28 Mac 2010

Seronoknya ada Astro Arena

Mungkin ramai yang belum tahu tentang channel baru astro ini?Tapi bagi peminat sukan tempatan inilah yang dinantikan selama ini.Sememangnya rakyat Malaysia dahagakan sukan2 dari Malaysia.
Astro menayangkan aksi atlit2 tempatan beraksi samada secara rakaman atau siaran langsung.Antara yang bakal mendapat liputan ialah Liga Super.Jadi kita harus berbangga kerana sukan di Malaysia sudah mendapat tempat di hati rakyat.Terima kasih astro.

24 Mac 2010

Top Host yang menghiburkan

Peringkat permulaan aku agak malas nak tgk cerita nie tapi lama2 kelamaan aku menjadi tertarik.Puncanya rancangan ini ala2 siri rancangan popular Amerika iaitu Aprentice.Betul ke ejaan tu.Jadi aku pun mengikutilah rancangan ini.Mungkin mereka masih xtau apa yang ada dalam rancangan top host jadi korang kenalah tgk sendiri di mana watak Ally Iskandar agak serius, hehehe.

Manusia berpegang pada janji

Memang jelas sekali maruah aku tercabar, al kisah punya cerita aku juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan sama dengan manusia macam kau.Tapi kau dah buat apa dengan aku bikin malu satu tempat.Tempat tu pulak adalah puak orang mengutuk dan suka jaga tepi kain orang.Jadi bayangkan tahap kemaluan yang ingin aku simpan di dalam perasaan.
Al kisah punya cerita konon kamu memang pandai simpan rahsia dan diakui sangat bijak bermain kata-kata.Perempuan la katakan manis di bibir bak lagu Zainal Abidin.Dan aku yakin sepenuh hati kamu akan simpan rahsia aku walau apa yang terjadi.Tapi malangnya kamu mesej pada aku yang padam muka aku.Apa semua nie, apa kamu dah buat apa besarnya kesalahan yang dah aku buat.Tapi memang betulah perumpamaan bahawa mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut manusia belum tentu boleh ditutup.Jadi keaiban telah berlaku.Sape yang malu dan orang yang menanggung memberikan kesan dalam perjalanan hidupnya.
Kesimpulannya kamu jangan mudah percaya kepada seseorang, kamu jangan ingat kawan yang baik adalah segalanya untuk kamu.Berhati hatilah dan lepas nie aku pastikan diri aku berada dalam keadaan selamat.Jangan harap ada hot story daripada aku sendiri untuk diceritakan pada orang lain.Jangan harap aku nak bagi senyuman free lagi dan paling penting aku nak korang anggap aku manusia paling tegas sampai bila2 pun.

19 Mac 2010

Aku orang KL lah

Alahai orang kl xpayah nak tunjuk bulu betis kamu.Dengan memakai seluar pendek adakah wajar kamu tonjolkan pada orang ramai.Tapi orang KL standard la , tak la perak sangat.Tapi hakiatnya orang Islam wajarlah menutup aurat bukan tonjol gunung ganang yang free bagi wanita yang seksi.

17 Mac 2010

Aku tak kenal ko

Aku xkenal ko ko jgn tgk lama2 lah.Ini duk tgk lama2 kat aku mcm aku nie org yg bersalah, padahal aku mmg xkenal ko pun.Jadi tlg jgn jeling lama2 kat aku lagipun ko tu jantan xda makna pun kt aku.Dan lagi satu nk bgtau aku nak buat apa kt rumah aku itu aku punya hal, ada aku kesah!!!

AF8 sudah kembali

Dulu aku blh masuk edisi af nie tp sekarang dah berubah rasanya.Dulu aku kerap tgk diari dia tapi sekarang dah xpasti lagi.Cuma mungkin kebetulan sahaja aku tgk.Mungkin banyak sebb aku bg alasan.Antaranya aku dah faham dgn trik af yg blh diramal setiap kali ada konsert.Aku juga dah tau trik bila pelajar kena disingkirkan.Cuma aku masih lagi teruja kalau sesiapa bergelar jadi juara.Tapi kalau aku nk bandingkan dgn 1 milion aku lg suka tgk.Harap tahun nie ada lagi 1 in the milion.

15 Mac 2010

Sudah banyak kali aku tukar

Inilah aku dah banyak kali aku tukar dah berpuluh2 dan mungkin beratus2 kali aku tukar namun aku masih belum puas.Sesungguhnya manusia tidak pernah itu sebb lelaki blh kawin sampai 4 , hehehe.
Aku sebenarnya sudah tukar templates nie dah banyak kali dan itu adalah alasan yang kukuh kenapa aku fedup nak update blog.Aku xlari mana2 tapi aku mencapai tahap kebosanan yang tinggi bila aku mantain dengan templates yang ada. Korang tolonglah nasihatkan aku.Nasihatkan agar aku setia pada yang satu.Plssssssssssssss.

09 Mac 2010

Asal dari kampung

Korang mesti ada tengok raja lawak kan.Xsangka idlan yang dianggap menonjol akhirnya kecik yang menang.Aku bukan follow sangat raja lawak tapi entah mcmana aku ikuti jugak raja lawak di saat akhir.Lawak kecik agak serius dan garapannya boleh diduga.Lawak Alex pula agak bernas namun masih jugak dianggap biasa.Namun idlan lain dari yang lain.Dia agak spontan cuma persembahan yang pertama kurang menyakinkan.
Apapun diucapkan selamat berjaya dan bila dah berjaya ingatlah kita asal dari kampung.Jangan cepat nak tunjuk lagak akhirnya memakan diri sendiri.Lu fikirlah sendiri.

Sekarang musim panas

Sekarang musim panas.Rasa badan xselesa sangat2.Badan asyik gatal2 je dan bangun pagi pulak mesti badan berpeluh.Aktiviti riadah di luar amat kurang sebab cuaca kurang mengizinkan.

07 Mac 2010

Aku terima sahaja

Aku terima sahaja apa dugaan yang melanda.Aku faham aku mungkin perlu bermula daripada bawah.Aku akur aku mmg xcampur dengan orang lain.Jadi aku nak mula bergampur mmg agak sukar sebb diakui rating aku mmg jatuh.

02 Mac 2010

Cara nak buang virus RVHOST.EXE

Benggang sungguh aku, angkara virus nie sedikit sebanyak mengurangkan aktiviti aku di internet.Virus ini muncul apabila kita startup kt window.Dia akan keluar satu kotak dan di dalamnya ditulis window cannot find RVHOST.exe. Geram sungguh aku.Sape ada idea nk buang virus tu sila bantu aku.Aku ucapkan ribuan terima kasih.