Pages

13 November 2009

Tolong jangan rampas kasih sayang aku

Aku mahukan kasih sayang aku seperti dulu.
Mereka telah merampasnya daripada aku secara terang terangan.
Kasih sayang adalah harga yang sangat tinggi daripada segala galanya.

Kalau mereka mahukan kasih sayang mereka carilah sendiri.
Jangan anggap aku tiada hati dan perasaan.
Aku terlalu rindukan kasih sayang.
Kenapa mereka merampasnya daripada aku?

Aku sedar mereka juga ada hak
Tetapi hak aku lebih mutlak.
Hanya Allah Maha Mengetahui
betapa sayunya hati bila kasih sayang aku dirampas begitu sahaja.

Kalau mereka mahukan kenapa mereka
tidak mendapatnya sebelum ini.
Tolong pulangkan kasih sayang aku.
Aku merayu pada mereka
tanpa keluhan hanya gelora hati meronta ronta.

Akhirnya jua aku pasrah
Akhirnya jua aku menurut perjalanan arus kehidupan.
Ingatlah kasih sayang sentiasa berada di hati ini.

12 November 2009

Aku dapat free daripada kamu ke?

Kisah ini agak sudah lama, namun mari kita hayati semula.
Kisah di gerai jual kuih, aku beli kuih rm2.oo kemudian setelah dibungkus dia main campak je macam campak sampah dalam bakul sampah.Aku naik hot la tapi dia minta maaf dalam keadaan terpksa.
Apa pengajaran yang boleh kita dapat?
1.Aku beli dengan duit bukan dapat free ye.Aku tau la beli tak banyak tapi hormat la sikit dengan pelanggan.Nanti aku heboh kuih ko xsedap apa yang kau rasa nanti pulak.

2.Aku adalah raja jd kamu kena layan aku dengan baik.Kalau blh ucaplah TERIMA KASIH ABANG
aku pasti tersenyum girang.Bukan susah pun tak kan nak tunggu aku beli satu LORI baru kamu nk ucap mcm tu.

3.Aku tau kuih kamu sedap dan kamu kena jagalah kualitinya bukan setakat makanan tetapi LAYANAN.Percayalah aku yakin kedai kamu mesti LAKU nanti.Ini bila sampai je kedai kamu kamu mula la tunjuk muka masam seolah2 mcm aku gangu hidup kamu aje.Lebih baik tutup kedai dan pasti kedai kamu akan lingkup.

Kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kesopanan dan kesusilaan amat kurang.Ucapan dan kata2 manis bukanlah lahir dari hati yang ikhlas.Aku tak minta tunduk untuk hormat aku tapi cukuplah sekadar ucapan.
Ingatlah dunia perniagaan mempunyai potensi keuntungan yang sangat lumayan.Jaga hati pelanggan dari segi kualiti makanan dan juga layanan.

10 November 2009

Wardina VS Yuna?

Dulu wardina yang berubah menjadi pelakon yang amat setia dengan tudungnya.
Kini yuna yang diharapkan kekal dengan penampilannya.
Akan datang siapakah agaknya?
Tiada seksi pun mereka boleh jadi popular, artis lain bila lagi.

09 November 2009

Aku bukanlah superman, aku juga bisa nangis

Sebenarnya superman pun ada emosi tapi dia tidak la sampai nak nangis.
Lirik spontan,tapi lagunya kini menjadi siulan ramai.
Sila tekan di sini untuk membaca liriknya.
The Lucky Laki adalah sebuah band yang dianggotai oleh anak2 gitaris Dewa19 iaitu Ahmad Dhani. The Lucky Laki popular dengan lagu mereka yang berjudul “Bukan Superman”. Lagu ini dicipta sendiri oleh Ahmad Dhani untuk anak-anaknya.

Tapi kenapa mesti ada anti Malaysia lagi?

08 November 2009

Mimpi ku hampir benar belaka

Ini tentang bola malam tadi.Penyokong Kelantan yang ramai berbanding penyokong N.S.
Mimpi aku N.S menang 4 - 1, tapi hampir tepat dengan keputusan sebenar iaitu 3 - 1.
Aku tak kisah siapa menang cuma aku kisah sikap penonton yang amat mendukacitakan.
Aku faham semua pasukan ingin kemenangan tapi bila dah kalah akur sahaja dengan keputusan.

Sebenarnya Kelantan yang menjadi malam tadi.Hantaran yang mudah dibaca oleh pihak lawan, juga benteng pertahanan yang agak rapuh.Cuma yang hadir bentesan keras yang pasti menganggu rentak perlawanan.

Bakar mercun bakar kerusi dan sebagainya menjadi tontonan semua malam tadi.Paling menonjol ialah pihak penyokong Kelantan sendiri.Memang benar tanpa kehadiran penyokong pasti hambar jadinya tetapi disiplin kena jaga.Ramai pihak pasti mengatakan sikap keterbukaan yang agak terlampau mencetus isu negatif di kalangan peminat bola sepak itu sendiri.

Kenapa kita masih gagal mencontohi bola sepak luar negara.Lihat sahaja nama2 besar bermain bola pasti penyokong berada dalam suasana yang terkawal.Mereka faham sebarang tindakan penyokong pasti mengundang padah dengan hukuman yang diberikan nanti.

Mungkin kita agak manja dengan penyokong sebab untuk menarik penyokong datang ke stadium bukanlah suatu perkara yang mudah lagi.Negara kita tidak ramai star berbanding luar negara yang begitu hebat di mata kita.Jadi kehadiran penyokong sangat dialukan2 ke stadium.
Jadi kalau pihak tertentu mengenakan hukuman yang sewajarnya kepada para penyokong sudah pasti kantung persatuan akan kempis.Secara tidak langsung cenderung kepada pembayaran gaji pemain, pengangkutan dan sebagainya.Jadi banyak perkara harus di ambil kira.

Secara kesimpulannya kita harus lakukan sesuatu demi bola sepak negara.Lakukan yang terbaik agar perkara yang sama tidak berulang lagi.Dulu kita hebat dengan pemain import yang diurakan2 menyemarakan bola sepak negara namun kalau kantung sudah kehausan, mungkin pemain import mengalami masalah yang sama dengan pemain tempatan.Jadi buatlah sesuatu demi bola sepak negara.Masih ada harapan untuk negara kita beraksi di Piala Dunia.

Anak Mummy Kat Penang



Awal pagi bertolak ke Penang konon nk jumpa anak mummy.
Anak mummy nk belanja minum , dan aku pun datang jumpa anak mummy.

Tapi rupanya mak mummy dan aku pun tersengih seorang diri.
Penang yang hebat dengan jambatan yang indah dengan pemandangan.
Segalanya pasti dalam kenangan.

07 November 2009

Kelantan 1 Negeri Sembilan 4?


Kelantan kalah?Aku bermimpi malam tadi, yang peliknya indra yang skor untuk N.S.
Wahai penyokong Kelantan jangan marah ye sekadar mimpi sahaja.


Malam nie main elok2 ye, kalau ketinggalan pun bertindaklah secara profesional.
Aku bukan penyokong kedua2 negeri tersebut tp teruja nk tgk sebb kedua2 negeri tersebut dah lama xmasuk final.Aku nk bagitau Khalid Jamlus tu kawan lama aku dulu.

p/s:Aku mungkin xdapat tgk game Chelsea lawan MU ahad nie.huhuhu

06 November 2009

Kari puff sedapnya?


Aku singgah di stesen minyak.Aku terlihat gadis melayu ini membeli kari puff 3biji.Alamak terliur jugak aku melihatnya.
Dalam hati lepas isi minyak aku nk beli satu la.Harga sebiji rm1.20, saiznya sebesar tapak tangan dewasa.Nampak mmg sedap dan menyelerakan.
Aku dah selesai isi aku terus pegi dekat kari puff tadi.Dah nk capai plastik kemudian aku terlihat tulisan cina di sebelah tulisan melayu kari puff.
Langsung aku xjadi beli.Bukan aku anti cina cuma buatannya sahaja yang aku syak sesuatu.Tapi kalau dah berkenan bantai jelah.Lagipun kat luar sana ramai yg suka masakan cina cuma selera aku belum sampai tahap mcm tu.