Pages

31 Mac 2011

Apa pendapat anda gambar ini?

Apa pendapat anda gambar di atas?seksa or seksa?mencolok mata atau menjolok mata.Susah nak jugde sebab apa yg mereka mungkin atas keikhlasan mereka sendiri.Tetapi bg yg memerhatikannya sudah pasti ada jawapan sinis hendak diberikan.Al maklumlah pendedahan yg mendedahkan dada boleh dikatakan semua orang suka terutamanya kaum lelaki.Apapun anda komen la sendiri...

29 Mac 2011

Aku xfaham mesti kuar benda nie : Breaking News: Mom makes $379/day Working From Home

Bila aku layari blog breaking news mesti kuar dan aku xpasti sape punya kerja, cuma kerapnya ia keluar kadang2 menganggu untuk aku membaca bahan internet yang lain, korang ada idea x, blhlah syer di sini.

Nak kuruskan badan

Badan aku semakin gemuk n paling serius perut aku semakin buncit. Nak pakai seluar pun dah sendat.Apakan daya tahap pelahap aku mmg tinggi tp exercise aku buat jugak.Aku sekarang ingin memcuba produk diet di pasaran.Tengah duk usha yang mana btl2 terbaik.Korang suggest lg bagus...

23 Februari 2011

Susah betul nak maintain

Buat blog nie susah btl nk maintain dan yg paling penting tarikan orang untuk melawat blog kita.Mmg sukar sebenarnya sebb kita kena ada sesuatu di dalamnya.Maksudnya ada aura tarikan untuk dibaca oleh orang lain.Bukan senang sebenarnya dan banyak faktor sebenarnya.Ada yang jadikan blog untuk ceritakan hal peribadinya, ada jadikan blog untuk luahan dirinya, ada jadikan blog untuk suka2 sahaja ada yang untuk bisness dan ada juga untuk ceritakan tentang sesuatu perkara.Tapi ini bukan mudah sebenarnya dan ia memerlukan usaha yang gigih untuk bergiat secara aktif dalam blog.Apapun jadilah diri anda sendiri walaupun kekuatannya tidak seberapa.

21 Februari 2011

Cermin diri dulu

Hidup biar sederhana dan yg pasti jgn lupa diri.Jangan seronok mengumpat orang sedangkan diri anda lebih teruk daripada orang yang anda kutuk.Aku pernah melaluinya dan pernag mengalami pahitnya.Paling best orang tu duk kecoh2 dalam facebook menceritakan keadaan akan diriku.Hebatnya luar dalam semua dia tahu sedangkan aku xpernah berkongsi masalah dgnnya.Orangnya nyata nampak alim dan terharunya begitu banyak video klik keinsafan dalam facebooknya.Tetapi sebaliknya orang yang sama memporak perandakan keadaan dan hingga merasakan insan seperti adalah paling mulia sekali.Sedangkan aku xpernah berdendam dgnnya apatah berbicara ttg soal peribadi tetapi malangnya aku menjadi mangsa keadaan.Kini dia nyata musuh aku bukan tiada niat untuk aku memohon maaf tetapi dia sendiri mulakan durjana ini.Jadi sahihnya klu aku sendiri yang mohon bacullah jawabnya tambahan lg dia konon tidak memaafkan aku.Jadi kesimpulannya bila berkawan jgnlah rapat dan aku perkara yang kita xleh kongsikan bersama.Mungkin dia kawan baik kita pada hari ini tidak mustahil dia mampu jadi musuh yang terbaik selepas ini.Berhati2lah...

19 Februari 2011

Alahai Raja Lawak


Sudah banyak episod aku tonton termasuklah mlm nie, cuma aku susah nk komen nk kata xlawak nanti ada orang marah nak kata lawak kadang2 aku sendiri pun susah nk gelak.Tapi aku rs pihak juri mungkin blh sokong aku sebab aku tgk ada peserta yang gagal membuat orang ketawa , isinya entah ke mana akhirnya hambar untuk episod yang seterusnya.
Aku komen bukanlah aku pandai berlawak apatah lagi membuat lawak cuma jujur aku katakan lawak itu kadang2 datang dgn sendirnya, kadang2 ia datang dengan sepontan , apapun isinya kena ada dan olahannya dapat dihasilkan dengan baik.Aku tergelak tgk man buat lawak ttg retro.Dia meniru aksi hail amir dalam mengacara sesuatu program.Bagi aku itu adalah lawak dgn gaya dan memek muka jelas aku berpuas hati.Begitu juga dgn nazmi lawak retronya juga menjadi.Susunan cerita yang menarik dan sekurangnya ada airmata aku mengalir di pipi.Peserta lain malas aku nk komen sgt.Ada juga peserta yang suka buat lawak double meaning, wlupun ia datang seikhlas hati bukan lucah namun sudah masuk ke minggu ini lawak lucah itu sudah kerap kedengaran.Paling menakjubkan peserta itu mendapat undian yang paling tinggi minggu ini.
Apapun diharapkan adalah perubahan dan kelakarnya pada minggu yang seterusnya dan diharapkan juga para juri memberi komen yang agak pedas kepada peserta yang kurang menonjol lgsg.Mujurlah juga johan dan zizan menjadi penyelamat di setiap episod.Mungkin ramai yang bersetuju kebanyakkan penonton ingin melihat raja lawak semata2 menunggu lawak2 hebat daripada johan dan zizan.Setakat ini aku sangat berpuas hati lawak2 johan dan zizan tidak pernah mengecewakan.Diakui mereka juga ada peserta2 raja lawak yang terdahulu.
Tak mengapalah mungkin peserta2 ini masih di peringkat percubaan, namun bakat yang harus ditonjolkan sebaik mungkin.Lihat sahaja juara raja lawak yang terdahulunya ada juga yg agak susah nak cari makan.Jadi buatlah yang terbaik kerana lawak adalah pengubat jiwa lara...

17 Februari 2011

Memang dah malang

Apakan daya bila diri dikenang melakukan kesalahan yang mungkin diingat sampai mati sedangkan belum pasti kesalahan jatuh pada diri aku.Alkisah dulu punya cerita sampai sekarang xda nampak tanda2 kemaafan.Terlalu sukar bergelut dgn situasi yang ada memandangkan bermasam muka sampai bila2 pun.Mungkin apa yang berlaku cetusan daripada aku sendiri namun apakan daya tiada jalan penyelesaian dan ia pasti berlarutan sampai bila2 pun.
Sedangkan orang lain ketawa berdekah2 dgn situasi yang aku alami.Bangganya mereka kerana mereka tidak tersepit dgn keadaan yang aku alami.Apakan daya aku tidak mampu berbuat apa2 lg, cuma yang tinggal aku harus teruskan perjalanan ini.Mmg terlalu pahit tetapi apakan daya aku terpaksa menghadapinya seorang diri.Tiada siapa yang sudi kongsi masalah ini sedangkan aku juga tidak berkongsi dgn orang lain.Aku terpaksa menghadapinya walaupun terlalu sukar sekalipun.Cuma agak malang kerana semakin ramai musuh aku sedangkan aku punya kawan pula agak sedikit.Mmg malang namanya.Nyata kini aku terpaksa menghadapinya seorang diri.Bukan masa yang sesuai untuk dikongsi dgn orang lain dan mungkin tiada masa untuk aku berkongsi dgn orang lain.Kesimpulannya payah mana sekalipun dihadapi kehidupan ini terpaksa dilalui jua...

12 Februari 2011

Budi bahasa letak di mana?

Suatu hari pegi ke pekan dgn niat membayar bil.Bila sampai giliran aku terus tunjukkan bil aku.Dia pun mengira jumlah bil aku menggunakan kalkulator.Jumlah semuanya rm188.80.Aku pun serahkanlah wang tunai rm200.Setelah selesai aku rs mcm xsedap hati.Aku pun kira jumlah bil aku sekali lg.Aku dapati jumlah semuanya rm178.80.Aku xpuas hati aku pegi kaunter yg aku buat urusan tadi.Aku jelaskan keadaan sebenar.Dia pun bagilah aku rm10.00 lg.Cuma yg aku kesalkan ialah dia tidak pun menyatakan kesilapan dia dan memohon maaf secara lisan.Seolah2 aku pulak yg kena ucapkan terima kasih kepadanya.Memang kurang ajar jantan nie.Sebenarnya aku akui dia sorang aje yang bermasalah di situ.Mungkin aku rasakan dia berada dalam keadaan selamat kerana tiada siapa yang merepot hal ini kepada pihak atasan.Aku harap adalah sesiapa yang mengalaminya membuat aduan di pihak atasan.Budi bahasa yang hilang entah ke mana...