19 Februari 2011

Alahai Raja Lawak


Sudah banyak episod aku tonton termasuklah mlm nie, cuma aku susah nk komen nk kata xlawak nanti ada orang marah nak kata lawak kadang2 aku sendiri pun susah nk gelak.Tapi aku rs pihak juri mungkin blh sokong aku sebab aku tgk ada peserta yang gagal membuat orang ketawa , isinya entah ke mana akhirnya hambar untuk episod yang seterusnya.
Aku komen bukanlah aku pandai berlawak apatah lagi membuat lawak cuma jujur aku katakan lawak itu kadang2 datang dgn sendirnya, kadang2 ia datang dengan sepontan , apapun isinya kena ada dan olahannya dapat dihasilkan dengan baik.Aku tergelak tgk man buat lawak ttg retro.Dia meniru aksi hail amir dalam mengacara sesuatu program.Bagi aku itu adalah lawak dgn gaya dan memek muka jelas aku berpuas hati.Begitu juga dgn nazmi lawak retronya juga menjadi.Susunan cerita yang menarik dan sekurangnya ada airmata aku mengalir di pipi.Peserta lain malas aku nk komen sgt.Ada juga peserta yang suka buat lawak double meaning, wlupun ia datang seikhlas hati bukan lucah namun sudah masuk ke minggu ini lawak lucah itu sudah kerap kedengaran.Paling menakjubkan peserta itu mendapat undian yang paling tinggi minggu ini.
Apapun diharapkan adalah perubahan dan kelakarnya pada minggu yang seterusnya dan diharapkan juga para juri memberi komen yang agak pedas kepada peserta yang kurang menonjol lgsg.Mujurlah juga johan dan zizan menjadi penyelamat di setiap episod.Mungkin ramai yang bersetuju kebanyakkan penonton ingin melihat raja lawak semata2 menunggu lawak2 hebat daripada johan dan zizan.Setakat ini aku sangat berpuas hati lawak2 johan dan zizan tidak pernah mengecewakan.Diakui mereka juga ada peserta2 raja lawak yang terdahulu.
Tak mengapalah mungkin peserta2 ini masih di peringkat percubaan, namun bakat yang harus ditonjolkan sebaik mungkin.Lihat sahaja juara raja lawak yang terdahulunya ada juga yg agak susah nak cari makan.Jadi buatlah yang terbaik kerana lawak adalah pengubat jiwa lara...

2 comments:

vidadarisakura berkata...

no komen aku raja lawak skang ni.

azman berkata...

hahaha