Pages

28 September 2009

Aku agak cemas sekarang

Sejak smlm smpi sekarang aku agak cemas dalam menghitung waktu.
Mengharapkan sesuatu yang paling indah dalam hidup.
Aku redha apa jua yang berlaku.
Aku berdoa agar segalanya selamat hendaknya.
Kita mampu merancang, Allah jua menentukannya.

24 September 2009

Kelakarnya gitu gitu apek aidilfitri

Aku dh lupa raya ke berapa aku tgk ctr nie,mmg ulangan dari tahun lepas tp serius cakap sampai nk pts urat perut aku ketawa, mmg btl la ketawa mmg blh hilangkan stress.
Mmg sgt kelakar dan menghiburkan.Kisah tentang apek (awok) bersama dgn kutu dan pelakon2 yg lain.
Sangat terhibur walu ada lawaknya kadang2 dah basi tp msh mantap dan menghiburkan.Bukan senang nk cari pelawak yang selamba sbb kadang2 ada lawak yg xmenjadi dan kita menontonnya dalam keadaan kebinggungan dan terlalu sukar untuk ketawa.

23 September 2009

Aku pening nak pilih camera digital yang mana satu

Aku mmg xda kamera dan cadang nk beli tapi aku sukar nk buat pilihan.
Mula2 aku tgk jenama Samsung murah je rm399 siap bagi offer lagi rm360.
Cadang duk berangan nk beli dah, tapi belum juga buat keputusan.
Kemudian aku tgk pulak jenama nikom lagi best tp harganya blh tahan rm699 dan dia bagi offer rm660.Tapi lagi canggih baterinya guna bateri mcm hp, 3kali zoom, 10 mega pixel, touch screen dan bermcm2 lagi kelebihan. Tapi yang samsung biasa sahaja dan bateri standard la jenis AA kot.Nampak la kembung sikit berbanding nikon.
Pening aku nak pilih, kemudian aku survey lagi jumpa lagi jenama yg lain iaitu Olympus.Harganya rm666 mmg cantik, banyak sgt kelebihan dan dia bagi 8gb.Siap blh connect lagi kat tv.
Aku dah pening antara harga dan jenama, antara kualiti dan harga, yang mana harus aku pertimbangkan.
Kalau kamera yang dulu mmg guna negatif dan confirm kena cuci punya sebb teruja nk tgk tapi kamera sekarang hanya menjadi simpan sahaja sbb malas nak pi cuci sbb blh tgk dalam laptop.
Kawan2 tolonglah suggest kt aku kamera mana yang sesuai berdasarkan pengalaman dan penggunaan kamera korang. tq

21 September 2009

Raya aku yang mungkin tak sama dengan orang lain

Aku ni mmg tak ramai kawan jadi kurang meriah la raya aku berbanding dgn orang lain.Tengok la sekarang dah raya kedua tapi aku masih berkesempatan menaip post yang terbaru.
Cuma waktu pagi raya paling indah dapat bersalaman dgn kedua2 ibu bapa, tahun nie best sikit sbb kaler baju raya hampir sama iaitu warna ungu.
Raya di kampung mmg seronok sbb ramai orang suka menziarahi, aku pun duk goyang kaki tunggu tetamu datang.
Kemudian aku dapat bersalaman dengan saudara mara yang aku anggap org terpenting dalam hidup aku.Seronok rasanya rs terbalas dgn pengorbanan yang mereka berikan.
Kemudian dah selesai semuanya mood aku kembali biasa, rumah aku sendiri xda sape yang nak kunjungi, kuih banyak dibeli menjadi menu aku saban hari.
Aku akur aku mmg xpandai layan tetamu dan aku nie mmg nampak serius.Kalaulah ada sape2 yg dtg aku di anggap lelaki yg bertuah sangat.Aku juga berjiwa sensitif mudah sgt terasa aku mmg xpandai melawak dan mengambil hati perasaan orang lain.Ketiika aku menaip nie pulak hujan turun amat lebat mmg confirm agaknya xda sape sudi yg datang.
Itu sbb aku rela menyambut sepenuhnya hari raya di kampung halaman aku sendiri.Hilang boring dan xda rs tertekan berbanding beraya di rumah sendiri.Bayangkan sedara mara yg rapat juga agak keberatan untuk dtg ke rumah aku sbb aku mmg xnak pelawa dan mmg aku xpandai layan tetamu, jadi berpada2lah dgn aku apa yg aku alami.

19 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya buat semua muslimin dan muslimat.
Aku minta maaf sekiranya komen aku menyinggung perasaan korang.
Aku mengucapkan berbanyak 2 terima kasih di atas keprihatinan korang melalui blog aku ini.

Salam 1 Syawal...

Suasana menjelang hari raya (wajib baca)

Maaflah dah berapa hari xupdate.
Hari ini catatan aku tentang menjelang hari raya.Setiap tempat mungkin berbeza coraknya tapi aku nak ceritakan suasana di tempat aku.
Sekarang jalan jam nak pegi mana2 pun susah kecuali menaiki motosikal.
Semua kedai blh dikatakan penuh, ada sahaja barang nk dibeli termasuklah aku.
Org mmg suka membeli dalam suasana kelam kabut menjelang raya sebb baru sekarang baru terasa suasananya.
Rumah pulak dihiasi dgn langsir baru, cadar baru, sarung kusyen baru dan segalanya baru kecuali rumah aku semuanya yang dah lama.
Orang duk sibuk membeli ayam daging , sibuk membuat ketupat lemang kecuali aku yang tidak perlu memasak sbb aku beraya di kampung.Aku cuma tlg tengok aje.
Jalan ke kampung agak sesak sbb minah dan mat dari jauh balik kampung ada yang tayang kereta baru mpv baru dan ada yg tayang peha baru.Yelah budak kampung manalah reti nk tayang peha, malu la.
Paling sesak nk beli kuih dulu mak kita duk sibuk buat kuih tapi sekarang duk order or beli aje kat pasar ramadhan.
Time mcm ni jugak la nk beli baju raya kasut raya.Dulu kedai baju lenggang teramat sangat tapi sekarang penuh sesak xtau datangnya dari mana mereka.
Ini la hikmahnya bulan ramadhan bagi mereka yg benar2 merasainya.
Tapi bagi aku biasa sahaja cuma aku amat rindukan ciuman tangan ibu bapaku dengan linangan air mata tanda keampunan aku dosa2 aku yg lalu.Aku terlalu kerdil dalam menilai perjalanan hidup yang penuh berliku ini.

Aku buta 3M

Aku buta 3M
Menanggis Mempelajari Menginsafi.
Tiada kemampuan untuk berubah.
Bimbinglah aku ke jalan kebenaran.

15 September 2009

Pertemuan dan perpisahan dalam masa 24 jam

Perkenalan yg xdisangka sama sekali rs macam dah sejiwa di hati tetapi lain pula jadinya.
Alkisah pertemuan dan perpisahan semalam adalah yg paling singkat di Malaysia atau juga di dunia.
Mulanya aku dah kata aku jenis mcm nie, dia pun kata dia xkisah dia jenis happy dia jenis kelakar dia jenis spoting, aku bagai xpercaya namun aku akui mmg ada sifat manusia begitu.
Diaturkan pertemuan yang singkat mmg ok je dia tinggi hidung mancung mmg spoting bila berbicara seolah2 mcm tiada masalah dalam hidupnya.
Tetapi keesokkan berubah suasana, mula2 masih lagi ok namun keluar ayat sms nya iaitu aku xkenal ko la n harap jgn gangu aku lagi, k...
Terkelu lidah dibuatnya dan aku pun bersetuju mmg dia xsesuai dgn jiwa aku walaupun aku amat suka suaranye yg sgt matang.Tapi ada daya aku menghalang perpisahan, rs mcm lakonan semata2.
Aku akur dan ia menjadi satu lipatan sejarah dalam hidup aku.Aku harap korang fikirlah salah aku mengenali dia atau mmg aku yg tak faham jiwanya.