Pages

21 Jun 2015

Pertemuan di tahun 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera
setahun lebih tidak bersua di dalam blog ini. akhirnya berjaya juga ditemui walaupun knowledge tentang blog hampir luput diingatan.
apapun pertemuan kali ini adalah sangat manis di bulan puasa yang cukup bermakna, ramadhan kareem.
sy cuba mengupdate blog sebaik mungkin walaupun berhadapan dengan kekangan masa dan kesibukkan di dalam whatsapp.

13 Mac 2013

"Google Code Subversion Repository"

Salam sejahtera salam 1 malaysia, kembali bersua di arena blog, rasa rindu kerana dah lama tidak mengunjunginya.
Edisi kali nie cuma nk share tentang blog. Bila kita buka blog tiba tiba keluar kotak dan mintak kita masukkan login dan pasword. Antara ayat yang terkandung di dalamnya ialah
A username and password are being requested by http://scriptabufarhan.googlecode.com. The site says: "Google Code Subversion Repository"
Macamana nak menghapuskannya , sape2 blh share tak?

21 Julai 2012

Puasa Di Bulan Ramadhan

Salam semua
Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan yang mulia ini.
Sekali sekala jenguk jugak blog.

03 Mac 2012

keyboard problem

slm semua, bygkan sudah lama xjejak ke alam blog, rs rindu pun ada sedangkan paling terkini untuk mengaktif adalah facebook.
masalah utama skrg ialah keyboard.keyboard pada laptop.bila taip cursor blink akan gostan, nk taip login ia akan gostan, bygkan klu nk taip karangan, entah bila blh siap.rsnya masalah utama pada keyboard pada alt keyboard.
mmg tension dh tny kedai dia kata nk tgk dl, budget dlm rm180.mana ok beli baru atau baik je yg ada sedangkan kosnya mgkn rm180 je. tgh duk fikir lg sampai skrg.klu korang ada cadangan blh share di sini.tq very much your support....

24 November 2011

Susahnya nak kurus


Susahnya nk kurus, bkn xpernah rs kurus tp nk kurus balik mmg susah, bkn xda usaha cuma xkonsisten saja.Tgk org gemuk rs terdetik jugak hati bygkan klu aku gemuk mcm dia.Skrg masalah utamanya ialah makan asyik berselera sahaja.Makan la apa saja pasti xtolak punya kecuali mmg xsedap langsung atau makanan yg dah basi.Jadi bila time makan bukan ingat nk stop tambah lagi ada la.Makan pulak bukan ikut time main bedal je.Kadang2 makan nasi tiga kali sehari. So skrg terimalah seadanya, bila timbang semakin hari semakin berat, tgk saiz seluar sudah naik nombornya, tgk cermin semakin kembang pipinya, bila naik tangga cunggap semacam je.Nyatalah kini badan ku semakin berat dan bila berat mudah penyakit yg dtg.Entahnya dlm masa yg sama ada juga try pelbagai produk di pasaran tp xmenjadi lagi setakat ini.Sape yg sudi menasihatiku lagi....

Samsung Galaxy Wonder

Nampak cantiknya cemerlang dgn function, teringin nak ambik satu tp harga blh tahan lagi seringgit mencecah 999.Cuma niat mulanya ialah ada GPS sbb GPS nie sgt penting sekarang.Jalan sekarang dah mcm2 perubahan jadi petunjuk jln sgt penting.Tp rsnya nk beli GPS sahaja n mungkin harganya 229 je.Byk bezanya tu.Tgklah poket dulu, kalu selalu sgt gemuk pasti samsung menjadi pilihan.

11 Oktober 2011

Susu kambing semakin popular

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

- Penyakit deman kuning
- Penyakit lemah jantung
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
- Penyakit batuk kering atau TB
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
- Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja

Sebulan lebih tidak ke udara

Sebulan lebih xupdate blog.Diakui komitmen lain membuatkan blog ini tidak mampu diupdate selalu.Apapun blog ini akan sentiasa menjadi tatapan semua.Orait...

26 Ogos 2011

Doa Taubat (Astaghfirullah)

Syadunya lagu ini benar2 menyentuh perasaan, membuatkan hati penuh lara, sesungguhnya hidup ini hanya sementara, dan marilah kita merebut peluang yang ada...

25 Ogos 2011

Mood raya


Baju melayu xbeli lg segalanya tak beli lagi dan mungkin aku buat keputusan nk pakai baju raya tahun lepas.Cantik lagi sebab aku hanya pakai sekali sahaja tahun lepas dan kelihatan masih baru.Cuma tahun ini aku nk try warna yang lain mungkin menarik dan mungkin juga kurang menarik.Aku xda kawan nk syer apa warna yg menarik yg nak aku pakai tahun ini.lagipun aku xterasa sgt kegairahannya, maklumlah seperti diri ini dikawal oleh seseorang atau sekumpulan yang lain.Rasanya mcm rentaknya sahaja sama sahaja mcm tahun lepas.Datang, duduk makan dan beredar untuk pulang dan mungkin ada sedikit kenikmatan jika balik kampung aku secara original.Banyak kali sudah makan hati pendam perasaan namun inilah juga harus ku lalui.Bersendirian dalam membuat keputusan.Cubalah senyum walaupun pahit cuma gembira walaupun hati kecil sentiasa berkata2.Hakikatnya diri ini tidak sebaik mana yg diharapkan cuma berdoa sebanyak mungkin agar diri ini mendapat cahaya daripadaNya...

04 Ogos 2011

Pahitnya hidup

 Bila berseorangan melihat jam kadang2 terlalu lambat sgt terasa macam setahun lamanya.Bila di fikirkan terlalu lama blh gile dibuatnya.Bukan senang hidup berseorangan, mcm2 ingin dibuat tp bila berseorangan dlm keadaan yang xsepatutnya rs runsing dibuatnya.Segala keistimewaan ditarik balik.Rs kejam pun ada rs xadil pun ada akhirnya hidup menderita.Kadang2 xda sape pun peduli xda sape pun ambil kisah.
Baik aku layan diri aku tgk wayang tgk barang2 tgk apa yg patut hiburkan hati dengan makanan hiburkan hati dengan senyuman tp kehidupan ini mmg xblh dipaksa akhirnya kasih ku korbankan.Xda jual di tepi jalan xda jual di mana2 tempat pun dan akhirnya merana badan jua menanggungnya.

03 Ogos 2011

Bangga dapat kad raya

 Bukan senang nk dapat kad raya sebb sekarang pakai sms je, xsampai 1 saat dah terima ucapan.Tp bila dapat kad satu kebanggan sebb harganya lebih mahal daripada sms dan penghargaannya cukup tinggi.sebabnya ialah:
1. nk buat karangan bukan senang dan kena rajin mengarang

2.kena beli setem, kad raya lg, bkn senang nk kuar duit poket memandang ekonomi kurang stabil skrg

Jadi marilah kita sama2 mengirim kad raya kepada mereka yang tersayang.Pos Malaysia memberikan kadar rata dengan bayaran 50 sen sahaja dengan beratnya tidak melebihi 50 gram.Mana tau rezeki kita kad raya kita mendapat balasan....

24 Julai 2011

Kerana Facebook boleh cari gaduh

Ramai org kerap guna facebook, apa sahaja dengan facebook selain ruang lain seperti twitter.Aku pun update di facebook dan blh dikatakan setiap hari menjenguk facebook.Sebb utamanya aku pakai streamyx di rumah kecuali aku kena update di cybercafe mmg xjenguk la jawabnya facebook.Namun aku sudah melaluinya dan merasainya.Dunia facebook xseindah yg disangka.Antaranya bila komen kita disindirkan.Mcm2 sinis yg berlaku.Ia amat menyakitkan daripada apa yg disangkakan.Kadang2 kawan sendiri yang buat perangai mcm 2.Seolah2 tidak suka dgn status yang kita buat.Klu xsetuju xperlu komen n bila komen menyakitkan dan bila menyakitkan membuat kita tertanya 2 kenapa ada sikit prejudis xmenentu sedangkan bertemu muka sebelum nie tiada reaksi negatif pun.Mmg ada baik buruknya facebook ini.Kadang2 terfikir seketika mahu sahaja akann facebook ditutup tapi xsampai hati pulak sebb ada yang positifnya memberi respon kepada kita.So situasi win2 situation amat sukar.Akhirnya masih menemui jalan buntu.Sedangkan aku berjiwa sensitif ini terlalu sukar untuk menghadapi kenyataan tersebut.Kadang2 aku fikir nk jer aku buka akaun facebook aku yang lain dan akaun yang ada aku xnk aupdate di situ.Mungkin itu caranya tp aku belum cuba lagi walaupun aku sudah ada akaun yang baru.Tengoklah keadaan situasi semasa seandainya tidak mampu menghadapinya wajarlah aku update sahaja di akaun yang baru.Lgpun hanya 2 0r 3 org je pun yg suka komen.Yang lain menyepi sahaja.pening2...

17 Julai 2011

Gila Facebook

Kini sudah menjadi kegilaan rmi sesiapa sahaja yg membuka internet pasti dgn tujuan membuka facebook.Itulah laman sosial yg menjadi keutamaan kini.Malahan klu komen begitu tinggi pasti statusnya akan diupdate setiap masa.Begitu juga dgn aku, itulah yg aku buat bila buka internet, pasti aku menjenguk fb terlebih dahulu.Sebenarnya kegairahan utama apabila membuka fb ialah untuk mengetahui status terkini daripada kawan2.Itulah tujuan utama di samping melontar status yang kita inginkan.Jadi tidak hairan hampir semua peringkat umur menjadikan fb tempat bertanya khabar memaklumkan situasi terkini tentang perihal kehidupannya.

16 Julai 2011

Ada ke tipu sunat?

 
Ada ke istilah tipu sunat?oklah untuk kali nie perkataan sy digantikan dgn aku agar nmp selamba sikit.Aku nie bukan ska nk tipu tp adakalanya aku terpaksa gunakan.Hari esok ada games tp aku sbnrnya xlrt nk main.Tp kawan2 xfhm mslhnya sebb nmp ok je kena jugak main alasan lain xleh diterima.Jadi aku terpaksa tipu dgn mengatakan aku ada kenduri esok.So itulah shj cara yg ada walaupun aku kantoi dgn situasi itu.Bukan sengaja tp xda pilihan...

12 Julai 2011

Kenapa diri terlalu sensitif?

 Kenapa diri ini terlalu sensitif sehinggakan setiap perkataan yang dikeluarkan oleh orang lain menyentap perasaan.Susahnya nk gambarkan keadaan pada masa itu, berdesup jiwa merasainya.Sukar untuk difahami namun itulah keadaan yang sy alami.Kadang2 lebih sensitif berbanding kaum wanita.Apakan daya inilah yg harus dilalui cuma situasi begini sedaya upaya cuba dielakkan.

11 Julai 2011

Politik bersih

Sy xpandai dlm hal politik, sbb sy hanya bc akhbar dan blog sehinggakan mereka akan tetapkan pendirian dgn politik masing2.Klu nk dikira soal bersih sy juga tiada pengalaman sebb sy org biasa2 sahaja yg mungkin hanya layak mencongak daripada jauh.Tetapi sebenarnya kita adalah masyarakat yg perlu diberikan hak untuk bersuara dan mendapatkan keadilan.Cuma kita perlu tetapkan pendirian parti mn yang patut kita sokong.
Mengenai perhimpunan bersih ada pro dan kontra pada pandangan sy.Bagi sebelah pihak mungkin ini menunjukan demonstrasi jalanan adalah cara terbaik supaya menunjukkan protes kepada pihak yang satu lagi.Namun begitu kesannya kurang efektif.Berlaku ketegangan, keganasan dan penangkapan dan akhirnya motif utama mungkin agak gagal dilaksanakan.
Ini hakikatnya bila berpolitik.Ada pihak mengatakan spr bersih dan ada pihak mengatakan spr tidak bersih.Kalau tidak bersih mcmana ada negeri sebelum nie dikuasai satu pihak telah berjaya dikuasai oleh pihak yang lain.Buatlah keputusan yang terbaik demi keamanan negara Malaysia yg tercinta.Bagi pendapat sy sesiapa sahaja yang berjaya dan menang akhirnya matlamat itu adalah untuk kebaikan rakyat jelata.Elakkan pergaduhan kaum , permusuhan semasa kaum dan berilah kepentingan sewajarnya untuk rakyat Malaysia.

30 Jun 2011

Gigit Kemaluan

Dulu penah kecoh 1 Malaysia perihal tv membincangkan soal membesarkan payudara kini dalam akhbar pulak terkini ttg suami mengigit kemaluan isterinya.Suatu yg amat memalukan dan al kisah ini blh dibaca oleh semua orang.Buat malu je tapi berita sensasi begini menjadikan tarikan utama akhbar untuk melariskan akhbar mereka.Cuma ini hal dalam kelambu dan rahsia besar antara suami dgn isteri tetapi kini blh diketahui umum.Kita faham suasana sekarang byk sumber negatif blh diperolehi tetapi sebolehnya kita berusaha untuk menyekatkannya.Selepas nie jgn terkejut sekiranya ada berita sensasi begini lagi.

Duit cepat abis

Dapat je gaji rsnya mcm2 kena beli, mcm2 kena byr, mcm2 kena setle jadi mmglah dikatakan duit mudah cair.Cara terbaik kena simpan ttp nk simpan pun xckp duit sbb ada benda lain nk disetlekan.Akhirnya xsampai seminggu duit terpaksa dikeluarkan untuk menyelesaikan agenda yg lain.Jadi inilah pusingan hidup.Cuma kena beringat jgn sampai berhutang keliling pinggang.Akaun bank berlambak2 tp dlmnya xpenah update bertahun2...