Pages

31 Mei 2011

Mahajaraja lawak semakin kurang lawak?

Kurang pasti Maharaja lawak sudah masuk ke episod yang ke berapa namun pendapat sy lawak mereka sudah tidak seberapa, cuma ada beberapa kumpulan sahaja yang mampu menarik perhatian.Saya yang mengambil pakej mustika terpaksa memikirkan banyak kali adakah saya perlu stop melanggan pakej mustika.Lawak2 mereka biasa2 sahaja dan kadang2 sy menontonnya dalam keadaan yang serius.Sukar untuk memahami dan sengaja untuk tidak memahami.Cuma diakui kumpulan jambu masih mengekalkan tahap mereka yang terbaik.Rsnya ada 3 minggu lagi sebelum final.Conggak2 ada sebulan lagi untuk melanggan pakej mustika.Tunggu ajerlah...

Lebih sebulan tidak update

Salam buat semua...bukan niat nk menyepi diri bukan tiada catatan hendak dibuat cuma kesibukan yang melanda ditambah potensi update di facebook menyebabkan blog nie menyepi begitu lama sekali.Namun percayalah walau apapun blog ini masih diteruskan seperti biasa cuma masanya sahaja yang tidak konsisten.Terima kasih kepada mereka yang sudi mengunjungi blog ini yang juga mereka yang rajin mengchat, terima kasih semua...

16 April 2011

Urut badan yang disalahtafsirkan

Aku teringin nk urut badan, sekali sekala apa salahnya untuk membetulkan urat2 yg tersimpul rapi.Namun aku cuak juga sebb aku tgk sekarang polis kerap buat rondaan dan tangkapan di mana mereka yang bekerja di situ mengurut tempat lain selain daripada badan.Ini yg merisaukan aku walaupun niat aku baik.Silap gaya aku kena cekup nanti walaupun niat di hati hanya nk urut tapak kaki.Angan aku mungkin terpaksa ditangguhkan atau aku mencari tukang urut lelaki.Kalu blh aku nak mencari tukang urut yg betul2 profesional sebb klu salah urut nnt sakit lg teruk pulak jadinya.Korang ada idea ke?blhlah berkongsi di sini...

Maharaja lawak atau AF9?

Mana pilihan anda sekarang?Aku pilih maharaja sebb bila berlawak blh buat kita hilang stress tapi af9 auranya sudah kurang xsegairah zaman mawi dl.Ratusan ribu meminati mawi.Sekarang pun tengah live af9 tapi xda minat nk tgk walaupun aznil menjadi pengacara.Salah satunya kita dah tau dia punya thrill dan rentaknya.
Maharaja lawaknya mmg kaw2 menampilkan pelawak terkini yang cukup popular sebelum nie.Gandingan juara raja lawak seterusnya bertemu di maharaja lawak.Aku mula2 keberatan nk amik channel mustika tapi kegairahan nk menonton aksi lawak seterusnya aku buanglah rm13.00.Jom undi maharaja lawak.

31 Mac 2011

Apa pendapat anda gambar ini?

Apa pendapat anda gambar di atas?seksa or seksa?mencolok mata atau menjolok mata.Susah nak jugde sebab apa yg mereka mungkin atas keikhlasan mereka sendiri.Tetapi bg yg memerhatikannya sudah pasti ada jawapan sinis hendak diberikan.Al maklumlah pendedahan yg mendedahkan dada boleh dikatakan semua orang suka terutamanya kaum lelaki.Apapun anda komen la sendiri...

29 Mac 2011

Aku xfaham mesti kuar benda nie : Breaking News: Mom makes $379/day Working From Home

Bila aku layari blog breaking news mesti kuar dan aku xpasti sape punya kerja, cuma kerapnya ia keluar kadang2 menganggu untuk aku membaca bahan internet yang lain, korang ada idea x, blhlah syer di sini.

Nak kuruskan badan

Badan aku semakin gemuk n paling serius perut aku semakin buncit. Nak pakai seluar pun dah sendat.Apakan daya tahap pelahap aku mmg tinggi tp exercise aku buat jugak.Aku sekarang ingin memcuba produk diet di pasaran.Tengah duk usha yang mana btl2 terbaik.Korang suggest lg bagus...

23 Februari 2011

Susah betul nak maintain

Buat blog nie susah btl nk maintain dan yg paling penting tarikan orang untuk melawat blog kita.Mmg sukar sebenarnya sebb kita kena ada sesuatu di dalamnya.Maksudnya ada aura tarikan untuk dibaca oleh orang lain.Bukan senang sebenarnya dan banyak faktor sebenarnya.Ada yang jadikan blog untuk ceritakan hal peribadinya, ada jadikan blog untuk luahan dirinya, ada jadikan blog untuk suka2 sahaja ada yang untuk bisness dan ada juga untuk ceritakan tentang sesuatu perkara.Tapi ini bukan mudah sebenarnya dan ia memerlukan usaha yang gigih untuk bergiat secara aktif dalam blog.Apapun jadilah diri anda sendiri walaupun kekuatannya tidak seberapa.