Pages

11 Disember 2009

Malaysia menang, tapi sayang...

Malaysia menang tapi sayangnya tiada siaran langsung.Ini senario yang kerap kali berlaku di mana Malaysia bertanding di peringkat antarabangsa.
Malaysia menang menentang Thai 2 1 dalam perlawanan petang tadi dalam pertandingan sukan Sea di laos.Seterusnya Malaysia layak beraksi di peringkat separuh akhir.Apa yang nk aku luahkan di sini ialah tiada perlawanan secara langsung.Buat pertama kali Malaysia tidak membuat liputan secara langsung sukan Sea kali ini.Bunyinya hak penyiaran kali ini agak mahal iaitu 2juta ringgit kalau tak salah aku.
Tapi kenapa negara lain blh buat, cuba lihat di bawah ini negara yg membuat liputan langsung sukan Sea.
IOC Code Country TV Station
BRU Brunei Darusallam RTB
CAM Cambodia TV5 Cambodia and Apsara TV
INA Indonesia TVRI
LAO Laos LNTV, Lao Star Channel (Host Broadcasters)
MAS Malaysia
MYA Myanmar MRTV-4
PHI Philippines NBN, IBC
SIN Singapore Channel 5
THA Thailand NBT
VIE Vietnam VTV, VTC Digital
Malaysia sahaja yang tiada siaran langsung, blh dikatakan semua negara ada mengadakan siaran langsung.
Aku heran kenapa kita nie kerap sgt dgn hiburan, drama dan sebagainya.Aku tak nampak sukan itu mendapat liputan yang luas.Kita kerap kali mengeluh bila melihat aksi Malaysia.Kerap kalah apabila bertanding.Perlu diingat xkan nak tunggu menang baru nk ada siaran langsung.
Siaran tv di Malaysia punyalah banyak tapi xda pun ambil peduli dgn liputan sukan.Mujurlah ada berita sukan kalau tidak sukan kita tidak akan berkembang di mana2.Peranan media sgt penting sebenarnya dalam memberi liputan sepenuhnya tentang sukan di negara kita.
Cuma aku perhatikan siaran tv kerap tayang drama indon, drama indon blh dikatakan setiap channel ada.Pukul 2 ada pukul 3 ada pukul 6 ada, malam pun ada.Masing2 nk berlumba tayang drama indon.Bayangkan drama melayu pun ada watak bibik ala2 indon. Kemudian dunia artis, mcm2 pertandingan dibuat samada budak kecil, budak besar dan termasuklah orang asli.
Semua nk dibuat pertandingan, sbb ratingnya agak tinggi kot.Kemudian perihal kehidupan artis sampaikan artis pantang makan pun nk diceritakan melalui tv.
Aku bukan anti hiburan cuma aku nk keadilan,kadang2 aku tgk liputan sukan adakalanya ada tapi dah lewat malam, itupun siaran tertunda.Orang dah nk tido nk buat apa tayang sukan lagi.
Mujurlah ada astro itupun berbayar dapatlah Malaysia mengikuti perkembangan bolasepak terutamanya di luar negara.
Buka mata lihatlah apa perkembangan sukan di Malaysia.Aku kalau banyak duit aku nk buka khas untuk sukan di Malaysia sahaja.Apa jenis sukan dan sebolehnya dibuat secara langsung.
Harap berilah harapan yang tinggi untuk sukan di Malaysia.Tahun depan F1 Malaysia dan kalau begini liputan yang diberikan, usaha untuk mempromosikan dan perkembangan sukan di negara kita tidak kemana.

p/s:salah siapa

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

skrg budaya hedonism melampau2...
mnyampah dah n tgk TV n bc paper...

bnde yg penting dah tk dpntingkn lagi tp bende2 yg tak penting pulak yg dianagkat lebey2