Pages

19 September 2009

Suasana menjelang hari raya (wajib baca)

Maaflah dah berapa hari xupdate.
Hari ini catatan aku tentang menjelang hari raya.Setiap tempat mungkin berbeza coraknya tapi aku nak ceritakan suasana di tempat aku.
Sekarang jalan jam nak pegi mana2 pun susah kecuali menaiki motosikal.
Semua kedai blh dikatakan penuh, ada sahaja barang nk dibeli termasuklah aku.
Org mmg suka membeli dalam suasana kelam kabut menjelang raya sebb baru sekarang baru terasa suasananya.
Rumah pulak dihiasi dgn langsir baru, cadar baru, sarung kusyen baru dan segalanya baru kecuali rumah aku semuanya yang dah lama.
Orang duk sibuk membeli ayam daging , sibuk membuat ketupat lemang kecuali aku yang tidak perlu memasak sbb aku beraya di kampung.Aku cuma tlg tengok aje.
Jalan ke kampung agak sesak sbb minah dan mat dari jauh balik kampung ada yang tayang kereta baru mpv baru dan ada yg tayang peha baru.Yelah budak kampung manalah reti nk tayang peha, malu la.
Paling sesak nk beli kuih dulu mak kita duk sibuk buat kuih tapi sekarang duk order or beli aje kat pasar ramadhan.
Time mcm ni jugak la nk beli baju raya kasut raya.Dulu kedai baju lenggang teramat sangat tapi sekarang penuh sesak xtau datangnya dari mana mereka.
Ini la hikmahnya bulan ramadhan bagi mereka yg benar2 merasainya.
Tapi bagi aku biasa sahaja cuma aku amat rindukan ciuman tangan ibu bapaku dengan linangan air mata tanda keampunan aku dosa2 aku yg lalu.Aku terlalu kerdil dalam menilai perjalanan hidup yang penuh berliku ini.

1 comments:

azman berkata...

aku insan biasa...
ikhlas ramadhan