30 Mei 2009

Musim kenduri kendara

Tibalah musim kenduri kendara, dua pasangan sejoli disatukan bak mekar di taman yang dihalalkan.

Persiapan dari a sampai z.Ke sana ke sini mencari sesuatu untuk diperlengkapkan. Yang amik kesempatan lari dari kerja pun ada.Budak2 paling suka, menyambut tetamu dari jauh dan dekat.

Khemah didirikan, masakan sudah direncanakan, rm4000 segalanya lengkap pakej, tanpa mengunakan kudrat di tangan.

Lagu pengantin cukup popular, downl0ad xhenti2 bagai nak rak.Dj duk minum banyak kali untuk test suara paling sedap didengari.

Kutuk mengutuk senda menyenda, suruh menyuruh amat jelas kedengaran, sapa paling berpengaruh, berpolitik, berduit, bermulut murai paling menonjol dalam majlis itu.

Pelamin disiapkan, make up dari 1jam menjadi 2jam.Bagai pinang di belah dua, bagai merpati 2 sejoli, itulah dinamakan raja sehari.

Namun apakah peranan aku di majlis kenduri ini.hehehe...

2 comments:

penjenayah.merah.jambu. berkata...

tukang makan.
:)

azman shah berkata...

ye jawapan kamu salah tapi kamu tidak disalahkan