Pages

27 Jun 2009

Blog kamu dikritik

Inilah blog.Jgn terasa dan kecewa.
Komen anda adakalanya dihargai
adakalanya dibenci.
Jangan terasa dan kecewa.
Kerana suka duka silih berganti.
Sekiranya ingin imej dijaga.
Jangan bagi org lain komen.
Aku tau mmg pedas
Lebih pedas dari cili.
Tapi makanlah berhati2
sebb yang pedas paling disukai.
Aku bukan sengaja begitu.
Sebb blog aku sekadar
lebih bermakna dan bererti.

26 Jun 2009

Semangat yang tinggi pencetus kemenangan

Smlm aku main badminton dgn rakan2.
Penuh azam dan semangat.
Aku menang semua perlawanan.

Aku semangat dalam setiap perlawanan.
Aku menang tanpa diduga.
Badan aku ringan kerana aku pakai bekung.
Memang terasa badan aku mampu menerima segala pukulan.

Aku harap menang lagi.
Apa yang penting semangat dan kesihatan aku terjaga.
Menang kalah adat pertandingan.
Yang penting ada semangat melawan.
Pasti badminton sukan no 1 masa kini.

23 Jun 2009

Aku buntu prepaid or postpaid

Aku buntu sama ada prepaid or postpaid menjadi pilihan aku.
Setakat ini aku guna prepaid tapi aku kerap call dan sms.
Kadang2 sekejap call kredit dah habis.

Aku buntu kalau kalau line aku malas nak terikat.
Setakat ini aku guna maxis sebb rmi kawan2 guna maxis.
Aku rs postpaid lagi jimat tapi aku ada guna mymode prepaid.
Kalau aku daftar no ini habislah mymode prepaid aku ini.

Tapi aku xkisah sgt sbb no yg aku guna xlawa sgt.
Tapi aku sayang nak buang no ini.
Lagipun rmi kawan yang dah tahu no aku.
Kalau aku tukar bukan snng aku nak maklumkan semua kawan2 aku.

Tapi aku teringin sgt nk guna youth club.
Mmg menjimatkan, bayangkan 12 sen seminit.
Tapi hanya untuk 4 tahun je.
Tapi puas jugak menggunakannya.
Tapi nanti nak tukar no lain la pulak.

Aku buntu dalam membuat pilihan.

22 Jun 2009

'Haramkan' laksa

Aku suka laksa.
Laksa mmg sedap.
Laksa pilihan utama.
Kadang boleh tambah 2 pinggan.
Ada laksa buyung yang dimasak dalam buyung.
Ada laksa telur yang di tambah telur goreng.
Ada laksa belut.

Namun semuanya aku suka.
Kini mungkin tidak lagi.
Aku kena 'haramkan' laksa.
Sebabnya aku ada masalah resdung.

Aku kini berpantang.
Dulu dah ok tapi aku xpernah serik.
Inilah nafsu yang membuatkan aku lesu.

Maaf post ini kurang menarik kerana betapa sedihnya aku kerana aku telah berpantang dengan makanan.

20 Jun 2009

Kenangan mengusik jiwa

Lagu Puspa aku tujukan untuk budak comel, yang barangkali ada hati dan perasaan.
Dia nasihatkan aku dengan pelbagai kaedah namun itulah dia budak comel yang aku kenali.

20.06.2009 mungkin kali terakhir berjumpa, budak comel yang selamba tanpa nampak ada ragu dan bimbang berlalu pergi.

Tanpa cita2 menghuraikan duka namun ku atasi dengan penuh merana dalam 'ceria'.

ST12-Puspa



Aku cukup terhibur bila mendengar crt ini namun aku gagal meneka siapa penyanyinya.Maklumlah aku hanya minat pada lagu tanpa aku memikirkan siapa penyanyinya.
Sangkaan aku achik spin tapi aku cubalah mencari xpernah aku dengar rentak achik spin.

Namun kebetulan aku bertanya pada budak comel lalu dia suruh aku taip *100#. Pilih muzik.
Barulah aku mengenali penyanyinya iaitu ST12.Indon kalu buat lagu mesti top dan orang2 Malaysia mampu menerimanya.

Sedap sungguh lagu ini.Dengarlah ia dalam youtube.

Aku 'menolak' namun itulah jua aku alami

Aku insan yang berdosa, aku sentiasa melalui kehidupan yang pahit dan paling pahit aku lalui.
Aku akur pemurahnya hati aku sangsi dan kurang mengerti.
Paksaan jiwa kalah dengan nafsu yang meronta2.
Mencari erti kedamaian jauh sekali daripada keinsafan.
Akur dalam diam, lesu dalam nafsu.

Hebatnya puisi ku ini umpama si comel berdaya mulia kelak lahir insan bermakna.
Dalam bunga biarlah berkembang walau lebah sentiasa mencuba.
19.06.2009 warna kekeliruan akhirnya menunggu saat kegusaran.

Biarlah masa berlalu tanpa sebarang halangan merbahaya.
Ku tempuhi jua hidup kerana ku beranggapan hidup mesti ada keinsafan.

18 Jun 2009

Pakcik dan aku

Erm bestnya pelan maxis (youth club) untuk budak2 universiti nie, brapa harganya nie,
Penjual itu menjawab, "murah je rm8.80, pakcik beli la satu untuk anak pakcik,
erm nant sy nk nak gorat anak pakcik"(sambil gelak)...

Best jugak kan (dlm hati knp budak pompuan panggil aku pakcik)
bygkan 12 sen seminit.aku xpercaya lg kemudian aku tanya lg btl ke...

kemudian dia menjawab, " kalau nak tau, aku pun pakai pelan maxis nie jgk, mmg jimat"
pelik jgk tadi dia panggil aku pakcik xkan dgn pakcik pun dia bahasa kan aku...

Aku terima seadanya.Tapi aku geram sebab aku bukanlah tua sangat untuk di gelar pakcik.
Dah banyak kali aku terkena, tapi mungkin ada hikmahnya dunia menyedarkan aku tentang keinsafan.