Pages

11 Jun 2009

Cuti-cuti Malaysia di Cameron Highlands

Bayangkan aku hampir lupa email aku sendiri untuk log in blog aku.Aku sebenarnya lama tak log in sbb aku pegi bercuti di Cameron Highlands (CM).Banyak sgt aku nk kongsi dgn korang namun aku sediakan apa yang ternampu.Aku pegi hari selasa 9 jun hingga 11 jun.Aku stay kat budget hotel je iaitu hotel Jasmine di Brinchang.Dekat tanah rata pun ok tapi agak jauh (dari pasar malam) dan tiada tempat2 yg menarik.

Mmg Cameron sesuai untuk yg berbulan madu sebb cuaca nya sangt sejuk xmcm di tempat lain.Aku nk mandi pun terlalu sejuk.Tiada econ untuk semua hotel kecuali di KFC.
Antara barang yg aku beli ialah jagung mutiara, stawberi, apple cameron, jambu cameron (pelik rsnya tapi sedap), jem dan mcm2 lagi.Korang singah di Kea Farm ( nama tempat2 aku malas nak hafal). Semua barang ada di situ.


Kebanyakkan pekerja bahagian jualan atau gerai2 di sini terdiri daripada warganegara Indonesia dan pekerja2 di ladang adalah terdiri daripada warganegara Bangladesh.

Tempat yg popular jualan barangan dan makanan ialah di pasar malam sebb cuti sekolah ini tiap2 hari ada pasar malam (hakikatnya penjual2 di pasar malam adalah mereka daripada penjual dari kedai atau gerai yang sedia ada). Aku p psr malam dua kali.Kemudian aku melawat ladang BOH (teh Boh), cukup menarik pemandangannya.Aku malas nk buat karangan di sini sebb pemandangannya amat cantik sekali.


Nak makan agak leceh di sini sebb xda ruang nk memilih makanan yg sedap cukuplah sekadar melapik perut.Depa kata yg popular kt sini ialah steamboat tp aku xtry pun sbb aku sendiri tak terliur melihatnya.
Aku try stawberi coklat mmg sedap.Aiskrim stawberi, semuanya stawberi.Blh dikatakan bergulanya minuman aku setiap hari.

Selamat bercuti di Malaysia.Korang boleh tanya apa sahaja dalam ruangan komen nanti.

3 comments:

suezen berkata...

suke cameron jugak

azman berkata...

dtg la best ho

Tanpa Nama berkata...

salam...
eh hotel jasmine tu rate dia murah kan? ok ker ek...saya pon tgh cari hotel yg murah dan senang nk beli brg..