Pages

18 Jun 2009

Hampir kemalangan

Suatu petang aku naiki motor hampir bertembung dgn motor, masalahnya aku bwk agak sederhana laju, tapi makcik nie dah tahu aku sedang lalu yang dia nak melintas nak melintas dengan tergesa2 nak buat apa. Nasib baik aku xlanggar makcik dan anak nya sekali gus kalau tidak mesti luka parah.

Aku brek dgn mengejut sehingga tayar belakang hilang kawalan bergesel di tengah jalan, aku dah hon banyak kali tapi makcik2 selamba jugak nak melintas, aku rasa nak maki je makcik tu tapi alangkah sabarnya aku kerana aku masih mampu mengawal motor aku.

Aku ingatkan korang berhati2lah dgn makcik dan pakcik yang membawa motor, dah la xpakai helmet umpama baru nak belajar naik motor.

aku bukan nak kurang ajar dengan orang tua tetapi jalan raya tidak mengenal tua atau muda yang perlu kita hormatkan.Dgn lain perkataan jalan raya adalah kawasan yang cukup bahaya dan peraturan harus kita patuhi sebaik mungkin.

15 Jun 2009

Yuna yang selamba dari yang biasa


Siapa Yuna?Penyanyi indie band.Rupanya group indie dah lama di Malaysia cuma kurang publisiti.
Yuna adalah antara penyanyinya tapi maaflah aku kurang arif dan sengaja tidak mencari secara detail siapakah Yuna ini.

Cuma aku suka lagunyaLagu ala ala Alanis Morisette.Cuma tahap kelembutannya masih ada. Memakai tudung di mana susah nak cari artis pakai tudung.

Pagi yang menyenangkan aku bersuara

Pagi td mood aku baik , aku cuba ketawa dan terus ketawa tapi xsampai terbahak2.Aku sengaja menceriakan hati aku walau kalut 1001.

Tapi xsampai la 1001 cuma aku berpesan pada diriku agar ketawa ada hadnya tapi sekurang2nya ada hari yg memberi ceria dalam hidup kita.

Aku cuba mengawal perasaan aku sebaik mungkin walau keceriaan ku semakin baik hari ini.Sesungguhnya hidup adakalanya gembira dan adakalanya berduka.

Nasi lemak dan air kelapa

Aku menikmati nasi lemak dan air kelapa di waktu petang.Mungkin agak pelik sesetengah orang sebb time nya xkena tp aku menikmatinya dengan penuh kelazatan dan kesedapan.

Sehingga aku lupa petang nanti aku ada games yang menarik sangat untuk dimainkan.Tetapi apakan daya nafsu menguasai nikmat diri, aku makan dengan penuh berhati2.

11 Jun 2009

Hujan batu di negara sendiri

Aku ada membaca blog zaza, di lunch dekat marryland aku lunch di cameron highlands , dan sebenarnya marryland itu terletak di luar negara.

Begitulah pengalaman yang membezakan aku dan dia.Aku teringin juga melancong di luar negara tapi agak mustahil akan berlaku.

Apapun aku berbangga dengan negara aku sendiri.Aku memahami melawat di Malaysia pasti datang berkali2 tapi di luar negara mungkin hanya sekali.

Sesungguhnya hujan emas di negara orang lebih baik hujan batu di negara sendiri.

Cuti-cuti Malaysia di Cameron Highlands

Bayangkan aku hampir lupa email aku sendiri untuk log in blog aku.Aku sebenarnya lama tak log in sbb aku pegi bercuti di Cameron Highlands (CM).Banyak sgt aku nk kongsi dgn korang namun aku sediakan apa yang ternampu.Aku pegi hari selasa 9 jun hingga 11 jun.Aku stay kat budget hotel je iaitu hotel Jasmine di Brinchang.Dekat tanah rata pun ok tapi agak jauh (dari pasar malam) dan tiada tempat2 yg menarik.

Mmg Cameron sesuai untuk yg berbulan madu sebb cuaca nya sangt sejuk xmcm di tempat lain.Aku nk mandi pun terlalu sejuk.Tiada econ untuk semua hotel kecuali di KFC.
Antara barang yg aku beli ialah jagung mutiara, stawberi, apple cameron, jambu cameron (pelik rsnya tapi sedap), jem dan mcm2 lagi.Korang singah di Kea Farm ( nama tempat2 aku malas nak hafal). Semua barang ada di situ.


Kebanyakkan pekerja bahagian jualan atau gerai2 di sini terdiri daripada warganegara Indonesia dan pekerja2 di ladang adalah terdiri daripada warganegara Bangladesh.

Tempat yg popular jualan barangan dan makanan ialah di pasar malam sebb cuti sekolah ini tiap2 hari ada pasar malam (hakikatnya penjual2 di pasar malam adalah mereka daripada penjual dari kedai atau gerai yang sedia ada). Aku p psr malam dua kali.Kemudian aku melawat ladang BOH (teh Boh), cukup menarik pemandangannya.Aku malas nk buat karangan di sini sebb pemandangannya amat cantik sekali.


Nak makan agak leceh di sini sebb xda ruang nk memilih makanan yg sedap cukuplah sekadar melapik perut.Depa kata yg popular kt sini ialah steamboat tp aku xtry pun sbb aku sendiri tak terliur melihatnya.
Aku try stawberi coklat mmg sedap.Aiskrim stawberi, semuanya stawberi.Blh dikatakan bergulanya minuman aku setiap hari.

Selamat bercuti di Malaysia.Korang boleh tanya apa sahaja dalam ruangan komen nanti.

03 Jun 2009

Lawak serius

Pagi tadi ada orang lawak serius dengan aku.Dia kata aku macam pegawai DO.
Aku yg xpandai menjawab hanya membantu dia untuk gelakkan diriku ini.

Kadang2 ada juga lawak yang memberi kesedaran dan adakalanya memberi sendaan yang cukup tajam.Tapi inilah azman yang hanya mampu mengukir senyuman.

Untuk membalasnya lebih jauh dari angan-angan.Agaknya masalah ini akan sentiasa berterusan.

Cuaca panas bak tajam menikam

Cuaca sekarang sgt mencabar bagi semua orang.Aku tidur umpama baru saja lepas bersenam.Aku mandi umpama peluh membasahi pipi.

Cuaca yang memberi gambaran keimanan di jiwa.Cuaca yang mencabar keimanan seseorang.