Pages

26 Ogos 2011

Doa Taubat (Astaghfirullah)

Syadunya lagu ini benar2 menyentuh perasaan, membuatkan hati penuh lara, sesungguhnya hidup ini hanya sementara, dan marilah kita merebut peluang yang ada...

25 Ogos 2011

Mood raya


Baju melayu xbeli lg segalanya tak beli lagi dan mungkin aku buat keputusan nk pakai baju raya tahun lepas.Cantik lagi sebab aku hanya pakai sekali sahaja tahun lepas dan kelihatan masih baru.Cuma tahun ini aku nk try warna yang lain mungkin menarik dan mungkin juga kurang menarik.Aku xda kawan nk syer apa warna yg menarik yg nak aku pakai tahun ini.lagipun aku xterasa sgt kegairahannya, maklumlah seperti diri ini dikawal oleh seseorang atau sekumpulan yang lain.Rasanya mcm rentaknya sahaja sama sahaja mcm tahun lepas.Datang, duduk makan dan beredar untuk pulang dan mungkin ada sedikit kenikmatan jika balik kampung aku secara original.Banyak kali sudah makan hati pendam perasaan namun inilah juga harus ku lalui.Bersendirian dalam membuat keputusan.Cubalah senyum walaupun pahit cuma gembira walaupun hati kecil sentiasa berkata2.Hakikatnya diri ini tidak sebaik mana yg diharapkan cuma berdoa sebanyak mungkin agar diri ini mendapat cahaya daripadaNya...

04 Ogos 2011

Pahitnya hidup

 Bila berseorangan melihat jam kadang2 terlalu lambat sgt terasa macam setahun lamanya.Bila di fikirkan terlalu lama blh gile dibuatnya.Bukan senang hidup berseorangan, mcm2 ingin dibuat tp bila berseorangan dlm keadaan yang xsepatutnya rs runsing dibuatnya.Segala keistimewaan ditarik balik.Rs kejam pun ada rs xadil pun ada akhirnya hidup menderita.Kadang2 xda sape pun peduli xda sape pun ambil kisah.
Baik aku layan diri aku tgk wayang tgk barang2 tgk apa yg patut hiburkan hati dengan makanan hiburkan hati dengan senyuman tp kehidupan ini mmg xblh dipaksa akhirnya kasih ku korbankan.Xda jual di tepi jalan xda jual di mana2 tempat pun dan akhirnya merana badan jua menanggungnya.

03 Ogos 2011

Bangga dapat kad raya

 Bukan senang nk dapat kad raya sebb sekarang pakai sms je, xsampai 1 saat dah terima ucapan.Tp bila dapat kad satu kebanggan sebb harganya lebih mahal daripada sms dan penghargaannya cukup tinggi.sebabnya ialah:
1. nk buat karangan bukan senang dan kena rajin mengarang

2.kena beli setem, kad raya lg, bkn senang nk kuar duit poket memandang ekonomi kurang stabil skrg

Jadi marilah kita sama2 mengirim kad raya kepada mereka yang tersayang.Pos Malaysia memberikan kadar rata dengan bayaran 50 sen sahaja dengan beratnya tidak melebihi 50 gram.Mana tau rezeki kita kad raya kita mendapat balasan....

24 Julai 2011

Kerana Facebook boleh cari gaduh

Ramai org kerap guna facebook, apa sahaja dengan facebook selain ruang lain seperti twitter.Aku pun update di facebook dan blh dikatakan setiap hari menjenguk facebook.Sebb utamanya aku pakai streamyx di rumah kecuali aku kena update di cybercafe mmg xjenguk la jawabnya facebook.Namun aku sudah melaluinya dan merasainya.Dunia facebook xseindah yg disangka.Antaranya bila komen kita disindirkan.Mcm2 sinis yg berlaku.Ia amat menyakitkan daripada apa yg disangkakan.Kadang2 kawan sendiri yang buat perangai mcm 2.Seolah2 tidak suka dgn status yang kita buat.Klu xsetuju xperlu komen n bila komen menyakitkan dan bila menyakitkan membuat kita tertanya 2 kenapa ada sikit prejudis xmenentu sedangkan bertemu muka sebelum nie tiada reaksi negatif pun.Mmg ada baik buruknya facebook ini.Kadang2 terfikir seketika mahu sahaja akann facebook ditutup tapi xsampai hati pulak sebb ada yang positifnya memberi respon kepada kita.So situasi win2 situation amat sukar.Akhirnya masih menemui jalan buntu.Sedangkan aku berjiwa sensitif ini terlalu sukar untuk menghadapi kenyataan tersebut.Kadang2 aku fikir nk jer aku buka akaun facebook aku yang lain dan akaun yang ada aku xnk aupdate di situ.Mungkin itu caranya tp aku belum cuba lagi walaupun aku sudah ada akaun yang baru.Tengoklah keadaan situasi semasa seandainya tidak mampu menghadapinya wajarlah aku update sahaja di akaun yang baru.Lgpun hanya 2 0r 3 org je pun yg suka komen.Yang lain menyepi sahaja.pening2...

17 Julai 2011

Gila Facebook

Kini sudah menjadi kegilaan rmi sesiapa sahaja yg membuka internet pasti dgn tujuan membuka facebook.Itulah laman sosial yg menjadi keutamaan kini.Malahan klu komen begitu tinggi pasti statusnya akan diupdate setiap masa.Begitu juga dgn aku, itulah yg aku buat bila buka internet, pasti aku menjenguk fb terlebih dahulu.Sebenarnya kegairahan utama apabila membuka fb ialah untuk mengetahui status terkini daripada kawan2.Itulah tujuan utama di samping melontar status yang kita inginkan.Jadi tidak hairan hampir semua peringkat umur menjadikan fb tempat bertanya khabar memaklumkan situasi terkini tentang perihal kehidupannya.

16 Julai 2011

Ada ke tipu sunat?

 
Ada ke istilah tipu sunat?oklah untuk kali nie perkataan sy digantikan dgn aku agar nmp selamba sikit.Aku nie bukan ska nk tipu tp adakalanya aku terpaksa gunakan.Hari esok ada games tp aku sbnrnya xlrt nk main.Tp kawan2 xfhm mslhnya sebb nmp ok je kena jugak main alasan lain xleh diterima.Jadi aku terpaksa tipu dgn mengatakan aku ada kenduri esok.So itulah shj cara yg ada walaupun aku kantoi dgn situasi itu.Bukan sengaja tp xda pilihan...

12 Julai 2011

Kenapa diri terlalu sensitif?

 Kenapa diri ini terlalu sensitif sehinggakan setiap perkataan yang dikeluarkan oleh orang lain menyentap perasaan.Susahnya nk gambarkan keadaan pada masa itu, berdesup jiwa merasainya.Sukar untuk difahami namun itulah keadaan yang sy alami.Kadang2 lebih sensitif berbanding kaum wanita.Apakan daya inilah yg harus dilalui cuma situasi begini sedaya upaya cuba dielakkan.