Pages

06 Februari 2011

Nak cari duit lebih

Macam-macam cara nak hidup untuk tampung kehidupan, cara mcmana nk tambah pendapatan.Ada yang kerja makan gaji dan ada yang kerja sendiri.Aku juga turut berangan nak tambah income.Dl aku dah masuk mcm2 mlm tp kerap xmenjadi bak kata pepatah hangat hangat tahi ayam.Berangan bagai nk rak tp still xleh pegi punya.dah cuba pelbagai cara tp still mcm 2 jugak.Mmg aku xda skill mlm.Jadi sekarang mcmmana nk tambah income, xkan masih nk berangan lagi.Aku tgk orang kaya bertambah kaya orang miskin bertambah miskinm, cuma tahap aku sekarang masih lagi sederhana.ckp ada kereta dan rumah, cukup2 makan je cuma belum sampai time gaji lagi poket dah kosong malahan bertambah negatifnya.Akhirnya kemelut ini sentiasa menjadi persoalan, cuma yg mampu aku buat sekarang ialah kaedah berjimat walaupun kadang2 aku membazir juga.Masalahnya aku tiada motivate ke arah penjimatan, ada sahaja yang nk dibelanjakan, cuma kadang2 aku saving yg terlampau dan adakalanya aku berbelanja di tahap yang melampau.Kesimpulannya aku kena fikir positif aku kena belanja ikut keperluan, kalau barang itu wajib beli mmg aku kenalah beli tetapi kalau barang itu sudah ada saving lebih baik.Cubalah saving sebaik mungkin agar sampai je time gaji ada lagi baki kat simpanan.kadang2 aku terfikir nak buat pinjaman then aku masukkan duit pinjaman tu dalam simpanan asb tetapi mampukah tidak mengerakkan duit itu keluar semula nanti, sedangkan duit dalam asb blh dibuat pengeluaran bila2 masa sahaja, pening dibuatnya dan fikir juga tidak ke membebankan nanti bila aku kena bayar tiap2 bulan?akhirnya aku letakkan persoalan itu tanpa dijawab.Sekurang2nya memberi aku sedikit harapan untuk bergelut dgn kehidupan yang ada.

31 Januari 2011

Tukar theme lagi

Sudah banyak kali tukar themes, mmg dasyatttttttt, sedangkan isinya xseberapa, bukan xda idea nak tulis tetapi banyak kepada facebook sebenarnya.Entahlah liat sangat nk tls kat blog ini.Sedangkan semua orang tau menulis blog blh memberi pulangan yg lumayan kepada kita.So lepas nie tgklah mcmana...ada rezeki bertapalah di sini....

10 Januari 2011

Keputusan upset AJL25?

Semua orang tak jangka ana rafali jadi juara, tahniah buat ana rafali, dan kalau diajukan soalan adakah anda rasa anda akan menang pasti jawapan juga tidak dijangka.Yang menang sudah pun menang cuma persoalannya AJL yang seterusnya sentiasa memberikan keputusan yang upset.Kejutan penuh kejutan.
Cthnya ada blog memberikan 99.9 peratus lagu yuna menjadi juara tetapi yuna tak menang langsung malam tadi.Begitu juga faizal tahir yang hanya menang melalui persembahan.Persembahan yang hebat lain daripada yang lain.
Inilah muzik dan ini bermakna tiada lagi ruang untuk artis popular bergelar juara.Segalanya dianalisa daripada hasil lagu liriknya dan pelbagai ruang lagi.Cuma kepuasannya sangat cenderung ketidakpuashati setiap penonton yang hadir.
Apapun tahniah Ana Rafali , namanya mungkin dikenali selepas ini.

01 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Bila sambut tahun baru pastinya ada azam dan semangat baru.Kebiasaannya manusia akan berazam yang dahulunya jahat dan berharap baik untuk tahun ini, standardnya jahat kepada baik dan baik kepada lebih baik.
Aku juga mempunyai azam yang tersendiri.Cuma aku tidak berani meletakkan sasaran yang tinggi untuk dicapai sebab aku risau tidak kesampaian.Cuma aku berharap perjalanan untuk tahun ini bertambah baik, semua keluarga berada dalam baik dari segi kesihatan dan berharap dapat mengelakkan daripada segala mala petaka yang menimpa.
Dari segi mental harap dapat memberikan kebaikan sebaik mungkin dan berharap rezeki juga bertambah sedikit demi sedikit.Tahun baru ini juga diharapkan kerja aku dipermudahkan dan segala masalah aku dapat hadapi dengan tenang.
Aku berharap juga dapat kurangkan musuh dapat kurangkan kontoversi dapat hidup dalam keadaan aman dan bahagia.Cuma kawal emosi sebaik mungkin kerana jiwa aku sangat sensitif.
Inilah serba sedikit harapan aku di tahun baru.Banyak perkara harus diperbetulkan dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk diperjelaskan.

31 Disember 2010

Pening nak edit

Inilah hobi aku sanggup habiskan masa berjam2 untuk edit blog apatah lagi kalau nk tukar ke theme yang baru.Memang sangat melecehkan sebab banyak benda nak kena edit.Tapi hasilnya tidaklah sebeberapa.Cuma kepuasan dalam mencari theme yang baru.Bagi mereka yang suka hobi ini fikirlah semula kerana ia amat menyusahkan kecuali anda banyak free waktu ini.

28 Disember 2010

Selera atau selesa?

Rasa kenyang tak tengok gambar kat atas tu?bukan sengaja nak tayang cuma kenapa orang suka tayang cam 2?Kemudian bila komen mcm2 alasan yang diberikan.ikut trendlah...ikut majlis lah...ikut suasanalah...erm jangan mata jadi juling sudahlah...

Mas atau Indon juara piala AFF Suzuki?

Ramai peminat yg menanti 90 terakhir di stadium Bung Karno.Apa yang menariknya kali ini?Menariknya inilah saat yang dinantikan oleh rakyat Malaysia untuk menjadi juara buat kali setelah sekalian lama untuk menjadi juara.Kemenangan 3 0 jadi bekalan namun masih belum cukup memadai seandainya kita kewas dengan 3 0 di sana.Mental jadi kekuatan para pemain sedangkan lautan merah putih menanti dengan penuh gairah sekali.Stadium yang begitu keramat bagi semua peminat fanatik Indonesia.Bezanya di sini kita ramai penyokong Indon sedangkan di sana mungkin tiada pakaian ala2 hitam kuning atau biru.
Ayuh Malaysia buktikan walaupun apa cara sekalipun asalkan kita berjaya membawa pulang cup ini.Ramai yg menantikan saat ini.Lupakan apa sahaja gejala antaranya pancaran laser yang pasti menjadi topik hangat kali ini.Inilah alasan yang mungkin diberikan oleh pemain indon sedangkan pada peringkat awal sememangnya laser itu ditujukan kepada pemain Malaysia sewaktu beraksi di peringkat kumpulan.Bukan lupa daratan kerana Malaysia ketika itu sangat mengharapkan Thailand tewas kepada Indon bagi melayakkan Malaysia ke peringkat separuh akhir.Lupakan sahaja kerana bola sepak adalah profesional bukannya mengharapkan simpati semata-mata.
Malaysia hanya setapak lg untuk menjadi juara.Juara yang pasti dikenang di sepanjang zaman.Ingat Hafiz Hashim yang menjuarai All England sebelum ini sentiasa dikenang hingga ke hari ini.Ayuh Malaysia buktikan!Lupakan sejenak piala asia apatah lagi piala dunia tapi jadikan ini sebagai satu titian semangat Malaysia untuk mara dgn lebih gagah lagi setanding dgn negara asia lain.Malaysia Boleh!!!

14 Disember 2010

Pinjaman ASB menguntungkan?

Korang biasa tak dgr promote ttg nie pinjaman nie? Tapi yg masih baru dan segar pinjaman nie dlm bentuk sijil dan sijil itu dipgg oleh pihak dlm jangka masa pinjaman dibuat.Konsepnya mudah je korang buat pinjaman ASB daripada bank dan bank laburkan ke dalam akaun ASB.Tapi korang kena bayar lah duit yang korang pinjam kat bank tadi.Advancenya korang bukan sahaja dapat balik pinjaman dibuat malahan korang dapat dividen daripada pinjaman ASB yang korang laburkan td.Sebagai cth korang pinjaman rm10000 daripada bank dan bank laburkan dalam akaun ASB.Tiap2 bulan korang kena bayar kat bank berdasarkan jumlah yang ditetapkan.Cthnya klu amik 20 tahun korang kena bayar rm67 sebulan pada bank.
Rasanya rmi yg dah faham konsep nie, mudah saje cuma adakah menguntungkan pada kita.Pada pendapat aku la ada pro dan kontra.Pronya daripada xmenyimpan langsung baik hulurkan je kat bank and anggap sebagai simpanan hari kemudian.Ckp tahun dapat sijil dan dividen daripada ASB.
Tetapi kontranya klu own saving lagi menguntungkan kerana duit kita hak kita sedangkan pinjam dengan bank mestilah ada win2 situation.Jadi ini terpulanglah pada korang sendiri.Aku akur aku mmg lemah nk kumpul wang sendiri.Disiplin aku tahap gaban soal wang kecuali aku simpan dan duit mmg susah nk kuar dan cara cm2 mmg aku mengalah.Maklumlah kehendak manusia tidak terbatas.
Tapi nasihat aku pada yg muda elok sgt lah amik, sbb korang blh menikmatinya di usia awal dewasa.Tak banyak pun just rm67 je.Rokok leh lebur xkan simpanan xleh labur.Aku dapati rmi budak2 muda dah sedar akan skim ini.Apapun bergantung kepada korang sendiri.Skim nie korang leh dapati daripada Maybank , RHB dan CIMB.Bank lain aku xpasti.So akhirnya LU FIKIR LA SENDIRI...