Pages

10 Jun 2011

Cubalah nasi kandar Line Clear


Bagi mereka pengemar nasi kandar pasti tidak akan lepaskan peluang untuk menikmati kesedapan nasi kandar walau di mana sahaja anda berada.Sekiranya korang berada di penang atau sedang bercuti bersama keluarga di penang korang pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke restoran nasi kandar line clear.Minggu lepas sy bercuti di penang, jadi sy duk dengar ashwad af berapa pun sudah lupa dia ada tag line dia iaitu line clear, jadi sy pun cari dlm internet dan rupanya2 nasi kandar ini sudah popular di penang.
Nk mencarinya agak sukar sediikit kerana lokasinya terletak di antara dua bangunan.Untuk mencarinya pastikan korang berada di area komtar kemudian sebelum sampai komtar walk korang mesti jumpa restoran tersebut iaitu terletak di sebelah kiri jalan.Sy berkunjung waktu malam jadi mmg sukar sikit nak jumpa melainkan korang guna gps.Maklumlah jalan penang nie mcm jalan di KL jugak sebab banyak sgt lorong , jadi bila salah lorong faham2 sendirilah nk cari jalan utama semula. Nak paking pun leceh jugak sebb paking mmg susah nk dapat sbb setiap kiri dan kanan jalan sentiasa dipenuhi oleh kenderaan.Silap gaya ada minah pondan akan menyapa untuk memberi bantuan kepada anda.
Akhirnya jumpa juga, beratur lah dulu sebb mmg org ramai untuk mendapatkan nasi kandar di situ.Sy order nasi kandar lauk ayam goreng kemudian sayur bendi 2 batang, kemudian kuah kari banjir.Ayamnya pula saiz besar , tiga orang boleh join sekali. Mmg puas hati, blh bagi gred A.Sangat sedap dan menyelerakan.Pada dinding bangunan terlihat gambar2 artis yang pernah makan di situ.jadi mmg xsalah lagi nasi kandar mmg cukup popular di merata tempat.Line clear...

2 comments:

beautiful_rose berkata...

amboi...sedapnya makan tak ngajak pon =p

azman berkata...

jom join skali hehe