Pages

30 Jun 2011

Gigit Kemaluan

Dulu penah kecoh 1 Malaysia perihal tv membincangkan soal membesarkan payudara kini dalam akhbar pulak terkini ttg suami mengigit kemaluan isterinya.Suatu yg amat memalukan dan al kisah ini blh dibaca oleh semua orang.Buat malu je tapi berita sensasi begini menjadikan tarikan utama akhbar untuk melariskan akhbar mereka.Cuma ini hal dalam kelambu dan rahsia besar antara suami dgn isteri tetapi kini blh diketahui umum.Kita faham suasana sekarang byk sumber negatif blh diperolehi tetapi sebolehnya kita berusaha untuk menyekatkannya.Selepas nie jgn terkejut sekiranya ada berita sensasi begini lagi.

Duit cepat abis

Dapat je gaji rsnya mcm2 kena beli, mcm2 kena byr, mcm2 kena setle jadi mmglah dikatakan duit mudah cair.Cara terbaik kena simpan ttp nk simpan pun xckp duit sbb ada benda lain nk disetlekan.Akhirnya xsampai seminggu duit terpaksa dikeluarkan untuk menyelesaikan agenda yg lain.Jadi inilah pusingan hidup.Cuma kena beringat jgn sampai berhutang keliling pinggang.Akaun bank berlambak2 tp dlmnya xpenah update bertahun2...

17 Jun 2011

MYVI vs duit

 Bila tgk kereta baru keluar sape yang tak teringin untuk memilikinya umpama dapat bini baru je.Dgn ciri2 yg terbaru dan terkini membuatkan hati2 btl terpesona.Tetapi bila seluk poket ada rm2 je so kesimpulannya bayaran tiap2 bulan mencecah rm500 membuatkan kehendak ini terpaksa ditangguhkan dulu.Dl ada kereta baru lama2 dah guna jadi kereta lama la.Jenuh jugak nk abis bayar namun akhirnya selesai juga dalam masa 7 tahun.Tetapi biasa la kereta lama nie byk la ragamnya longgar sana sini, rosak sana sini cm org tua la ada sahaja sakitnya.Sekarang tangguh la dulu, harap adalah sedikit kenaikan gaji dan klu ada duit lebih teringin juga nk ambil kereta Myvi sebb bodynya cun jugak dan harga juga masih lg berpatutan.

16 Jun 2011

RM20 dapat RM20,000?

Buka email berlambak2 dapat spam, mcm2 iklan ada, ada yg minta derma ada yang nk bg duit secara percuma dengan syarat bg no akaun.Hakikatnya dalam dunia nie mana ada yang free semua berbayar, ini pulak nk bagi duit free cm 2 jer.Itu satu kes , kes yang lain sudah mestilah pasal bisness, mcm2 bisness ada dan yg paling hebat bayar rm20 dapat rm20, 000.Mcm2 sumber bisness nie sampai xlarat nk layan dan mmg dah xamik pusing dah.Dalam akhbar utama pun ada bgtau masuk je bisness just bayar rm90 lebih tu blh dapat rm30 ribu dgn syarat mmg ada usaha.Setakat ni sy punya rezeki xsampaila ke situ.Bukan xnk cuba tapi hati belum terbuka dan kadang2 logik akalnya mungkin belum mampu diterima setakat ini. Wassallam...

12 Jun 2011

Terengganu menang piala FA

Bukan penyokong Terengganu pon bukan penyokong Kelantan sekadar nk berkongsi kemenangan dgn mereka yg telah menang.Aksi yang biasa2 sahaja cuma paling menarik kegairahan dua negeri menampilkan penykong yg ramai hanya pada perlawanan akhir dan separuh akhir.Apapun sy respect kat kelantan kerana stadium  mereka sentiasa penuh setiap kali perlawanan.
mengulas perlawanan tadi kelantan sepatutnya sudah menang malam td tetapi kealpaan pada minit akhir perlawanan menyebabkan perlawanan masa tambahan terpaksa dijalankan.Di sinilah momentum terengganu semakin tinggi dan akhirnya membuahkan hasil.Syabas buat terengganu...harap juga pembawa mercun patut diserkap abis2an sebb blh membahayakan semua orang.Buat malu jer dah la ada siaran langsung malahan tv1 pun ada siaran langsung setelah bercuti beberapa lama daripada menyiarkan aksi bola sepak malaysia secara siaran langsung.Tahniah buat RTM...

sms penting sangat ke?


Semua org blh dikatakan ada hp sedangkan budak kecil pun pandai guna hp.Cuma yg menyakitkan hati ialah bila sms xreti nk balas, sampai penat tangan menulis kenapa xreply, kenapa xbalas, akhirnya keluar ayat penting sangat ke sms sebab orang lambat topup.Entahlah bg pengetahuan semua sy nie jenis yg xnk mengecewakan orang, cthnya bila ada orang sms cepat2 sy balas sebab sy akui balasan sy tu amat diperlukan dan mustahak baginya.Dalam keadaan terdesak pun sy aku cuba juga topup bagi tidak mengecewakan org yg bagi sms pada kita.
Tetapi xsemua yg memahami dan xsemua amik kesah pun.Kadang2 agak perkara tu xpenting pun ttp kadang2 dia tidak sedar apabila dia memerlukan keadaan terdesak kemudian kita xreply barulah dia tau langit tinggi rendah.Bagi sy sms adalah cara yang paling pantas dan mudah untuk berkomunikasi selain daripada call.Jadi kita tidak boleh menafikan peranan hp masakini.Cuma agak kelakar ada juga di kalangan kita yang xreti menggunakan hp.Bukanlah kelakar cuma org2 tua ada juga xpandai menggunakan hp.So skrg sy isi hot tiket dgn nilai sms yg cukup banyak, jadi dalam keadaan tidak digunakan sy merasakan suatu pembaziran.Kadang2 geram pun ada so lepas nie xpayah lagi untuk reply kepada mereka2 yg xendah apabila kita sms pun.Orangnya juga sudah dikenali so faham2 jerlah.Cth ko nk mintak tlg so ko jawab lah sendiri sama sy nk tlg ataupun tidak.Fikirkan2lah...

10 Jun 2011

Cubalah nasi kandar Line Clear


Bagi mereka pengemar nasi kandar pasti tidak akan lepaskan peluang untuk menikmati kesedapan nasi kandar walau di mana sahaja anda berada.Sekiranya korang berada di penang atau sedang bercuti bersama keluarga di penang korang pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke restoran nasi kandar line clear.Minggu lepas sy bercuti di penang, jadi sy duk dengar ashwad af berapa pun sudah lupa dia ada tag line dia iaitu line clear, jadi sy pun cari dlm internet dan rupanya2 nasi kandar ini sudah popular di penang.
Nk mencarinya agak sukar sediikit kerana lokasinya terletak di antara dua bangunan.Untuk mencarinya pastikan korang berada di area komtar kemudian sebelum sampai komtar walk korang mesti jumpa restoran tersebut iaitu terletak di sebelah kiri jalan.Sy berkunjung waktu malam jadi mmg sukar sikit nak jumpa melainkan korang guna gps.Maklumlah jalan penang nie mcm jalan di KL jugak sebab banyak sgt lorong , jadi bila salah lorong faham2 sendirilah nk cari jalan utama semula. Nak paking pun leceh jugak sebb paking mmg susah nk dapat sbb setiap kiri dan kanan jalan sentiasa dipenuhi oleh kenderaan.Silap gaya ada minah pondan akan menyapa untuk memberi bantuan kepada anda.
Akhirnya jumpa juga, beratur lah dulu sebb mmg org ramai untuk mendapatkan nasi kandar di situ.Sy order nasi kandar lauk ayam goreng kemudian sayur bendi 2 batang, kemudian kuah kari banjir.Ayamnya pula saiz besar , tiga orang boleh join sekali. Mmg puas hati, blh bagi gred A.Sangat sedap dan menyelerakan.Pada dinding bangunan terlihat gambar2 artis yang pernah makan di situ.jadi mmg xsalah lagi nasi kandar mmg cukup popular di merata tempat.Line clear...