31 Disember 2009

2010

Hanya tinggal berapa jam sahaja lagi akan masuk ke tahun 2010 mengikut kalendar orang putih.
Seperti biasa kita dgn azam dan harapan bagi tahun baru.Aku juga mempunyai azam yang baru walaupun hampir setiap tahun tidak menjadi.
Cuma untuk tahun 2010 ini aku:
  • nak kurangkan dosa seberapa banyak yg boleh.Tahun 2009 banyak sgt dosa yg aku buat.aku berharap sgt agar tahun baru memberi peluang aku memperbaiki diri aku menjadi jahat kepada kurang jahat, baik menjadi lebih baik.sekurang2nya adalah sedikit perubahan dalam hidup aku.Aku kena ingat sebb umur meningkat dan kita pasti akan tua.
  • nak kurangkan perasaan sensitif aku.amat sukar rsnya sebb dah semulajadi dalam diri.apapun aku cuba juga sebb sensitif ini kadang2 melemahkan aku sendiri.
  • nak kurangkan berat badan aku yg semakin hari semakin berat.Bila dh berat nk bergerak pun susah, penyakit pun senang dpt dan body pun memg xcantik la.dpt kurang sikit pun jadilah asalkan ada perubahan.
  • harap di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki. harap rezeki aku bertambah samada daripada perniagaan atau apa sahaja yang halal.bisnes ada tapi xmenjadi sampai ke hari ini.promosi mcm2 aku dh buat tapi rezeki belum ada lagi.

Selamat tinggal 2009, 2009 meninggalkan detik yang hitam dalam hidup aku.Semoga 2010 memberikan aku kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi hidup yang ini.Hidup bebas tanpa dosa.Insyallah.Aku cuba berubah walaupun sedikit.

7 comments:

GhOsToNe berkata...

slmt tahun baru!!!

'AQILAH berkata...

jadikan harini lebih baik dari semalam :)

beautiful_rose berkata...

hope thn br nieh lbh baik dr thn y sblmnye.....

aZuRa AhMaD berkata...

selamat tahun baru 2010

Ivy Metaga berkata...

happy new year to u azman...=)

Online pregnancy test berkata...

Happy New Year 2010

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas maklumat menarik