Pages

30 Jun 2009

Dihalau dengan cara 'terhormat'

Dulu aku kelakar tgk ada ruang untuk bergaduh sesama sendiri dlm blog, aku heran mcmana blh terasa begitu sekali.
Kini aku mengalaminya,aku dihalau olh blogger wanita yang mengakui dirinya agak kecewa kritikan aku.Aku dengan selamba mengatakan blognya lembab terhegeh2.Mmg diakui bila nk bukak blog dia warna hitam dgn loadingnya yang agk lama.
Tapi klu dia fire aku blog aku ikut suka aku la, hahaha aku gagal jgk menepisnya.Tapi alangkah malangnya kerana blog aku lebih relaks dan selamba.
Kemudian aku komen dia badan dia berisi (gemuk air kot) dan bermulalah dia entry post yang cukup menawan org lain memberi komen padanya.
Namun skrg aku dihalau dengan cara terhormat.Aku menuruti kehendaknya demi kebaikan bersama.Namun kalu kamu bc blog aku ramai yg kritik aku secara terbuka.Tapi aku tau jawapan kamu sekiranya aku menanyakan soalan yg lebih tajam untuk kamu.
My sweet escape aku delete my link list now.

Semalam yang hangat

Smlm yang penuh tertekan dan menyeksakan.Pg bank waktu ptg nk renew insurans kereta punyalh komputer dia buat hal.Nak bukak sampai 5 minit.
Kemudian nk buat byran kena tunggu giliran pulak.Geram sungguh. Terpaksa amik masa 10 minit.
Kemudian pegi pej pos amik no dulu sbb masa gilirannya masih lama lg.Pg pulak renew insurans motor.Bayangkan mamat yg duk handle insuran2 dgn gaya yang relakss sgt buat kerja slow sgt.
Dahla pej pos tunggu giliran tetapi mamat nie kerja slow sgt.Aku dah la nk kejar masa.
Mamat 2 pun dah siap print tapi salah taip pulak lagi berganda panas aku.Aku pun byr la duit dgn perasaan geram dan bagitau kt dia insurans lain kali baru amik.Dia pulak xmintak no aku sesungguhnya dpt duit itu hang punya pasal la.
Pg pej pos tunggu lagi giliran dan sampai 5.30 baru setle semuanya.Tapi hati begitu panas membara.
Smlm hari yg sungguh menduga aku sbb 5.30 aku ada games, sbb klu lewat confirm aku kena kutuk dgn kawan2.
Inilah hakikatnya bila berkaitan dgn orang lain.

28 Jun 2009

Menanti saat kemanisan semula dalam hidup

Sekarang aku menanti saat kemanisan semula dalam hidup.
Aku sudah hilang kemanisannya sejak beberapa minggu yang lalu.
Aku terlalu merinduinya.
Anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya.
Kini sudah hampir hilang dalam kehidupan.
Tiada tanda2 aku akan mencapai atau mengalaminya semula.

Aku sebenarnya terlalu rindukan organ deria bau aku kembali pulih.
Umpama dpt mencium bau kentot adalah anugerah yang sgt bernilai dalam hidup.
Bau durian.
Bau badan.
Bau bauan.
Aku amat rindukan saat saat ini dan biarlah berkekalan di dalam kehidupan ini.

Bekam lintah menyembuhkan?

Smlm pg infoternak.Ketika sibuk meronda, nampak papan tanda tertulis bekam lintah.
Bekam lintah baik untuk kesihatan memulihkan penyakit resdung gout dan sbgnya.
Aku pun cuba.2 ekor lintah isap darah di pipi berdekatan dgn hidung.Pada mulanya agak sakit seperti digigit semut kemudian agak stabil untuk seterusnya.Memakan masa hampir 1 jam lebih lintah menghisap darah.Semakin lama lintah smkin gemuk.Lintah tersebut mengeluarkan cecair seolah 2 ingin memecah darah aku.
Menurut tokey lintah kegunaan lintah adalah untuk menghisap darah kotor jadi secara langsung menghilang segala mcm penyakit yang ada pada tubuh badan kita.
Tapi aku heran brother sorang nie dahla usaha bagi lintah isap darah tapi dia sempat merokok masa itu.
Masa berjalan namun lintah xjugak gugur dari muka aku.Akhirnya tokey tersebut yang mencabut lintah tersebut mengunakan air.Tetapi apabila kita memaksa lintah itu cabut darah asyik keluar sahaja.Bayangkan keesokkan harinya pipi aku masih berdarah kesan gigitan manja lintah tadi.
Cuma aku nak berkongsi pendapat adakah ada fakta yang benar lintah digunakan untuk mengigit atau menghisap darah yang kotor.Tapi aku lihat sampai skrg aku masih ada resdung.

27 Jun 2009

Blog kamu dikritik

Inilah blog.Jgn terasa dan kecewa.
Komen anda adakalanya dihargai
adakalanya dibenci.
Jangan terasa dan kecewa.
Kerana suka duka silih berganti.
Sekiranya ingin imej dijaga.
Jangan bagi org lain komen.
Aku tau mmg pedas
Lebih pedas dari cili.
Tapi makanlah berhati2
sebb yang pedas paling disukai.
Aku bukan sengaja begitu.
Sebb blog aku sekadar
lebih bermakna dan bererti.

26 Jun 2009

Semangat yang tinggi pencetus kemenangan

Smlm aku main badminton dgn rakan2.
Penuh azam dan semangat.
Aku menang semua perlawanan.

Aku semangat dalam setiap perlawanan.
Aku menang tanpa diduga.
Badan aku ringan kerana aku pakai bekung.
Memang terasa badan aku mampu menerima segala pukulan.

Aku harap menang lagi.
Apa yang penting semangat dan kesihatan aku terjaga.
Menang kalah adat pertandingan.
Yang penting ada semangat melawan.
Pasti badminton sukan no 1 masa kini.

23 Jun 2009

Aku buntu prepaid or postpaid

Aku buntu sama ada prepaid or postpaid menjadi pilihan aku.
Setakat ini aku guna prepaid tapi aku kerap call dan sms.
Kadang2 sekejap call kredit dah habis.

Aku buntu kalau kalau line aku malas nak terikat.
Setakat ini aku guna maxis sebb rmi kawan2 guna maxis.
Aku rs postpaid lagi jimat tapi aku ada guna mymode prepaid.
Kalau aku daftar no ini habislah mymode prepaid aku ini.

Tapi aku xkisah sgt sbb no yg aku guna xlawa sgt.
Tapi aku sayang nak buang no ini.
Lagipun rmi kawan yang dah tahu no aku.
Kalau aku tukar bukan snng aku nak maklumkan semua kawan2 aku.

Tapi aku teringin sgt nk guna youth club.
Mmg menjimatkan, bayangkan 12 sen seminit.
Tapi hanya untuk 4 tahun je.
Tapi puas jugak menggunakannya.
Tapi nanti nak tukar no lain la pulak.

Aku buntu dalam membuat pilihan.

22 Jun 2009

'Haramkan' laksa

Aku suka laksa.
Laksa mmg sedap.
Laksa pilihan utama.
Kadang boleh tambah 2 pinggan.
Ada laksa buyung yang dimasak dalam buyung.
Ada laksa telur yang di tambah telur goreng.
Ada laksa belut.

Namun semuanya aku suka.
Kini mungkin tidak lagi.
Aku kena 'haramkan' laksa.
Sebabnya aku ada masalah resdung.

Aku kini berpantang.
Dulu dah ok tapi aku xpernah serik.
Inilah nafsu yang membuatkan aku lesu.

Maaf post ini kurang menarik kerana betapa sedihnya aku kerana aku telah berpantang dengan makanan.