Pages

11 Ogos 2009

Geram dan pelik akhirnya aku selamba

Aku geram la mamat ni rapat ngan aku
pape hal mintak tlg aku
ajak aku p rumah lagi
emergency call aku
terharu katanya akulah harapan dia

Peliknya kadang2 dia
berselisih bahu pun xnk tegur
konon mcm hebat jer
Aku tegur nk jwb hoi pun payah
nk senyum mgkn kena byr kot

Pelik la aku xfhm
kadang2 nampak mcm dengki je kt aku
aku dh la xhandsome kawan rpt pun xda
konon kamulah kawan aku
tapi kamu pelik
aku geram
dan akhirnya
aku mengalah...

Kerja aku yang tidak dipedulikan

Hari ni kerja aku cukup hebat, rs xmenang tangan dibuatnya.Rs tekanan yg amat sangat tapi ingatlah aku bukan insan yg perfect jgn mengharapkan keajaiban daripada aku.
Lagi satu jangan letak semua kerja atas bahu aku korang berdikari lah jugak.Takkan bateri dah kong suruh aku jugak pi ganti bateri yang baru.
Aku faham dan prinsip hidup sebolehnya2 xnak bebankan masalah dgn org lain yg juga ada masalah, benda kecik pun nak aku uruskan jugak.
Kadang2 sekrg sush nk mintak tolong org lain yg memg xda kena mengena dgn dirinya tapi aku akurlah jawatan aku nampak hebat namun xda sape pun yg peduli dan ambil kisah.
Ada juga pekerja yg mampu membaca akbar dari pagi hingga ke tengah hari dgn kaki bersilang.
Aku yg berjalan kaki ini membawa perut yg bun*** nie berjalan xhenti2 melunaskan tanggungjawab yg tiada siapa pun peduli.

10 Ogos 2009

Aku sering diuji

Skrg ni ramai sgt yg pandai berlakon, konon mcm benda yg berlaku itu seolh2 tidak mengetahuinya tetapi dia sengaja nk tgk reaksi kita mcm mana.
Bila ditanya kenapa buat sy mcm nie jawapannya ialah saja nk tgk apa reaksi dan pandangan kita.
Macam mana ni nk menilai kejujuran seseorang?
Akhirnya mengambil sikap untuk melepaskan diri.

06 Ogos 2009

Hai kawan kawan

Hai kawan2 apa khabar semua, cewah mcm cerita upin dan ipin yg sungguh best tu kan, btl2...
Aku jealous tgk nada dering skrg siap upin dan ipin berkata2 lagi2.
Jadi aku tidak teragak2 mencarinya di dalam internet.
Buktinya ini alamat nya...topotapo
so korang tunggu apa lagi...serang...

Ceramah agama untuk semua

Agak agak korang bilakah kali terakhir korang dgr ceramah agama secara total samada media eletronik atau secara live?
Bila dibilang dgn jari kot.Cewah, aku bukan nk tunjuk baik cuma aku nk bgtau aku smlm dgr ceramah agama di dewan.Tajuk yg paling best tentang solat dan kasih kepada ibu bapa.
Hampir menitis airmata dgn kata2 yang cukup berkesan di jiwa.
Maklumlah hati ini kadang2 dh banyak titik titik hitam jadi muhasabah diri untuk dibersihkan kembali.Rasa gerun yg teramat betapa kesan dan akibatnya apabila kita meninggalkan solat.

05 Ogos 2009

Minggu yang sibuk

Minggu yg agak sibuk blh pecah panggung dibuatnya.Macam2 hal kena diuruskan segera.
Apapun aku mesti berblog, sebb berblog untuk semua.

03 Ogos 2009

Aku cadang nak pinjam duit

Aku cdg nk pinjam duit, tapi yg lecehnya bertambah lg hutang aku.
Aku cadang nk pinjam duit nk tutup lubang yg satu lagi, tapi hutang aku bertmbah lg.
Tapi aku nk cari sumber duit lain mmg xda, nk harapkan bisnes mmg kaburlah jawabnya.
Nak harapkan aku kena cabutan bertuah ssp bsn, mungkin bermimpi di siang hari.
Nak pinjam duit mak bapak pasti malulah la jugak.

Tujuan aku nk pinjam duit supaya aku selesa sikit bila berlaku kecemasan.
Ini bayangkan nk tunggu duit gaji manalah cukup, mcm jugalah aku nk pakai kereta baru,
nk pakai sedap mesti kena hutanglah jawabnya.
Pening kepala dibuatnya, bukan aku xmampu nk pinjam tapi aku rs agak berat nk berhutang.
Tapi kalau hidup xsanggup nk berhutang mampukah aku gadaikan cash aku.

Tiada jawapan tiada kesimpulan yg baik.
Aku ikut shj arus yg ada.

Berguna dibenci tak berguna dikeji

Dulu aku bagai hero penyelamat dunia.
Aku bagai disanjung, aku adalah segalanya.

Tapi bila tak berguna lagi,
aku penyebab segalanya porak peranda.
Akulah pembawa virus dlm hdp kamu.

Dunia dunia,
kadang2 tidak berperikemanusiaan.
Kesimpulan yg blh aku buat
kita perlu menyelamat diri kita terlebih dulu
tanpa memikirkan apa jua keadaan orang lain.