Pages

10 Februari 2011

Fasha Sandha carian tertinggi Google

Dulu Maher Zain kini Fasha Sandha.Pasal artis nie susah sikit komen sebab mereka ini mempunyai alasan tersendiri apabila sesuatu isu sensasi membabitkan mereka.Kenapa Fasha popular?mungkin disebabkan isu pemakaian dia sebelum ini.Yang lain2 xberani nak komen sebab dia pasti mempunyai jawapan yang tersendiri.Bila teringat Fasha sandha teringat zizan buat lawak masa episod raja lawak tiru gaya artis.

Pemain eksport

Dulu mmg sgt kedengaran pemain import di mana ramai players datang ke Malaysia untuk bermain dalam liga Malaysia.Namun kini kita telah disensasikan dengan pemain yang akan bermain bola sepak di negara yang lain, siapa lg kalau tidak penyerang Selangor Safee Ali.Bermula minggu hadapan pemain itu akan bermain dengan sebuah kelab iaitu Pelita Jaya untuk kejohanan liga Indonesia.Cuma yang menjadi persoalan ini adakah pemain ini akan menonjol aksinya atau pemain ini akan menjadi superstar di sana.
Masih jauh untuk jawapan ini cuma paling sedap didengar ada team luar sudah menaruh keyakinan kepada pemain kita.Itulah sebenarnya yang diharapkan agar ramai pemain Malaysia dapat bermain di luar negara.Ini terbukti kerana kebanyakan pasukan bola sepak mereka berjaya adalah salah satunya penghijrahan pemain mereka ke luar negara.Lihat sahaja pemain Jepun dan Korea begitu ramai berhijrah ke luar negara dan di antaranya Park Ji Sung yang bermain di kelab yang terkenal Manchester United.
Ini salah satu petanda baik buat Malaysia dan momentum ini harus diteruskan sampai bila2.Kita bukan setakat ini menjuarai piala AFF Suzuki malahan lebih jauh daripada itu.Dua angan2 yang paling besar iaitu Sukan Olimpik dan kelayakan Piala Dunia.Hakikatnya Malaysia masih gagal melepasi kelayakan piala dunia.Tidak mengapa mulakan pendakian daripada bawah cuma momentumnya harus dikekalkan.Lihat malam tadi Malaysia menang 2 o ke atas Hong Kong pada perlawanan persahabatan.Walaupun persahabatan namun kemenangan yang kita cari.Keyakinan corak pemain kita sudah mula menampakkan hasil.Cuma kita harus kekalkan tahap itu.Diharapkan juga agar Malaysia menentang negara yang mempunyai rangking yang lebih baik lagi seperti Qatar atau Arab Saudi.
Kesimpulannya perjalanan Malaysia masih jauh.Masih banyak yang harus dipelajari.Namun keyakinan itu sudah ada dan dharapkan ia berterusan sampai bila2.

06 Februari 2011

Nombor cantik jadi pilihan

Jenuh aku keliling kedai mana sahaja asalkan aku jumpa no cantik.Bahkan ada kedai yg aku kunjung berulang2 kali tanpa rs jemu semata untuk no cantik.Korang mesti xfahamkan, mudah sahaja no yg dimaksudkan ialah no prepaid yang cantik dan mudahnya lg no ada ong ma.Tak faham jugak senang cam nie no handphone yang mudah untuk diingat.cthnya 012 520 8888, cantik x no tu senang x nk hafal senang x nk ingat.jadi no 2 kadang2 beri masalah pada aku juga kerana aku kerap buang masa mengintai no yang cantik.Tapi setakat inilah no yg agak senang dicari ialah celcom dan digi, manakala no maxis adalah yang paling sukar dan kalau ada no vip pun masih juga kurang berpuas hati.korang mesti xda perangai cm aku tapi masalah aku nie mmg dr dl lg.sampai skrg masih susah nk buang, tabiat yang menghantui jiwa.kadang2 aku xkesahkan ttg bayaran asalkan aku dpt no cantik.apapun senang ctr adalah untuk kepuasan sendiri sebenarnya.selain tu tidak mirip pun ke no yang ada ong.mmgla nk no cantik pakai line tetapi aku dah survey no maxis adalah agak sukar mencari no cantik.aku tau kadang2 korang xkisah pun asalkan ada no dan apa sahaja no pun xpe tapi aku nie lain sikit no kdg2 mempengaruhi kehidupan aku,hakikat kehidupan kita xleh lari daripada no.cth ic ada number, rumah ada no, kereta ada no, apa saja ada no, cuma ska atau tidak sahaja pada no tersebut.Akhirnya aku terus mencari dan mencari sampai aku puas dengan apa yang aku dapat.

Nak cari duit lebih

Macam-macam cara nak hidup untuk tampung kehidupan, cara mcmana nk tambah pendapatan.Ada yang kerja makan gaji dan ada yang kerja sendiri.Aku juga turut berangan nak tambah income.Dl aku dah masuk mcm2 mlm tp kerap xmenjadi bak kata pepatah hangat hangat tahi ayam.Berangan bagai nk rak tp still xleh pegi punya.dah cuba pelbagai cara tp still mcm 2 jugak.Mmg aku xda skill mlm.Jadi sekarang mcmmana nk tambah income, xkan masih nk berangan lagi.Aku tgk orang kaya bertambah kaya orang miskin bertambah miskinm, cuma tahap aku sekarang masih lagi sederhana.ckp ada kereta dan rumah, cukup2 makan je cuma belum sampai time gaji lagi poket dah kosong malahan bertambah negatifnya.Akhirnya kemelut ini sentiasa menjadi persoalan, cuma yg mampu aku buat sekarang ialah kaedah berjimat walaupun kadang2 aku membazir juga.Masalahnya aku tiada motivate ke arah penjimatan, ada sahaja yang nk dibelanjakan, cuma kadang2 aku saving yg terlampau dan adakalanya aku berbelanja di tahap yang melampau.Kesimpulannya aku kena fikir positif aku kena belanja ikut keperluan, kalau barang itu wajib beli mmg aku kenalah beli tetapi kalau barang itu sudah ada saving lebih baik.Cubalah saving sebaik mungkin agar sampai je time gaji ada lagi baki kat simpanan.kadang2 aku terfikir nak buat pinjaman then aku masukkan duit pinjaman tu dalam simpanan asb tetapi mampukah tidak mengerakkan duit itu keluar semula nanti, sedangkan duit dalam asb blh dibuat pengeluaran bila2 masa sahaja, pening dibuatnya dan fikir juga tidak ke membebankan nanti bila aku kena bayar tiap2 bulan?akhirnya aku letakkan persoalan itu tanpa dijawab.Sekurang2nya memberi aku sedikit harapan untuk bergelut dgn kehidupan yang ada.

31 Januari 2011

Tukar theme lagi

Sudah banyak kali tukar themes, mmg dasyatttttttt, sedangkan isinya xseberapa, bukan xda idea nak tulis tetapi banyak kepada facebook sebenarnya.Entahlah liat sangat nk tls kat blog ini.Sedangkan semua orang tau menulis blog blh memberi pulangan yg lumayan kepada kita.So lepas nie tgklah mcmana...ada rezeki bertapalah di sini....

10 Januari 2011

Keputusan upset AJL25?

Semua orang tak jangka ana rafali jadi juara, tahniah buat ana rafali, dan kalau diajukan soalan adakah anda rasa anda akan menang pasti jawapan juga tidak dijangka.Yang menang sudah pun menang cuma persoalannya AJL yang seterusnya sentiasa memberikan keputusan yang upset.Kejutan penuh kejutan.
Cthnya ada blog memberikan 99.9 peratus lagu yuna menjadi juara tetapi yuna tak menang langsung malam tadi.Begitu juga faizal tahir yang hanya menang melalui persembahan.Persembahan yang hebat lain daripada yang lain.
Inilah muzik dan ini bermakna tiada lagi ruang untuk artis popular bergelar juara.Segalanya dianalisa daripada hasil lagu liriknya dan pelbagai ruang lagi.Cuma kepuasannya sangat cenderung ketidakpuashati setiap penonton yang hadir.
Apapun tahniah Ana Rafali , namanya mungkin dikenali selepas ini.

01 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Bila sambut tahun baru pastinya ada azam dan semangat baru.Kebiasaannya manusia akan berazam yang dahulunya jahat dan berharap baik untuk tahun ini, standardnya jahat kepada baik dan baik kepada lebih baik.
Aku juga mempunyai azam yang tersendiri.Cuma aku tidak berani meletakkan sasaran yang tinggi untuk dicapai sebab aku risau tidak kesampaian.Cuma aku berharap perjalanan untuk tahun ini bertambah baik, semua keluarga berada dalam baik dari segi kesihatan dan berharap dapat mengelakkan daripada segala mala petaka yang menimpa.
Dari segi mental harap dapat memberikan kebaikan sebaik mungkin dan berharap rezeki juga bertambah sedikit demi sedikit.Tahun baru ini juga diharapkan kerja aku dipermudahkan dan segala masalah aku dapat hadapi dengan tenang.
Aku berharap juga dapat kurangkan musuh dapat kurangkan kontoversi dapat hidup dalam keadaan aman dan bahagia.Cuma kawal emosi sebaik mungkin kerana jiwa aku sangat sensitif.
Inilah serba sedikit harapan aku di tahun baru.Banyak perkara harus diperbetulkan dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk diperjelaskan.

31 Disember 2010

Pening nak edit

Inilah hobi aku sanggup habiskan masa berjam2 untuk edit blog apatah lagi kalau nk tukar ke theme yang baru.Memang sangat melecehkan sebab banyak benda nak kena edit.Tapi hasilnya tidaklah sebeberapa.Cuma kepuasan dalam mencari theme yang baru.Bagi mereka yang suka hobi ini fikirlah semula kerana ia amat menyusahkan kecuali anda banyak free waktu ini.