Pages

31 Mei 2009

Kerja secara paksa

2 kerja hanya untuk dua orang, tapi malangnya 3 orang diminta mendapatkan 2 kerja secara paksaan.Sakitnya hati akhirnya aku juga yang dipilih.Kadang2 dalam realiti kehidupan xkenal sahabat baik mahupun tidak asalkan dia berada di tempat yang selamat.

Aku yang kontang dengan idea dan tiada alasan yang kukuh hanya terpaksa menurut sahaja katanya.Kadang2 manusia tidak mementingkan erti belas kasihan apatah lagi membantu dalam menghadapi situasi tertentu.

Akhirnya aku mengalah.

30 Mei 2009

Musim kenduri kendara

Tibalah musim kenduri kendara, dua pasangan sejoli disatukan bak mekar di taman yang dihalalkan.

Persiapan dari a sampai z.Ke sana ke sini mencari sesuatu untuk diperlengkapkan. Yang amik kesempatan lari dari kerja pun ada.Budak2 paling suka, menyambut tetamu dari jauh dan dekat.

Khemah didirikan, masakan sudah direncanakan, rm4000 segalanya lengkap pakej, tanpa mengunakan kudrat di tangan.

Lagu pengantin cukup popular, downl0ad xhenti2 bagai nak rak.Dj duk minum banyak kali untuk test suara paling sedap didengari.

Kutuk mengutuk senda menyenda, suruh menyuruh amat jelas kedengaran, sapa paling berpengaruh, berpolitik, berduit, bermulut murai paling menonjol dalam majlis itu.

Pelamin disiapkan, make up dari 1jam menjadi 2jam.Bagai pinang di belah dua, bagai merpati 2 sejoli, itulah dinamakan raja sehari.

Namun apakah peranan aku di majlis kenduri ini.hehehe...

28 Mei 2009

Resdung dan selsema apa bezanya

Aku selsema sudah lama tapi susah sgt nak pulih.Dah masuk 2 minggu tapi xmujarab juga ubat yang aku makan.

Ramai senda aku krana aku ada virus *******.Tapi aku heran xda pun member aku yang kena.Aku jadi rungsing bila nak tidur hidung aku sumbat.

Aku resdung agaknya.Aku ada jugak memcuba pelbagai ubat resdung tapi kurang berkesan la.Manalah kot korang ada idea atau nak kongsi pengalaman dengan aku pelbagai ubat tradisional bagi penyakit resdung.

Jadi aku rumuskan selsema resdung.Lagi satu nak bagitau aku xleh tgk skrin yang cahaya silau umpama laptop atau hp, kalau lama pasti berair.

Aduhai berat sungguh dugaan ini.

Sibuk teramat sangat

Minggu ini aku sibuk teramat sangat . Dua proposal aku kena siapkan untuk esok.Tapi semuanya dah siap cuma untuk memurnikan aje.Terima kasih kepada para pengunjung yang tidak putus-putus bertanyakan kepada aku menghilang ( betul ke fakta nie hehehe ) dan terima kerana ikut blog aku.

25 Mei 2009

Cuaca panas yang mencabar mental dan fizikal

Cuaca sekarang sangat panas.Mental jadi down sebb mempengaruhi fizikal secara semulajadi.

Penyakit agak ketara sekarang tapi bukan penyakit untuk orang2 kaya.
Demam , sakit tekak , batuk , selsema dan macam aku selsema sekarang.

Kepala berdenyut-denyut sebab memikirkan kerja yang harus dilakukan.
Pagi2 nak mandi bermandikan peluh di badan.
Kipas dipasang kuat umpama menadah panas untuk badan.

Econ tidak dipasang kerana sesak di dada.
Tidur antara lena dan terjaga.
Emosi terganggu sehingga tidak ruang untuk beriadah.

Pokok2 hampir nak mati walaupun disiram air setiap hari.
Ais pantang diminum umpama menjemput sakit tekak yang menahan sesak di kerongkong.
Namun aku gagal mengelakkannya.

Nak marah pada siapa.Sesungguhnya kita hamba kerdil di sisi tuhan.
Tuhan menguji manusia supaya banyak bersabar.
Berdoalah sepanjang hari agar hidup kita dirahmati.

Komen tidak disahkan oleh Tuan Punya Blog

Aku bengang pun ada tapi tahap kesabaran aku masih ada.Aku bukannya ramai pelawat pun dan aku sekali sekala suka memberi komen di blog yang lain.

Dulu aku xpercaya komen aku tidak disahkan oleh tuan punya blog, tapi bila aku amati aku tengok mmg tidak disahkan oleh tuan punya blog.

Aku malas nak bgtau blog yang mana tapi aku sedar lah diri bahawa blog aku tidak sehebat dia pun.

Aku faham blog dia ramai pengunjung jadi setakat kutu rayau cam aku nak komen baik xpayah nak disahkan.Hakikatnya aku tak mengutuk pun cuma aku bertanya kamu dari Korea ke.

Aku pasti banyak lagi komen aku di blog oleh blogger yang lain.Tgk blog aku sendiri tiada had tiada batasan.Tetapi sekurang2nya kamu menyedarkan aku bahawa apa yang kita jangkakan tak sepertinya berlaku jua akhirnya.

Aku tidak anti kamu wahai ********, blog kamu masih dalam list aku.

23 Mei 2009

10 sen yang berharga

Aku pergi pasar malam keseorangan.Duit dalam bank dah tinggal 7.50 sen.Aku hanya tinggal duit di tangan RM3.90.Aku beli nasi dagang RM3.00 baki tinggal 90 sen.

Aku tgk air limau ais yg cukup menyegarkan.Aku rs dahaga yg teramat sgt.Harganya RM1.00.Aku kembali ke kereta aku mencari lagi 10 sen.Puas aku mencari di seluruh kereta aku xjumpa juga 10 sen.Aku berpeluh , terdetik di hati ku sebelum nie aku memandang sepi wang 10 sen.Terdetik dihatiku beginilah agaknya pencarian orang miskin walau nilai 10 sen adalah sangat berharga padanya.

Aku mengalah, aku kembali semula tempat menjual air tadi, aku mintak RmO.50 sen cukup la, tapi dia dgn gaya hinanya kata tak boleh.Aku kecewa.

Aku kembali ke kereta Vios aku, dan mencari lagi, rezeki aku jumpalah wang 10 sen di celah poket pintu kereta.

Syukur tidak terhingga sehingga aku mengingatkan aku kepada golongan fakir miskin yang hidup serba kemiskinan.

Murah rezeki

Peristiwa ini sudah lama berlaku dalam hidup aku.

Apabila aku makan di kedai, kucing akan datang dekat dengan kaki aku.

Seolah2 meminta makanan dari aku.

Aku cuba halau tapi terus menghampiri aku.

Sedangkan orang lain pun ada makan namun diriku juga menjadi pilihan.

Bukan yang pertama kedua dan ketiga hampir berkali2 situasi ini berlaku.

Adakah murah rezeki ?

Apakah hikmah di sebaliknya.