Pages

30 Oktober 2009

Adik pergi ke Sarawak

Adik dapat bekerja di Sarawak selama 2 or 3 hari.
Seronoknya aku cuma tumpang gembira.
Orang Sarawak bagitau kat aku apa makanan menarik di sana supaya senang aku nak suruh adik aku belikan.
Seumur hidup aku tak pernah naik kapal terbang.
Aku dengar pengalaman orang sahaja.
Bukan setakat naiki kapal terbang naik keretapi laju pun belum lagi.
Kalaulah aku di Kuala Lumpur aku pasti digelar anak kampung yang original.

27 Oktober 2009

aku ingin pernafasan seperti sedia kala

Post yang kerap jugak aku ulang berdasarkan pengalaman hidup aku sebelum ini kini kembali menghantui diri.
Aku bernafas ikut mulut hampir 80%.Paling mengecewakan ketika hendak tidur apabila aku bernafas mengikut mulut kerana hidung aku sumbat.
Aku seringkali mengucap kerana kadang2 aku amat sukar untuk bernafas.
Tidur aku tak seenak dulu.
Aku harap kembali normal seperti insan lain

26 Oktober 2009

Adakah engkau fikir dengan apa yang aku fikir

Aku fikir engkau memahami apa yang aku alami, tapi aku tak fikir engkau peduli dengan apa yang aku alami.
Aku tak kisah aku tak peduli cuma aku terpaksa menjalani kehidupan dengan kesanggupan yang agak perit sekali.
Aku faham kau tak nak tegur aku dan aku jugak tak heran kalau kau tak ambil berat tentang aku.
Aku juga faham rancangan di tv atau sosial yang lain lebih kau selami daripada aku insan yang tak mungkin berguna kepada engkau di saat ini.
Engkau nampak aku mudah engkau nampak aku macam hati batu tapi diriku merayu kerana syurga menjadi idaman ku.
Aku dah makan aku dah minum engkau ada peduli?
Aku bekerja aku berusaha ada engkau peduli?
Aku xkisah cuma aku ada hati yang perlu aku peduli dan sayangi.
Aku teruskan hidup seperti biasa cuma hak aku hak aku jugaklah bukan hak engkau walaupun engkau ingin jugak hak engkau.
Jiwa ditarik penuh emosi aku lalui dengan penuh hormati sekali.
Tidak mengapa kerana aku bukanlah manusia sempurna di hati mereka, cuma jangan cabar aku kalau diriku diperkotak katik sepenuhnya.

25 Oktober 2009

Jersi merah menghangatkan suasana malam ini

Ayuh penyokong setia red devil dan Liverpool menyaksikan pertarungan epik yang menjanjikan kepuasaan untuk semua peminat fanatiknya termasuklah aku.
Jangan lupa sediakan kacang tanah coca cola dan ajak kawan ramai2 tonton siaran ini di ESPN jam 9.55 malam.Kalau xpakai astro anda boleh tidur sekarang heheh.
Berbatov yang ala2 slow motion diharap menjadi hari ini, nani yang kerap sgt tunjuk skill tersendiri cubalah senyum sikit pasing bola kat kawan.
Diharap Manchester United mampu gegar jaringkan gol seberapa banyak yang boleh dapat satu pun jadilah walaupun baju anda kureng menjadi pojaan hatiku.
Apapun aku adalah penyokong setia MU sejak era David Beckham dan Eric Cantona lagi.

Perhatian untuk penternak ikan haruan

Sememangnya ikan ini kurang digemari namun disebaliknya ikan ini mengandungi khasiat yang tersendiri terutamanya wanita yang lepas bersalin.Menurut pakar perubatan ikan ini menyembuhkan luka2 kecil terutamanya yang lepas bersalin secara pembedahan.Ia dapat memulihkan luka2 dalaman dengan cepat dan baik.Jadi memang banyak khasiatnya.
Tetapi untuk mendapatkan ikan ini agak sukar kerana tak ramai yang membela atau menternak ikan ini secara komersial.Kita mungkin sinonim dengan ternakan lintah,cacing dan sebagainya namun ikan haruan ini mungkin agak sukar untuk menternaknya.
Jadi mana2 kawan yang yang ada menternak ikan ini sila maklumkan kepada saya kerana saya berminat dalam aktiviti ini.

23 Oktober 2009

Siapa nak temankan aku

Aku tgh boring la , bila cuti jer boring xtau nk buat pe, smlm dh letih basuh kain cadang ari ini nak enjoy la sikit tp xda kawan nk ajak kuar la.
Sape sudi temankan aku skrg, serius cakap aku mmg xda teman istimewa kalu ada ada pun dia dah lari aku mmg nk cari kawan skrg.

22 Oktober 2009

Boring sungguh basuh kain

Salam semua, maafkan aku kerana lama xlog in blog.Apapun catatan aku mulakan dengan cerita yang membosankan.
Aku malas basuh kain , dah la spin aku rosak jenuh la nk perah kain. Malas sgt la kemudian nak sidai pulak, adoi rasa nk jer p anta kat dobi tapi caj mahal pulak, bayangkan aku amik masa yang lama semata 2 nk proses kain yang dibasuh tadi.Banyak kerja tergendala semata2 nak basuh kain, sampai nk post blog pun xsempat, heheh.
Begitulah hakikatnya aku bayangkan kaum wanita yang xpernah jemu membasuh kain menyediakan segala2nya untuk suaminya.

17 Oktober 2009

Perhatian bagi awek yang masih single


Awek kat atas dah tinggalkan aku,
dia kata aku tak sabar orangnya,
ada awek lain yang boleh sabar dengan aku?