Pages

08 November 2009

Mimpi ku hampir benar belaka

Ini tentang bola malam tadi.Penyokong Kelantan yang ramai berbanding penyokong N.S.
Mimpi aku N.S menang 4 - 1, tapi hampir tepat dengan keputusan sebenar iaitu 3 - 1.
Aku tak kisah siapa menang cuma aku kisah sikap penonton yang amat mendukacitakan.
Aku faham semua pasukan ingin kemenangan tapi bila dah kalah akur sahaja dengan keputusan.

Sebenarnya Kelantan yang menjadi malam tadi.Hantaran yang mudah dibaca oleh pihak lawan, juga benteng pertahanan yang agak rapuh.Cuma yang hadir bentesan keras yang pasti menganggu rentak perlawanan.

Bakar mercun bakar kerusi dan sebagainya menjadi tontonan semua malam tadi.Paling menonjol ialah pihak penyokong Kelantan sendiri.Memang benar tanpa kehadiran penyokong pasti hambar jadinya tetapi disiplin kena jaga.Ramai pihak pasti mengatakan sikap keterbukaan yang agak terlampau mencetus isu negatif di kalangan peminat bola sepak itu sendiri.

Kenapa kita masih gagal mencontohi bola sepak luar negara.Lihat sahaja nama2 besar bermain bola pasti penyokong berada dalam suasana yang terkawal.Mereka faham sebarang tindakan penyokong pasti mengundang padah dengan hukuman yang diberikan nanti.

Mungkin kita agak manja dengan penyokong sebab untuk menarik penyokong datang ke stadium bukanlah suatu perkara yang mudah lagi.Negara kita tidak ramai star berbanding luar negara yang begitu hebat di mata kita.Jadi kehadiran penyokong sangat dialukan2 ke stadium.
Jadi kalau pihak tertentu mengenakan hukuman yang sewajarnya kepada para penyokong sudah pasti kantung persatuan akan kempis.Secara tidak langsung cenderung kepada pembayaran gaji pemain, pengangkutan dan sebagainya.Jadi banyak perkara harus di ambil kira.

Secara kesimpulannya kita harus lakukan sesuatu demi bola sepak negara.Lakukan yang terbaik agar perkara yang sama tidak berulang lagi.Dulu kita hebat dengan pemain import yang diurakan2 menyemarakan bola sepak negara namun kalau kantung sudah kehausan, mungkin pemain import mengalami masalah yang sama dengan pemain tempatan.Jadi buatlah sesuatu demi bola sepak negara.Masih ada harapan untuk negara kita beraksi di Piala Dunia.

3 comments:

jai@jezz berkata...

nasib lerr aku x minat bola... yg aku tau n.s menang tu jerk... x sangka plak kelantan kalah.. ye laa.. penyokong kelantan kan ramai... mesti dorang benggang kan...

suezen berkata...

dorang bengang giler...smpi emo2... haihhh

azman berkata...

menang kalah adat pertandingan tapi yangkalah sukar menerima kenyataan
salah siapa jadi jgn lah huru hara kan keadaan...