Pages

21 Ogos 2009

Puasa yang bukan sekadar menahan lapar dan dahaga

Puasa dtg lagi
sekali dalam setahun
dan mungkin 2 kali dalam setahun

Masjid yg hanya dikunjungi
waktu solat jumaat
kini kembali meriah
Waktu malam kegembiraan
terpancar di wajah kanak2

Kuih muih lauk pauk
aneka jenis pembuka selera
Diisi sangat padat
sehingga sendat tidak terkata

Adakah puasa hanya menahan lapar dan dahaga.
Sucilah jiwa ini basuhlah hati ini
Terlalu kotor dan hitam
Terasa tiada nilai harga diri

Semoga puasa ini memberi
makna dan kesan yang mendalam
dalam menghadapi liku liku hidup aku ini
Diri ini terlalu tua dalam erti keinsafan

4 comments:

IMANSHAH berkata...

“ (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. ( Dengan ketetapan yang demikian itu ) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa ( sebulan Ramadan ), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur ”.AlBaqarah ayat 185

FozyAliya berkata...

selamat berpuse juga..
thkzz be my friends..

Ivy Metaga berkata...

selamat berpuasa azman...=)

azman berkata...

imanshah , syukur

lia , tq

ivy, tq awk