Pages

10 Februari 2011

Pemain eksport

Dulu mmg sgt kedengaran pemain import di mana ramai players datang ke Malaysia untuk bermain dalam liga Malaysia.Namun kini kita telah disensasikan dengan pemain yang akan bermain bola sepak di negara yang lain, siapa lg kalau tidak penyerang Selangor Safee Ali.Bermula minggu hadapan pemain itu akan bermain dengan sebuah kelab iaitu Pelita Jaya untuk kejohanan liga Indonesia.Cuma yang menjadi persoalan ini adakah pemain ini akan menonjol aksinya atau pemain ini akan menjadi superstar di sana.
Masih jauh untuk jawapan ini cuma paling sedap didengar ada team luar sudah menaruh keyakinan kepada pemain kita.Itulah sebenarnya yang diharapkan agar ramai pemain Malaysia dapat bermain di luar negara.Ini terbukti kerana kebanyakan pasukan bola sepak mereka berjaya adalah salah satunya penghijrahan pemain mereka ke luar negara.Lihat sahaja pemain Jepun dan Korea begitu ramai berhijrah ke luar negara dan di antaranya Park Ji Sung yang bermain di kelab yang terkenal Manchester United.
Ini salah satu petanda baik buat Malaysia dan momentum ini harus diteruskan sampai bila2.Kita bukan setakat ini menjuarai piala AFF Suzuki malahan lebih jauh daripada itu.Dua angan2 yang paling besar iaitu Sukan Olimpik dan kelayakan Piala Dunia.Hakikatnya Malaysia masih gagal melepasi kelayakan piala dunia.Tidak mengapa mulakan pendakian daripada bawah cuma momentumnya harus dikekalkan.Lihat malam tadi Malaysia menang 2 o ke atas Hong Kong pada perlawanan persahabatan.Walaupun persahabatan namun kemenangan yang kita cari.Keyakinan corak pemain kita sudah mula menampakkan hasil.Cuma kita harus kekalkan tahap itu.Diharapkan juga agar Malaysia menentang negara yang mempunyai rangking yang lebih baik lagi seperti Qatar atau Arab Saudi.
Kesimpulannya perjalanan Malaysia masih jauh.Masih banyak yang harus dipelajari.Namun keyakinan itu sudah ada dan dharapkan ia berterusan sampai bila2.

0 comments: