Pages

31 Disember 2009

2010

Hanya tinggal berapa jam sahaja lagi akan masuk ke tahun 2010 mengikut kalendar orang putih.
Seperti biasa kita dgn azam dan harapan bagi tahun baru.Aku juga mempunyai azam yang baru walaupun hampir setiap tahun tidak menjadi.
Cuma untuk tahun 2010 ini aku:
  • nak kurangkan dosa seberapa banyak yg boleh.Tahun 2009 banyak sgt dosa yg aku buat.aku berharap sgt agar tahun baru memberi peluang aku memperbaiki diri aku menjadi jahat kepada kurang jahat, baik menjadi lebih baik.sekurang2nya adalah sedikit perubahan dalam hidup aku.Aku kena ingat sebb umur meningkat dan kita pasti akan tua.
  • nak kurangkan perasaan sensitif aku.amat sukar rsnya sebb dah semulajadi dalam diri.apapun aku cuba juga sebb sensitif ini kadang2 melemahkan aku sendiri.
  • nak kurangkan berat badan aku yg semakin hari semakin berat.Bila dh berat nk bergerak pun susah, penyakit pun senang dpt dan body pun memg xcantik la.dpt kurang sikit pun jadilah asalkan ada perubahan.
  • harap di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki. harap rezeki aku bertambah samada daripada perniagaan atau apa sahaja yang halal.bisnes ada tapi xmenjadi sampai ke hari ini.promosi mcm2 aku dh buat tapi rezeki belum ada lagi.

Selamat tinggal 2009, 2009 meninggalkan detik yang hitam dalam hidup aku.Semoga 2010 memberikan aku kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi hidup yang ini.Hidup bebas tanpa dosa.Insyallah.Aku cuba berubah walaupun sedikit.

Jangan baca kerana menyakitkan

Geram dan benggang!Dah lama aku pegang jawatan tu bagi la kt orang lain.Aku dah bosan dgn jawatan tu, sampai nk termuntah dibuatnya.Aku tiap2 tahun mengharapkan agar aku disingkirkan dari jawatan tersebut tapi makcik sorang nie bagi jugak jawatan tu kt aku.Orang lain yang nak sangat jawatan tu dikekalkan akhirnya disingkirkan jugak.Masalah aku dah xda hati kt jawatan tu.Depa pun heran kenapa aku masih pegang jawatan tu.Dulu dia dah slow talk dgn aku yg dia xnak bagi lagi jawatan tu kt aku katanya dah ada pengganti.Tapi tahun depan aku dapat jugak jawatan tu.Aku bkn nk lawan tokey tapi aku dah xnak jawatan tu.Dah banyak kali aku mohon tapi ko tak tunai jugak.Aku mmg benggang teramat sangat cuma aku masih waras agar aku tak buat benda tak senonoh dekat kamu je.Apaun tahun depan aku mmg boikot habis habisan.Aku dah letih nk mengharapkan keajaiban.Pandailah aku nk buat sesuatu nanti.

29 Disember 2009

Iklan besarkan payu dara

Sekarang iklan terus terang dan xda segan silunya mengiklankan apa sahaja produk asalkan ianya laris.Kalau nak diikutkan iklan tu memang lucah tapi kenapa pihak penyiaran benarkan iklan mcm tu.Memg la secara logiknya kita semua dah matang tapi bagaimana golongan kanak2?Kalau tanya gol wanita pun perkara tu adalah sensitif bagi mereka.Nak besarkan payu dara untuk apa?Aku segan nk jawab sebab jawapannya pasti mengairahkan.
Dulu iklan rokok telah diharamkan sebb rokok mmg membahayakan kesihatan.Tapi iklan lucah pulak dah mula bersepah sekarang.Bukanlah lucah terang terangan tapi gambarannya cukup jelas menyentuh sensiviti gol masyarakat tertentu.Apapun kita tak ada hak kita pun xbanyak duit kita pun gol kecil kita pun mmg tak ada kuasa.Kita hanya mampu merintih dan kadang2 kita lebih mudah dipijak2.Ingatlah...

27 Disember 2009

Kelakar pengakuan artis

Ada artis tu buat pengakuan nak elak badi gambar bogel, yang kelakarnya pakaian penuh dengan lurah dendam.Buat pengakuan tapi duk tayang body mantap susah sikit orang nk serius kecuali pakaiannya sudah menutup aurat.

25 Disember 2009

Cara Membuat Flash

Korang sapa di sini pandai buat banner bergerak (flash banner).Sekarang aku cuba mempelajarinya tapi menemui jalan buntu.Banyak cara dah aku buat tapi untuk mengaplikasinya aku memg xreti.Kalau ada sesiapa yang pandai korang blhlah share dengan aku di sini.

23 Disember 2009

Seksinya iklan beras

Alahai nipisnya pakaian apabila melihat iklan beras.Aku tak nak la sebut nama iklan tersebut nanti aku kena ban.Cuma aku heran wanita jadi sasaran untuk tarikan pelanggan. Kononnya apabila makan nasi daripada beras tersebut boleh cantik macam body dia kot. Apa sahaja untuk tarikan tetapi alangkah manis jika menutup aurat.
Lu fikirlah sendiri.

17 Disember 2009

Tak Sabar Nak Tunggu

Pukul 6 ptg nie berlangsung bola sepak Akhir Sukan Sea antara negara kita menentang Vietnam.
Kalau sesiapa tak berminat blhlah pegi bersiar-siar hari ini.
Dua channel ada live tv2 dan tv3.
Jom support team Malaysia.
Malaysia Boleh!!!

14 Disember 2009

Tak tahan dibuatnya

Sebut sahaja sate pasti ada yang terliur, namun aku sabar jugak sebab aku dah pekena nasi kandar Seri Pelita.Memang sedap tak terkata.
Selepas menikmatinya aku lalu depan Serai Sate Kajang, tiba2 terliur nak makan sate.Aku ingat bukan sate Hj Samuri punya tapi keinginan untuk mencuba begitu ketara sekali.
Namun aku tabahkan hati aku guna ayat pengunci kalau aku makan sate nanti gigi aku lagi sakit.
Aku pun berlalu begitu sahaja.
Namun keinginan untuk mencuba pasti terasa.