Pages

16 April 2011

Urut badan yang disalahtafsirkan

Aku teringin nk urut badan, sekali sekala apa salahnya untuk membetulkan urat2 yg tersimpul rapi.Namun aku cuak juga sebb aku tgk sekarang polis kerap buat rondaan dan tangkapan di mana mereka yang bekerja di situ mengurut tempat lain selain daripada badan.Ini yg merisaukan aku walaupun niat aku baik.Silap gaya aku kena cekup nanti walaupun niat di hati hanya nk urut tapak kaki.Angan aku mungkin terpaksa ditangguhkan atau aku mencari tukang urut lelaki.Kalu blh aku nak mencari tukang urut yg betul2 profesional sebb klu salah urut nnt sakit lg teruk pulak jadinya.Korang ada idea ke?blhlah berkongsi di sini...

Maharaja lawak atau AF9?

Mana pilihan anda sekarang?Aku pilih maharaja sebb bila berlawak blh buat kita hilang stress tapi af9 auranya sudah kurang xsegairah zaman mawi dl.Ratusan ribu meminati mawi.Sekarang pun tengah live af9 tapi xda minat nk tgk walaupun aznil menjadi pengacara.Salah satunya kita dah tau dia punya thrill dan rentaknya.
Maharaja lawaknya mmg kaw2 menampilkan pelawak terkini yang cukup popular sebelum nie.Gandingan juara raja lawak seterusnya bertemu di maharaja lawak.Aku mula2 keberatan nk amik channel mustika tapi kegairahan nk menonton aksi lawak seterusnya aku buanglah rm13.00.Jom undi maharaja lawak.

31 Mac 2011

Apa pendapat anda gambar ini?

Apa pendapat anda gambar di atas?seksa or seksa?mencolok mata atau menjolok mata.Susah nak jugde sebab apa yg mereka mungkin atas keikhlasan mereka sendiri.Tetapi bg yg memerhatikannya sudah pasti ada jawapan sinis hendak diberikan.Al maklumlah pendedahan yg mendedahkan dada boleh dikatakan semua orang suka terutamanya kaum lelaki.Apapun anda komen la sendiri...

29 Mac 2011

Aku xfaham mesti kuar benda nie : Breaking News: Mom makes $379/day Working From Home

Bila aku layari blog breaking news mesti kuar dan aku xpasti sape punya kerja, cuma kerapnya ia keluar kadang2 menganggu untuk aku membaca bahan internet yang lain, korang ada idea x, blhlah syer di sini.

Nak kuruskan badan

Badan aku semakin gemuk n paling serius perut aku semakin buncit. Nak pakai seluar pun dah sendat.Apakan daya tahap pelahap aku mmg tinggi tp exercise aku buat jugak.Aku sekarang ingin memcuba produk diet di pasaran.Tengah duk usha yang mana btl2 terbaik.Korang suggest lg bagus...

23 Februari 2011

Susah betul nak maintain

Buat blog nie susah btl nk maintain dan yg paling penting tarikan orang untuk melawat blog kita.Mmg sukar sebenarnya sebb kita kena ada sesuatu di dalamnya.Maksudnya ada aura tarikan untuk dibaca oleh orang lain.Bukan senang sebenarnya dan banyak faktor sebenarnya.Ada yang jadikan blog untuk ceritakan hal peribadinya, ada jadikan blog untuk luahan dirinya, ada jadikan blog untuk suka2 sahaja ada yang untuk bisness dan ada juga untuk ceritakan tentang sesuatu perkara.Tapi ini bukan mudah sebenarnya dan ia memerlukan usaha yang gigih untuk bergiat secara aktif dalam blog.Apapun jadilah diri anda sendiri walaupun kekuatannya tidak seberapa.

21 Februari 2011

Cermin diri dulu

Hidup biar sederhana dan yg pasti jgn lupa diri.Jangan seronok mengumpat orang sedangkan diri anda lebih teruk daripada orang yang anda kutuk.Aku pernah melaluinya dan pernag mengalami pahitnya.Paling best orang tu duk kecoh2 dalam facebook menceritakan keadaan akan diriku.Hebatnya luar dalam semua dia tahu sedangkan aku xpernah berkongsi masalah dgnnya.Orangnya nyata nampak alim dan terharunya begitu banyak video klik keinsafan dalam facebooknya.Tetapi sebaliknya orang yang sama memporak perandakan keadaan dan hingga merasakan insan seperti adalah paling mulia sekali.Sedangkan aku xpernah berdendam dgnnya apatah berbicara ttg soal peribadi tetapi malangnya aku menjadi mangsa keadaan.Kini dia nyata musuh aku bukan tiada niat untuk aku memohon maaf tetapi dia sendiri mulakan durjana ini.Jadi sahihnya klu aku sendiri yang mohon bacullah jawabnya tambahan lg dia konon tidak memaafkan aku.Jadi kesimpulannya bila berkawan jgnlah rapat dan aku perkara yang kita xleh kongsikan bersama.Mungkin dia kawan baik kita pada hari ini tidak mustahil dia mampu jadi musuh yang terbaik selepas ini.Berhati2lah...

19 Februari 2011

Alahai Raja Lawak


Sudah banyak episod aku tonton termasuklah mlm nie, cuma aku susah nk komen nk kata xlawak nanti ada orang marah nak kata lawak kadang2 aku sendiri pun susah nk gelak.Tapi aku rs pihak juri mungkin blh sokong aku sebab aku tgk ada peserta yang gagal membuat orang ketawa , isinya entah ke mana akhirnya hambar untuk episod yang seterusnya.
Aku komen bukanlah aku pandai berlawak apatah lagi membuat lawak cuma jujur aku katakan lawak itu kadang2 datang dgn sendirnya, kadang2 ia datang dengan sepontan , apapun isinya kena ada dan olahannya dapat dihasilkan dengan baik.Aku tergelak tgk man buat lawak ttg retro.Dia meniru aksi hail amir dalam mengacara sesuatu program.Bagi aku itu adalah lawak dgn gaya dan memek muka jelas aku berpuas hati.Begitu juga dgn nazmi lawak retronya juga menjadi.Susunan cerita yang menarik dan sekurangnya ada airmata aku mengalir di pipi.Peserta lain malas aku nk komen sgt.Ada juga peserta yang suka buat lawak double meaning, wlupun ia datang seikhlas hati bukan lucah namun sudah masuk ke minggu ini lawak lucah itu sudah kerap kedengaran.Paling menakjubkan peserta itu mendapat undian yang paling tinggi minggu ini.
Apapun diharapkan adalah perubahan dan kelakarnya pada minggu yang seterusnya dan diharapkan juga para juri memberi komen yang agak pedas kepada peserta yang kurang menonjol lgsg.Mujurlah juga johan dan zizan menjadi penyelamat di setiap episod.Mungkin ramai yang bersetuju kebanyakkan penonton ingin melihat raja lawak semata2 menunggu lawak2 hebat daripada johan dan zizan.Setakat ini aku sangat berpuas hati lawak2 johan dan zizan tidak pernah mengecewakan.Diakui mereka juga ada peserta2 raja lawak yang terdahulu.
Tak mengapalah mungkin peserta2 ini masih di peringkat percubaan, namun bakat yang harus ditonjolkan sebaik mungkin.Lihat sahaja juara raja lawak yang terdahulunya ada juga yg agak susah nak cari makan.Jadi buatlah yang terbaik kerana lawak adalah pengubat jiwa lara...