Pages

24 Mei 2010

Komen untuk AF8

Dulu dgn sekarang jauh beza.Dulu pengikut AF sgt ramai tp sekarang sudah agak selesa dgn jumlah penonton yang ada.Mungkin banyak faktor atau aura penyanyi itu sendiri yang tiada kurang tarikan.Komen aku tidaklah pedas cuma aku rs aura AF sudah kurang menyengat.Aku bukan ahli muzik malahan aku adalah 0 atau zero tentang muzik.Cuma aku melihat acara akhir pertandingan.Lagu2 yang disampaikan oleh penyanyi kurang menonjol bakat sebenar artis tersebut.Lagu yang agak ketinggalan zaman.Cuma mujurlah lagu baru Shahrir membuat hatiku sedikit terhibur.Lagu2 yang lain mungkin sekadar sedap didengar sahaja.Pengacara jugak memainkan peranan yang penting cuma pengacara AF kali ini kena banyak buat ulangkaji supaya penonton terhibur dgn telatah mereka.Bukan nk buat lawak tapi daya tarikan sekurang2nya ada.Tengok rancangan Top Host dibuat dalam keadaan simple tapi persembahannya sangat menyeronokan cuma hadiahnya yang kurang memberangsangkan.Apapun sekiranya ada sambungan AF9 dharap penampilan berbeza seperti yang ada sekarang.
p/s:teringin nk tengok imam muda.

Fikiran berserabut

Banyak sangat yg nk kena fikir tambahan dgn kerja yang menimbum.Aku cuba listkan apa masalah namun masalah dalaman yang menjadi kekangan.Kadang2 aku enjoy apa yang aku buat tapi masalah yang lain akan menunggu kita.Cuma aku memerlukan sedikit ruang untuk aku berfikir dalam keadaan yang tenang.
p/s:facebook aku menjadi perhatian kini.

22 Mei 2010

Musuh add aku

Apa kesnya musuh nak add aku dalam facebook.Dia ada strategi ke nak kenakan aku.Tapi silap aku jugak aku terima pelawaan dia tanpa melihat siapa dia yang sebenarnya.Tapi kau xkisah sekurang2nya permainan ini menjadi lebih jujur dan terbuka.Tengoklah nanti kehebatannya sebab dia menganggap aku budak kacang dan begitu mudah dipermainkan.

Musim hujan

Mungkin musim hujan sudah kembali, syukur teramat sgt.Ini kerana hujan adalah rahmat tuhan yang tiada nilainya.Syukur teramat sangat.Bila musim panas badan aku jadi gatal dan bayangkan on kipas sahaja mesti yang no 4 dan 5.Itupun masih panas.Musim hujan ini ada juga keburukannya iaitu kita tak blh bergerak bebas.Apapun aku xkisah sebab segala yang berlaku ada rahmatnya dan ada hikmahnya.

14 Mei 2010

Hari penentu Malaysia

Kejohanan Piala Thomas hari ini menemukan perlawanan di antara Malaysia dengan China.Secara rambangnya Malaysia bakal tersingkir.Namun diharapkan Malaysia menunjukan prestasi tinggi untuk menumbangkan tembok besar China.

13 Mei 2010

Iklan kena tarik balik

Dulu aku jangka ligat jugak nak buat iklan.Banyak blog kalau kita kita tengok ada buat iklan banner.Namun aku merasa sikit hampa kerana kurang atau memang tidak mendapat sambutan.Jadi aku amik keputusan untuk stop iklan dulu.Cuma nuffnang sahaja yang ada.Tengok kalau ada ada perkembangan menarik aku akan letak banner iklan semula.Terima kasih sokongan anda semua.

12 Mei 2010

Skill memandu ok tetapi...

Aku fhm ko dah lama bawak kereta dan aku faham ko mmg dah hafal selok belok jalan.Tapi kadang2 ko perlu jugak diberi teguran.Eh apa kes nya nie.Kes ini ialah tahap cara ko memandu membahayakan orang lain.Ko hampir nk langgar aku tapi sempat aku mengelak.Lain kali bila nk drive jangan letak or dukung anak kat stereng.Aku fhm ko ayah mithali tetapi cara ko memandu membahayakan.Buatnya anak kecil ko merengek dan meronta2 silap2 ari bulan kereta ko jatuh longkang pun blh.Mmg tiada kesedaran sivik.

11 Mei 2010

Attitude?


Memang benar perubahan sikap sgt penting dlm kehidupan.Selagi ada perasaan yang cepat mengaku kalah cepat putus asa mmg kita tak blh pergi jauh.Tetapi kadang2 kita nie pandai bercakap sahaja tapi kita juga kerap memberi pelbagai alasan.Contohnya kawan aku memberi pendapat dan idea serta pelbagai komen tetapi bila aku ajak atau suruh dia buat ternyata pelbagai alasan.Lumrah manusia yang hanya pandai berkata2.Aku xkata aku perpect tetapi biarlah kata ada asasnya.Ini bg komen cukup bijak dgn gaya badan sekali.Tetapi bila aku keluarkan arahan untuk buat mcm2 alasan yang diberi.Nyata jgnlah pandai berkata dan lebih baik cermin diri kita dahulu.