24 Mac 2010

Manusia berpegang pada janji

Memang jelas sekali maruah aku tercabar, al kisah punya cerita aku juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan sama dengan manusia macam kau.Tapi kau dah buat apa dengan aku bikin malu satu tempat.Tempat tu pulak adalah puak orang mengutuk dan suka jaga tepi kain orang.Jadi bayangkan tahap kemaluan yang ingin aku simpan di dalam perasaan.
Al kisah punya cerita konon kamu memang pandai simpan rahsia dan diakui sangat bijak bermain kata-kata.Perempuan la katakan manis di bibir bak lagu Zainal Abidin.Dan aku yakin sepenuh hati kamu akan simpan rahsia aku walau apa yang terjadi.Tapi malangnya kamu mesej pada aku yang padam muka aku.Apa semua nie, apa kamu dah buat apa besarnya kesalahan yang dah aku buat.Tapi memang betulah perumpamaan bahawa mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut manusia belum tentu boleh ditutup.Jadi keaiban telah berlaku.Sape yang malu dan orang yang menanggung memberikan kesan dalam perjalanan hidupnya.
Kesimpulannya kamu jangan mudah percaya kepada seseorang, kamu jangan ingat kawan yang baik adalah segalanya untuk kamu.Berhati hatilah dan lepas nie aku pastikan diri aku berada dalam keadaan selamat.Jangan harap ada hot story daripada aku sendiri untuk diceritakan pada orang lain.Jangan harap aku nak bagi senyuman free lagi dan paling penting aku nak korang anggap aku manusia paling tegas sampai bila2 pun.

1 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

kadang2 pengalaman banyak mengajar..

jadi belajar lah dari pengalaman