31 Ogos 2009

Siapa penyanyi kumpulan ini?


Gema Di Inderaloka

Waktu pintumu,
Kubuka setengah,
Gemersik menikam,
Melantu suara,
Ku tinjau sejenak ,
Untuk periksa,
Bergema di lembah inderaloka,

Suaramu,
Membisik merdu dikalbu,
Memanggilku,

Kubuka sepenuh pintu dayamu,
Dan melangkah masuk ke dalam kamarmu,
Aku tak pasti apa akan berlaku,
Kalau ku ditangkap pengawalmu,

Mungkin aku kan terkorban,
Dalam merinduimu,

Tapi kenapa kau hadir saja,
Dalam setiap mimpi-mimpi ku,
Dan meniggalkan kunci dan peta,
Kalau aku kau tak ingini,
Kasih siapa aku disisimu,

Kiniku berada dalam tamanmu,
Tiada aku takut akan kematian,
Kerana hidup dan mati sama,
Untukku telah ku lalui,
Berulang kali,

Keindahan tamanmu tiada bermakna,
Jika wajahmu tidak ku temui,
Biar terlantar di mamah waktu,
Aku tetap akan menunggumu,

Kasih siapa aku,
Aku disisi mu,
Ku pakukan kakiku ketanahmu,
Biar berdarah menjadi sungai,
Agar tak bisa dicabut oleh sesiapa,
Yang mahu menghalauku keluar,
Siapa aku di sisimu.....

Korang mesti duk sibuk menyanyi
lagu hari kemerdekaan
dan hari raya
tapi aku cukup teruja
dgn lirik di atas.
Lama aku mencarinya
baru skrg aku menjumpainya.

Kalu kamu pandai sape penyanyinya, hehehe
Dulu lagu2 semuanya tangkap jiwang.
Mcm2 sanggup buat demi kekasih
Tapi skrg ada lagi tak
Yang biasa skrg ialah kahwin dan cerai berai
lu fikirlah sendiri.

5 comments:

tehais berkata...

sapa?

Idalara berkata...

siapa ye..
lirik mng best..

'mungkin aku kan terkorban
dalam merinduimu'

huh!....dahsyat lirik dia..
mng..lagu2 lama best2 dan punyai lirik yg betul2 bermakna.

sI tEDI berkata...

kalau takde suara aku tak boleh nak cam.. tolong nyanyi sikit.. ekkeekke

Ivy Metaga berkata...

hurmm..tak tau lah hehe

azman shah berkata...

tehais:awie wings
album double trouble
idalara:mmg jiwang karat 34 hehe
sitedi:kena cll aku...
ivy:hehe jwpn ada kt atas