aku ada jugak memcuba pelbagai ubat resdung tapi kurang berkesan la.Manalah kot korang ada idea atau nak kongsi pengalaman dengan aku pelbagai ubat tradisional bagi penyakit resdung.

Jadi aku rumuskan selsema resdung.Lagi satu nak bagitau aku xleh tgk skrin yang cahaya silau umpama laptop atau hp, kalau lama pasti berair.

Aduhai berat sungguh dugaan ini.

Sibuk teramat sangat

Minggu ini aku sibuk teramat sangat . Dua proposal aku kena siapkan untuk esok.Tapi semuanya dah siap cuma untuk memurnikan aje.Terima kasih kepada para pengunjung yang tidak putus-putus bertanyakan kepada aku menghilang ( betul ke fakta nie hehehe ) dan terima kerana ikut blog aku.

25 Mei 2009

Cuaca panas yang mencabar mental dan fizikal

Cuaca sekarang sangat panas.Mental jadi down sebb mempengaruhi fizikal secara semulajadi.

Penyakit agak ketara sekarang tapi bukan penyakit untuk orang2 kaya.
Demam , sakit tekak , batuk , selsema dan macam aku selsema sekarang.

Kepala berdenyut-denyut sebab memikirkan kerja yang harus dilakukan.
Pagi2 nak mandi bermandikan peluh di badan.
Kipas dipasang kuat umpama menadah panas untuk badan.

Econ tidak dipasang kerana sesak di dada.
Tidur antara lena dan terjaga.
Emosi terganggu sehingga tidak ruang untuk beriadah.

Pokok2 hampir nak mati walaupun disiram air setiap hari.
Ais pantang diminum umpama menjemput sakit tekak yang menahan sesak di kerongkong.
Namun aku gagal mengelakkannya.

Nak marah pada siapa.Sesungguhnya kita hamba kerdil di sisi tuhan.
Tuhan menguji manusia supaya banyak bersabar.
Berdoalah sepanjang hari agar hidup kita dirahmati.

Komen tidak disahkan oleh Tuan Punya Blog

Aku bengang pun ada tapi tahap kesabaran aku masih ada.Aku bukannya ramai pelawat pun dan aku sekali sekala suka memberi komen di blog yang lain.

Dulu aku xpercaya komen aku tidak disahkan oleh tuan punya blog, tapi bila aku amati aku tengok mmg tidak disahkan oleh tuan punya blog.

Aku malas nak bgtau blog yang mana tapi aku sedar lah diri bahawa blog aku tidak sehebat dia pun.

Aku faham blog dia ramai pengunjung jadi setakat kutu rayau cam aku nak komen baik xpayah nak disahkan.Hakikatnya aku tak mengutuk pun cuma aku bertanya kamu dari Korea ke.

Aku pasti banyak lagi komen aku di blog oleh blogger yang lain.Tgk blog aku sendiri tiada had tiada batasan.Tetapi sekurang2nya kamu menyedarkan aku bahawa apa yang kita jangkakan tak sepertinya berlaku jua akhirnya.

Aku tidak anti kamu wahai ********, blog kamu masih dalam list aku.

23 Mei 2009

10 sen yang berharga

Aku pergi pasar malam keseorangan.Duit dalam bank dah tinggal 7.50 sen.Aku hanya tinggal duit di tangan RM3.90.Aku beli nasi dagang RM3.00 baki tinggal 90 sen.

Aku tgk air limau ais yg cukup menyegarkan.Aku rs dahaga yg teramat sgt.Harganya RM1.00.Aku kembali ke kereta aku mencari lagi 10 sen.Puas aku mencari di seluruh kereta aku xjumpa juga 10 sen.Aku berpeluh , terdetik di hati ku sebelum nie aku memandang sepi wang 10 sen.Terdetik dihatiku beginilah agaknya pencarian orang miskin walau nilai 10 sen adalah sangat berharga padanya.

Aku mengalah, aku kembali semula tempat menjual air tadi, aku mintak RmO.50 sen cukup la, tapi dia dgn gaya hinanya kata tak boleh.Aku kecewa.

Aku kembali ke kereta Vios aku, dan mencari lagi, rezeki aku jumpalah wang 10 sen di celah poket pintu kereta.

Syukur tidak terhingga sehingga aku mengingatkan aku kepada golongan fakir miskin yang hidup serba kemiskinan.

Murah rezeki

Peristiwa ini sudah lama berlaku dalam hidup aku.

Apabila aku makan di kedai, kucing akan datang dekat dengan kaki aku.

Seolah2 meminta makanan dari aku.

Aku cuba halau tapi terus menghampiri aku.

Sedangkan orang lain pun ada makan namun diriku juga menjadi pilihan.

Bukan yang pertama kedua dan ketiga hampir berkali2 situasi ini berlaku.

Adakah murah rezeki ?

Apakah hikmah di sebaliknya.

Apa yang perlu aku cari dan buat

Apa yang perlu aku cari sekarang nie ialah ubat yg mujarab untuk penyakit selsema aku ini.Kalau ikut situasi semasa aku segan nak sebut selsema yg aku hadapi ini. Tapi yg pasti tiada berjangkit secara berjemaah dgn apa yang aku alami sekarang nie.

Apa yang aku perlu buat sekarang ialah 3 asigment yg cukup menyeksakan.Aku kena siapkan secepat yang mungkin kalau tidak merana badan dan mungkin aku dipecat
dari menerima jawatan yang baru.

Apa yang penting kerjasama.

Seorang diri membahayakan

Korang penah duk seorang diri di rumah?Biasanya apa yg kamu buat.Bagi aku aku banyak buat kerja yg xelok dari yg elok.Aku banyak buang masa buat benda 2 yg negatif.Lagipun itulah masa yg sesuai untuk aku buat benda2 yg tak elok.Tapi apakah kebaikannya pada aku ?

Tiada satu pun yg terbaik.Aku gagal dalam memotivasikan diri aku ke arah kebaikan.Inilah aku yg masih gagal dalam erti kata berdikari cara baik.

Dalam hal yg lain kita janganlah hipokrit konon aku semua baik padahal lebih teruk dari apa yg diperkatakan.Fikirkanlah.

21 Mei 2009

Menjaga hati dan perasaan orang lain

Aku sentiasa jaga hati orang lain daripada terguris daripada aku menjaga hati aku sendiri.Kadang2 aku terpaksa telan kepahitan demi kegembiraan orang lain.

Akhirnya aku tertekan sendirian dan aku pasrah dalam kehidupan.Tidak selalu tapi pasti berlaku setiap waktu.

Kadang2 aku terpaksa pendam daripada meluahkannya kepada orang lain.Aku bukan mat jiwang tapi aku kena tabah dalam menghadapi dugaan hidup.

Nasihat aku untuk orang yang sihat

Sekarang nie aku kurang sihat aku selsema yang masih tiada jawapan untuk pulih.Nikmat sihat aku sudah semakin kurang disebabkan aku gila dengan kerja aku.Aku memang kurang prihatin dengan kesihatan badan aku.Tekanan darah aku sekarang selalu naik.

Aku nak bagitau korang nikmatlah kesihatan yang ideal dan jaga kesihatan elok2.Doakan kesihatan aku agak pulih seperti biasa.

19 Mei 2009

Buat blog

Ada kursus buat blog.Aku kelakar tgk pekerja mcm teruja sangat buat blog.Semua pekerja semangat buat blog dan yg menarik perhatian daftar email pun xtau.Aku yg pura2 xtau ajarlah mereka yg perlu aku ajarkan.Senyum aku melihat pekerja bersungguh 2 dgn blog yg mereka hasilkan.Seolah2 mereka ingin menunjukkan bahawa mereka sudah power dgn blog.Inilah penangan blog.Aku pura2 tidak tahu seolah2 blog adalah asing bagi aku.

18 Mei 2009

Periksa tak lepas

Aku periksa xpenah lepas.Asyik2 dapat no yg sama.Aku dah naik fedup or kurang yakin dgn peperiksaan akan datang.Member aku kategorikan aku bengap sebb susah sangat nak lulus.Dulu aku kutuk orang xlulus sekrang padan muka aku.

Agak ok

Resdung aku agak ok tapi deria bau aku amat kurang.Aku rs mcm bernyawa kembali.Syukur pada tuhan.

17 Mei 2009

Aku panik

Hidung aku sumbat skrg, aku bernafas melalui mulut.Aku nak haramkan laksa dan benda2 yg memblhkan aku resdung.Aku rs mcm nak pitam.Goodbye dulu buat sementara waktu.

16 Mei 2009

AF memukau?

Siapa juara AF?Kali ini aku sudah tidak tertarik lagi, maafkan aku sbb aku xkenal siapa penyanyi AF kecuali aril sebb namanya asyik keluar di paper.Tadi tgk la kejap selepas meraikan kejuaraan EPL buat MU.

Auranya dah kurang xsama dgn Mawi.Tricknya hampir sama setiap tahun.Picthing lari la.Dulu yg pakai tudung suarenya mesti cun la tapi skrg dah flat sangat la.Agaknya ada lagi ke AF8.

Lagu lama

Aku pg makan kenduri, dj pasang lagu lama2 ala retro sampai aku xkenal sorenya.Dia kata pilihan rumah orang kawin mmg lagu mcm 2.Jadi orang tua2 jelah duk goyang kaki.

Apapun aku respect dj orang kampung cari makan.

Kuat makan

Aku makan nasi goreng kat restoran,punyalah lama tunggu tapi aku akur mmg ramai org.Ada sepasang couple sedang berbisik manja ala2 mengada la.Aku ingat musim bercinta xda selera nak makan.Tapi dia order 2 pinggan nasi goreng and roti canai lagi.

Pelahap sungguh, xsangka berjiwa romantik nafsu makan juga besar.

15 Mei 2009

Situasi memenatkan

Aku letih krn terlalu byk fikir, aku xsihat sampai bila aku akan sihat spnuhnya.Aku xpernah serik dengan makanan, ais tak pernah aku lupakan, aku perlukan perubahan namun aku xada motivasi untuk diusahakan.

Kerja menunggu masa untuk diselesaikan.Namun sukan masih jadi keutamaan.

14 Mei 2009

Kecut perut

Kecut perut dibuatnya dah banyak kali kena kantoi, aku pernah tapi buat gak lagi, berdebarnya aku sampai berpeluh, penah terguling2 atas lantai disebabkan kantoi.Apa dia?Sbnrnya hp aku dah xda security sekrg, sony beb, jadi kadang2 terkantoi jugak org lain bc.Apa isinya, hahaha cukup puitis and tragis.Aku X mampu nak luah beb because V I P. Kalau nak tau juga jom bersms dgn aku.

Kena maki

Jatuh air muka aku dibuatnya.Tadi aku tlh diserang oleh seorang perempuan (tempat sekerja aku) yg xpuas hati aku maki dia dalam sms secukup rasa.Aku jadi panik bila dia tinggikan suare depan orang lain, malu aku dibuatnya.Aku jadi mcm budak2 xreti nk jwb sepatah pun.Aku suruh dia blah tapi dia tetap xpuas hati.Akhirnya aku terpaksa blah dgn selamba tapi dalam hati rasanya terbakar secara meruapnya.Aku rs mcm nak saman je mulutnya yg laser.Aku rs dia mcm dah ilang erti malu sampai malu aku dibuatnya.

Tak boleh sms

Aku grm btl la.Aku ada kawan bagi no, tapi bila nk sms dia suruh retry balik, sampai byk kali pun xleh akhirnya disimpan di dalam outbox.Apa sebabnya.Aku dah kena dgn 2 atau 3 no yg mcm tu.Aku agak heran juga bila dibuat miscall boleh pulak.Korang ada idea , kongsi la dgn aku, sistem apa yg blh jadi begitu?

13 Mei 2009

Mozilla fire kamu

Hati 2 ye.Bila kamu guna mozilla firefox tiba2 disconnect sedangkan kamu sedang edit blog.Kamu pun terus off.Tapi bila kamu on balik komputer kemudian log in automatik ia kembali semula blog yg kamu edit td.Bayangkan kalu orang lain yg buka.Susah nak cover kecuali yg xda musuh yg benar2 jujur.Lu fikirlah sendiri...

Memberi komen

Aku xpandai memberi komen aku hanya menjadi pak turut yg mudah menuruti kata2 orang lain.Bilakah agaknya aku mampu berhadapan dengan keyakinan aku sendiri.

12 Mei 2009

Salahkah aku

Aku sk bermesra dgn orang tapi kadang2 bila ada sedikit kurang keselesaan ia menjadi kedinginan yang teramat sgt.Korang mesti xfhm apa maksud aku, tapi yg penting kita kena hati2 dalam pergaulan.Orang lebih suka mengutuk dari dikutuk oleh orang lain.

Kurang ajar

Aku lelaki yg xpandai nk menjawab bila org kutuk aku mcm2, aku nie jenis yg redha or pendam dalam hati.Aku dah la muka buruk tapi aku sedar aku nie sapa. Aku sedar diri bukan xsedarkan diri.

Kadang ada org kurang ajar dengan aku dan nak ajarkan perjalanan hidup aku.Aku xkisah tapi aku mesti jadi diriku sebab aku xkan mampu jadi orang lain.

Tak boleh komen

Patutla la xleh komen ada something wrong kat setting, aku harap korang dah boleh komen kot, aku heran blog aku xda sape nak komen hampeh btl,aku pun xreti2 nak p jenguk kat komen.Kalu korang xbgtau sampai bila pun xda sape nak komen.hehehe

Tapi blog aku xda la sensasi sgt pun just berkisar tentang kehidupan.Selamat memberi komen.

Tak reti nak berhenti

Bila dah berblog aku xreti nak stop tambahan line clear cam nie.Cam ni cam nilah bila aku berblog.Ada je benda aku nak buat.Tolong aku stop skrg.

11 Mei 2009

Dairy aku

Kerja aku sekrg dah namp ada sedikit ketenangan namun bukan sepenuhnya, cuma aku dah hilang rmi kawan, dulu aku memg xjaga hati kawan, aku xpeduli kata2 kawan tapi sekrg mereka xsuka kwn aku lagi.Mujurlah ada blog yg dapat memberi ruang untuk aku meluahkan sesuatu dan yg paling penting blog aku dah macam dairy aku.

MLM yang mempesonakan

Aku byk sertai mlm, faham ke ape tu mlm, syarikta jualan langsung.Dah banyak syarikat aku join sampai gaduh pun ada, sampai member aku benci sangat kat aku.Mulanya dia jadi ahli mymode, kmdian dia cari org, tiba2 dia jadi lembab nak promote aku pun sound direct la.Aku fikir balik aku nie patut fikir dulu keadaan orang, tapi aku jangka dia xkecik hati tapi dia mmg dah jemu dgn aku.Sebenarnya banyak sangat mlm yg aku sertai tapi aku dah serik la.Paling terbaru, produk extreman.Mmg bagus produknya tapi nak promote punyalah susah.Aku mengaku aku xpandai nk promote.Akhirnya aku duk pi mai pi mai tang tu jela.Aku rs dah serik nk join lg.Bukan menyampah bukan xbagus tapi aku hilang keyakinan kemampuan yg aku ada.Aku dah letih nk menyakinkan org untuk jadi ahli produk yg aku join.

Aku lelaki yang mudah cair...

09 Mei 2009

Sensitif

Jiwaku sgt sensitif, sampai sukar untuk dipercayai.Harap2 selepas nie biarlah positif.Aku tak ada galakan untuk lebih efektif.

07 Mei 2009

Selsema

Hari ini aku selsema. Bila selsema aku nampak teruk, ada member suruh aku dikuaritin kan dan ada juga menyuruh aku duduk jauh dari mereka.Hinanya aku , tapi aku dah baik pun, hikmah di sebalik kejadian.Dugaan demi dugaan menduga kita hampir sepenuhnya.

Luahan rasa

Dulu aku byk luah pada member kalau ada masalah tp skrg aku byk pendam, sebb luah pun xguna sebb depa kutuk kita balik.Skrg jiwa masih x tenang tapi aku sentiasa berdoa kepada tuhan agar diberi kekuatan dalam mengharungi cabaran hidup masa kini.

06 Mei 2009

Tak suka

Aku xsuka org kacau aku ketika aku sedang membelek blog aku.Bila dah post korang tgk la puas2.

Terlalu fokus

Aku terlalu fokus dgn keja yg aku buat atau masalah yg aku hadapi.Aku xtau mcmna nk handle diri aku sbb aku terlalu fokus dg keja yg aku buat.Aku xtau knp aku blh jadi begini.

05 Mei 2009

Akhirnya


Setelah puas aku mnjelajah ke serata blog akhirnya aku kembali ke asal., asl blog dlm blogger, yg khas untuk pemblog.Cantikkn? Blog untuk semua.

Kedai hardware

Aku benggang btl la, aku bkn xsokong kedai melayu tapi melayu sokonglah gol kita nie yg melayu.Tadi aku pegi kedai hardware melayu aku nk beli kayu panjangnya 2 meter dan lebar 3 cm.Aku tnya bpa harga dia ckp tgkla sendiri ada tanda harga punyalah byk, mana satu aku nk sebut harga.Aku belasah je rm2.50.Padahal harga rm1.20 pun ada.

Aku heran pekerja ada 3 org tapi yg pakcik nie duk melayan pompuan bgai nk rak.Yang casher memg xtau apa, hrp je muka lawa.Yg laki sorang tu duk terkemut2 mcm baru bekerja.

Aku mintak dia tlg potong sbb panjang tp pakcik tu kata ptg sendiri sbb kalu dia ptg lain harga.Macam la kayu tu tebal sgt nak berkira, aku pun muka benggang aku pun potong la sendiri.Mintak kurang pun xleh nak sound xsampai hati , balik la aku dgn perasaan xsanggup nk p kedai tu lagi.

Aku nk tolong melayu tp melayu xnk suport kita.Lu fikirlah sendiri.Aku raja pembeli adalah raja, layanan mesra paling utama, bersyukur kerana masih ada pembeli yg faham karenah penjual macam nie.

04 Mei 2009

Aku bosan

Hidup ini penuh dugaan
aku kadang2 pasrah dgn keadaan
aku xfhm dugaan mendatang
smkin hari semakin mencengkam

aku masih di sini
xubah walu seinci
cuma perut ku semakin berisi
dgn lemak yg xku ingini.

Melepaskan perasaan

Beginilah gmknya bila org dah ada pangkat.Aku call blh dia sembang or menyahut panggilan kawannya.Aku cukup angin kalu nk smbg biarlah btl2, ko ingat aku bangku ke.Dah la kpala aku berserabut dgn masalah ko buat selamba badak je dgn aku.Last2 aku off hp padan muka aku.Lagi satu aku cukup angin, bila aku bwk hp ke pej xda sape lak nk call, tapi bila aku tinggal hp rmi pulak terhegeh2 call aku.Aku angin btl ari ni, jiwa aku begitu tertekan.

03 Mei 2009

Blog 4

Korang mesti kecoh knp la aku pening dgn blog tapi yeke aku rs ada 2 org je sudi komen.Apapun aku komen la knp la aku pening.Sbnrnya keja copy nie memg sdp tp ada byk masalah yg timbul.Antaranya:
  1. Date pada template undefined.Maksudnya kamu kena carilah css untuk dapatkan date dia yg dia tulis undefined.Nak cari bukan sng sbb xml panjang berjela.So cepat la fedupnya.Template lawa tapi kena keja keras la pulak.
  2. Header kekal dgn yg ada.Boleh cari tapi pasti migrain nak mencarinya.Cth diggtheme.Mmg namp cantik tapi header dia amat sukar nak buang atau nak cari.Jadi klu kamu ska header digg tu guna jelah.
  3. Edit font dan colour mmg clear.Maksudnya mmg xleh nak edit la cik abang oi.Jadi mmg blog aku skrg la edit mmg xleh.
Byk bnda lagi korang kena edit.Tapi yg dah master kacang jela nak buat.Tp kadang2 aku tgk blog korang xfikir pun pasal template sebb kalau korang nak edit blk bukan senang.Ikut suka korang la.Aku nie hampir gile dibuatnya dgn template....Korang ada ilmu berkongsi lah dgn aku.

Blog 3

Aku dah letih, rs nk muntah pun ada.Aku dah nak naik muak apa yg dah aku buat.Tapi mereka yang bru log in blog aku nie aku sbnrnya dok mencari template sampai aku naik pitam dibuatnya.Aku bkn reka pun just ciplak bulat2.Nama lagi free aku rembat sebaik mungkin last2 aku jatuh pening dibuatnya.Beratus 2 template aku jengok smpi thp kemuncaknya.Inilah hasilnya walupun bukan terbaik bg aku.Aku stop dulu mncri sbb aku risau masuk hospital.

02 Mei 2009

Blog 2

Aku masih mcm smlm mencari dan terus mncari mana yg sesuai atau berkenan di hati.Tapi ini la masalahnya bila dah byk pilihan.Aku xpasti apa yg aku pilih ini yg terbaik untuk aku.Tapi aku peduli apa, yg penting aku dah usaha.Kalu korang nk tau mnciplak blog org nie mmg sdp tp korang kena edit lepas tu.Hakikatnya kena edit bagai nk rak. Mcm2 benda la kena buat, migrain dibuatnya.

01 Mei 2009

Blog

Pening kepala! Dah berjam2 aku mengadap komputer mncari template yg lawa2 jenuh aku cari 2punya cari ini jugalah hasilnya, inilah malangnya bila dah byk pilihan.Aku sakit mata mengadap komputer, namun inilah hasilnya.Akhirnya aku benci layout aku sendiri.Aku puas meneroka byk sangat, aku bagi alamat kt bwh nie korang klik la.Korang pilih apa sahaja yg korang nak.Tapi jgn jadi mcm aku semua aku nk copy, hehehe, ok la aku nk rehat dulu.Op terlupa ini alamatnya:http://btemplates.com/