Pages

18 Julai 2009

Aku yang terlalu sukar untuk berubah


Aku terlalu sukar untuk berubah, dah mcm2 cara untuk aku buat tapi xmenjadi akhirnya ikt law aku sendiri.
Kawan2 aku mohon simpati sedarlah aku dari ruang kemurungan aku ini.
Aku masih dgn cara yang sama dah lama dah perkara ini xleh dibuang dlm hidup aku.
Kadang2 aku xpasti apa yg aku cari selama ini.
Kawan2 sedarkan aku dari lamunan kerana aku xpernah berubah dari apa yang aku harapkan.

Aku noktah dulu kisah aku tentang hal ini di sini.Bukannya apa aku sedang merangkak kehausan mencari kemurnian keaslian hidup aku mcm dulu.
Amat sukar untuk dijumpai namun aku terus menongkah arus menghadapi kegetiran hidup ini.

Adakah kehidupan kita semudah click?


Korang ada tgk ke cerita click malam td.Movie tu dah lama sebenarnya tahun 2006.
Pelakon utamanya ialah Adam Sandler yang sentiasa dan terlalu sibuk dgn kerjayanya.
Aku malas nk buat rumusan cerita td jadi korang tgk la sendiri.

Cuma aku tertarik dgn remote controlnya yg membolehkan dia melihat gambaran kehidupan dia pada masa akan datang.
Bayangkan kalau diri kita dpt melihat kehidupan kita pada masa akan datang , pasti segala kesilapan dan kelemahan dapat dilihat dan ingin diperbetulkan kembali.

Tapi itu amat mustahil berlaku cuma kita hanya mampu merancang masa depan, baik dan buruknya tuhan yang menentukan.
Cerita itu ingin memberi pengajaran kepada kita supaya berhati2 dalam kehidupan kita dan sentiasa merenung kembali apa yang telah kita buat dgn org yg tersayang.
Jadi sama2lah kita perbaiki diri kita agar kehidupan kita menjadi lebih baik.

16 Julai 2009

Kawan aku yang sukar diramal emosinya


Aku ada seorg kawan, nk kata baik pun x nak kata kawan besa pun x
tapi perangai dia sush sgt aku nk jangka.

Dia pendiam dan mcm menyimpan sesuatu di dlm hati.
Apa2hal dia amat mirip dgn aku seolh dia berhrp sgt dgn aku.
Gaya yg paling sopan menyebut ucapan terima kasih bertalu2 pada diriku.

Tetapi bila keadaan lenggang seolh mcm xsuka aku berada di sampingnya.
Seolah2 tlg jgn tegur waktu itu.
Tlg jgn wat lawak bodo masa tu.

Heran sungguh adakah aku dianggap asing sedangkan pertolongan aku hulurkan.
Dulu hampir aku menaik tarafkan dia sebagai kawan baik aku.
Namun tidak kesampaian kerana dia menunjukkan mood yg tak tentu hala.

Senyum dan pendiamnya adalah paling sukar diramal.
Aku bersedia mendengar tetapi dia xda pun nk luahkan.
Aku bersedia sombong padanya tetapi dgn aku jua mohon pertolongan.

Akhir sekali atau buat sementara ini dan hampir agak berterusan aku mungkin
menyatakan dia hanya layak kawan biasa sahaja.
Apapun kebencian kerungsingan memikirkannya akan aku buang jauh2.

p/s:ketika aku menaip post tangan aku berdarah terkena kaca atas meja.
agak tajam dan amat pedih menanggungnya.

Duit aku di merata rata tempat


Banyak duit aku, aku letak duit di merata2 tempat, dalam seluar, dalam almari, atas tikar, celah kusyen, aku letak duit di merata tempat.

5 ringgit umpama 5 sen 10 ringgit umpama 10 sen.Nilai duit masa kini.

Duit yang dimaksudkan di sini ialah kad topup yang telah digunakan diletakkan di merata2 tempat.
Kalau dikumpulkan mampu mencecah ratusan ringgit.Tapi inilah yang perlu dilakukan untuk berhubung antara satu sama lain.

14 Julai 2009

Go Micheal Owen


Semua org kenal Micheal Owen.Dulu pemain yg hebat beraksi dan dulunya juga adalah team Newcastle United.
Tadi kini beliau telah menjadi pemain Manchester United dan beraksi di bahagian penyerang.
Bakal menyarung jersi no 7 yang dulunya milik Ronaldo.
Adakah beliau mampu memberikan aksi yang terbaik buat MU.
Kita saksikanlah nanti.
Ayuh penyokong MU beri sokongan yang padu kepada team MU.
Walau tiada pemain sensasi yang dibeli bagi tahun ini diharapkan pemain yang ada mampu memberi saingan team yang ada pemain hebat sudah pastinya Real Madrid.

Aku dah lama sokong mu sejak david beckham lagi.
Aku memg penyokong setia walau apa cara sekalipun.
Dari dulu aku suka corak MU beraksi.

Sekarang MU xda pemain yg agak star berbanding dulu
ada Tevez dan Ronaldo.
MU tahun ini beli tiga pemain yang blh dikatakan sederhana dan
kurang handsomenya.
Namun faktor kejituan kematangan kehebatan mampu dicetuskan
sekiranya MU menampilkan aksi yang mantap di setiap bahagian.

Kita ucapkan selamat datang MU yg bakal menentang team Malaysia.
Kita sokong kedua2nya walau dalam kertas sudah tertera keputusannya.

12 Julai 2009

2 kali mimpi klimaks yang hampir sama


Aku bermimpi ditinggalkan oleh seseorang yang aku sayangi.
Pada mulanya aku yang merajuk namun dia mmg ingin terus meninggalkan aku.
Aku begitu terasa kehilangan seseorang.

Adakah ini mainan mimpi atau bakal menjadi kenyataan.
Namun dunia realiti sekarang sukar aku membayangkan suasana yang aku alami.

09 Julai 2009

Bagus atau teruknya aku menghadapi orang bawahan

Puan nak tanya sekejap blh, brapa jumlah baki akaun bahagian pemasaran,
Awak xnampak ke sy sibuk, lain kali awak datang la tanya, sy tgh sibuk skrg,
bila saya free awak xnak tanya.
(dalam hati, aku skrg free la, aku cuma nak tau je just bukak buku and bgtau je jumlahnya)

Esoknya pulak, puan blh sy tanya jumlah baki akaun skrg,
en azman, bagilah peluang sy rehat sekejap, kepala saya tgh pening nie,
sory ye.
(dalam hati, bila free ko xnk bgtau pulak, kalu nk di kira sakit aku pun sakit hati jugak)

Inilah dunia pekerjaan masa kini.
Walaupun aku pangkat tinggi dari dia,
tapi bila nak mintak bantuan aku dah mcm kuli dia.

Aku umpama bola yg blh disepak dan diteranjang ikut sesuka hati.
Bgsnya aku, aku blh sbr hingga ke akhir ini.
Bgsnya aku, sblm aku tengking dia sehabis kudrat aku.
Bgsnya aku, sblm aku hilang kawalan diri.

Tapi teruknya aku bila kerja aku tertangguh,
jiwa aku merana, kerja aku terbengkalai angkara aku masih mendapat baki terkini.

Aku dah hilang upaya,
dan dalam hati aku berbisik aku hampir tidak peduli dgn apa yang aku alami.
Aku dlm dilema, cuma inilah yang aku alami dan aku sentiasa menanti
apakah yang akan berlaku seterusnya nanti.

Terima kasih buat kamu semua

Terima kasih untuk yang sudi ikut dan memberi komen serta yang menjenguk blog ini.
Terima kasih kerana memberi kutukan kritikan komen dan pendapat yang bernas dalam blog ini.
Terima kasih kerana sudi menjadi pengikut yang setia kepada blog ini.
Terima kasih kerana sudi menjejak menjenguk blog ini.

Blog yg tidak seindah secantik semeriah dengan blog blog yang lain.
Penghargaan ini khas untuk semua yang menyokong blog ini.

Maafkan diriku kerana aku hanya mampu memberi ucapan terima kasih sahaja kepada semua.
Ucapan yang ikhlas dari hati yang tulus suci.

Sesungguhnya aku menghargai segala kehadiran kamu di blog ini.
Teruskan menyokong blog ini yang sudah berusia 3 bulan.