Pages

08 Julai 2009

Aku ditipu secara lembut dan penuh muslihat

Hari yg malang bg aku, aku tunggu mber yg kerja tmpt aku dulu, dia hutang aku rm300 dan arini dia janji nak byr, hutang 2 dh lama 2 bulan lepas.
Mmg la xbyk tapi duit aku aku bukan kerja untuk dia aku kerja untuk diri aku.Aku pun bukan org sng mcm org lain.
Dia janji nk jumpa 815 mlm, aku tunggu spt yg dijanjikan.Sampai masanya aku cll tapi dia xangkat jugak. Sampai satu jam aku tunggu , sms byk kali call xterkira la, tapi dia masih jgk xangkat.
Akhirnya dia pun angkat fon, blh dia ckp dia xkenal aku padahal siang td aku dah jenuh sembang dgn dia dan dia sendiri yg datang nak bayar kat aku. Kemudian aku dh rs pelik sgt knp dia sanggup buat aku mcm nie, dah la duit minyak dia aku jugak kena support, ini blh dia ckp dia xkenal aku.
Hati dah panas bygkan satu jam aku tunggu dah dia pulak buat hal. Last 2 aku xtahan aku maki dia ckp2 dan akhirnya dia bagitau kt aku yg dia sibuk malam nie dan tiada ucapan kemaafan daripada dia secara langsung.
Agak2 apakah perkataan yang sesuai untuk aku berikan kepadanya untuk kali ini.Korang mesti fhm kan.Mmg puas hati apa yang berlaku, bygkan aku percaya setiap kata2nya pada aku.
Sampai satu tahap aku nk buat report polis tapi tak termampu untuk aku lakukan.
Nk tanya mxs alamat confirm dia orang xbg, nk mintak alamat kat bank aku pun yakin dia org xbg.Akhirnya aku jgk yg merana diri.Mmg terkena aku kali ini.Aku membayangkan rm300 bakal lesap akhirnya.Bayangkan aku terpaksa batalkan agenda yg lain semata2 nak jumpa dia hari ini.Gila aku dibuatnya.
Aku harap korang janganlah termakan budi dgn apa yg aku alami.Kawan tu kawan la tapi biarlah berpada2.

06 Julai 2009

Rehat sebelum sibuk

Skrg nie aku agak relaks dan susah aku nak fkr kerja apa yang aku kena buat.
Banyak masa aku bazirkan tapi kadang2 aku anggap bermanfaat bagi aku.
Sepatutnya waktu yg lapang nie aku buat kerja yang mana perlu dulu.
Tapi aku relaks juga dan aku akui kerja aku banyak sebenarnya, tapi belum lagi dalam kategori wajib.

05 Julai 2009

Mamat motor yang bikin aku panas

Geram sungguh mamat motor keluar dari simpang xtgk kiri dan kanan mmg hampir aku melanggarnya, rs nak kuar kereta aku nk sound dia sekuat yg mungkin.

Aku dah la jalan aku yg dia kuar simpang xreti bahasa untuk berhenti , yg bikin aku panas dia blh naik angin dgn aku dgn mulut nya terkumat kamit mcm nak maki aku.

Sakit hati btl dah lalu aku tgk dia masih memandangkan aku dari jauh.Panas sungguh rsnya hati, aku mengaku aku memg tdk bersalah dan aku akur aku wajar langgar dia lebih baik dari aku tidak melanggar dia.

Tapi aku cuma menjaga hati org yg ada di dalam kereta aku dan kalau diikutkan hati mmg bertumbuk pun aku sanggup.

Kisah di jalan raya nie dh byk kerenah aku alami.Aku xfhm sampai skrg aku di peringkat yg masih ada kesabarn di jalan raya.
Aku harap sgt budaya masyarakat kita masih ada tolenrasi dan kalau buat silap mengaku ajelah tunjukkan kita masyarakat yg prihatin.

Karaoke yang menghiburkan

Smlm pegi karaoke, first time rs agak pelik dan gementar pada peringkat awal tapi cool dan menyeronokan.
Test suara sedap ada tidak menjadi atau tidak bergantung kepada jenis lagu.Tapi biasanya muzik karaoke lebih sinonim kepada lagu2 lama dan amat jarang ada vcd lagu baru.
Dengan econ yang menyejukkan dan minuman yang menghalalkan dengan penuh perasaan mendendangkan lagu2 yang menjadi pilihan hati.
Aku cenderung membawa lagu2 yang agak mirip dgn lagu 2 yg aku minati.Korang mesti dah kerap pergi kan, tapi aku yg baru kali pertama sekali sekala melepaskan tekanan memadai untuk mengulanginya dalam sebulan sekali.Ikut budjet sebb nak berkaraoke sekarang agak mahal disebabkan tmpt agak eksklusif.

03 Julai 2009

Bernafas ikut mulut

Pernah korang bernafas ikut mulut ketika tidur?aku mengalaminya dan keperitan amat berat ditanggung.Aku mengalaminya hampir setiap hari dan tiada kesan2 untuk baik.

Simpatilah dgn aku atau aku layak menerima hukuman tuhan.Sedihnya hidup ini umpama aku mengharapkan keajaiban dalam kehidupan.

02 Julai 2009

Mudah terasa dan tersinggung

Kadang2 aku xsuka ditegur dan aku mmg mudah terasa.
Tambahan aku tgh stress dan masa tu kalau dia buat lawak mmg aku penampar je.

Tapi hidup nie kalau mudah terasa mmg agak payah bergaul dgn orang.
Tapi hanya dalam situasi yg menentukan tahap kesabaran kita.

Lagi satu pandai tunjuk ajar aku padahal dia pun xsehebat mana pun.
Harap nada je tinggi tp tahap kepandaiannya masih sama.

Aku juga mengharapkan orang mempertahankan dalam keadaan yang disukai.
Tetapi malangnya aku juga dicerca sedemikian rupa.

Inilah adat dunia...sehebat mana pun kita , kita masih ada jua kelemahan.

Komplot untuk mengenakan aku

Sabarnya hati dgn karenah yg berlaku sepanjang minggu ini.Aku tlh terima sms yg aku xkenali.Aku puas brtanya namun dia masih nk menyembunyikan identitinya.
Aku resah gelisah mencri siapa sebenarnya perempuan tersebut.Sampai bila pun azam aku untuk mencarinya.
Alkisah aku hubungi dia dan dia melayan dgn baik.Namun dia masih enggan mendedahkan identitinya.Aku mengesyaki seseorg namun dia sangup bersumpah yg dia xbuat.
Aku amat heran dan pelik.Aku mencari lagi dan akhirnya dia bgtau tlg jgn cari perempuan td.Aku heran dia btl2 menghalang untuk aku mencari perempuan td.
Lama2 kelamaan dia membongkar rahsia yg dia berkomplot dgn perempuan td untuk mengenakan aku.Bygkan aku hampir tersasar sasaran dgn org lain yg aku syaki.Bygkan hampir satu pej tau aku hebahkan masalah aku ini.
Aku gasak dia secukup rs kerana aku hampir buat tindakan yg drastik.Aku xfhm motif dia kerana alasan untuk mengenakan aku tidak cukup bukti.
Mulai skrg aku xpercaya pd nya lagi.Kadang2 istilah janji hanya luahan saja dan blh dipermainkan.Maruah diri kadang2 blh diperlecehkan.Tiada kira samada pangkat atau jantina.
Dia dgn tersengeh2 seolh2 tidak rs bersalah sedikit pun di atas perbuatannya.


Menjadi 'pujaan' ramai

Kadang2 manusia diuji dgn pelbagai ujian.
Adakalanya indah dan adakalanya pahit.
Aku telah diangkat menjadi handsome atas rekaan manusia sendiri.
Mereka telah membuatkan aku dgn gelaran handsome dan menjadi rebutan ramai.
Aku gagal mensyakinya sejak awal dan kini barulah ku sedar aku telah diperbudak2an.

Kini aku cuba sedaya uapaya dgn wajah yg baru.
Baru dari segi isi di dalamnya.
Aku akur kemampuan aku tidaklah sehebat mana.
Namun inilah ujian yang harus diterima.
Kehidupan harus diteruskan.