Pages

24 Mei 2010

Komen untuk AF8

Dulu dgn sekarang jauh beza.Dulu pengikut AF sgt ramai tp sekarang sudah agak selesa dgn jumlah penonton yang ada.Mungkin banyak faktor atau aura penyanyi itu sendiri yang tiada kurang tarikan.Komen aku tidaklah pedas cuma aku rs aura AF sudah kurang menyengat.Aku bukan ahli muzik malahan aku adalah 0 atau zero tentang muzik.Cuma aku melihat acara akhir pertandingan.Lagu2 yang disampaikan oleh penyanyi kurang menonjol bakat sebenar artis tersebut.Lagu yang agak ketinggalan zaman.Cuma mujurlah lagu baru Shahrir membuat hatiku sedikit terhibur.Lagu2 yang lain mungkin sekadar sedap didengar sahaja.Pengacara jugak memainkan peranan yang penting cuma pengacara AF kali ini kena banyak buat ulangkaji supaya penonton terhibur dgn telatah mereka.Bukan nk buat lawak tapi daya tarikan sekurang2nya ada.Tengok rancangan Top Host dibuat dalam keadaan simple tapi persembahannya sangat menyeronokan cuma hadiahnya yang kurang memberangsangkan.Apapun sekiranya ada sambungan AF9 dharap penampilan berbeza seperti yang ada sekarang.
p/s:teringin nk tengok imam muda.

Fikiran berserabut

Banyak sangat yg nk kena fikir tambahan dgn kerja yang menimbum.Aku cuba listkan apa masalah namun masalah dalaman yang menjadi kekangan.Kadang2 aku enjoy apa yang aku buat tapi masalah yang lain akan menunggu kita.Cuma aku memerlukan sedikit ruang untuk aku berfikir dalam keadaan yang tenang.
p/s:facebook aku menjadi perhatian kini.

22 Mei 2010

Musuh add aku

Apa kesnya musuh nak add aku dalam facebook.Dia ada strategi ke nak kenakan aku.Tapi silap aku jugak aku terima pelawaan dia tanpa melihat siapa dia yang sebenarnya.Tapi kau xkisah sekurang2nya permainan ini menjadi lebih jujur dan terbuka.Tengoklah nanti kehebatannya sebab dia menganggap aku budak kacang dan begitu mudah dipermainkan.

Musim hujan

Mungkin musim hujan sudah kembali, syukur teramat sgt.Ini kerana hujan adalah rahmat tuhan yang tiada nilainya.Syukur teramat sangat.Bila musim panas badan aku jadi gatal dan bayangkan on kipas sahaja mesti yang no 4 dan 5.Itupun masih panas.Musim hujan ini ada juga keburukannya iaitu kita tak blh bergerak bebas.Apapun aku xkisah sebab segala yang berlaku ada rahmatnya dan ada hikmahnya.

14 Mei 2010

Hari penentu Malaysia

Kejohanan Piala Thomas hari ini menemukan perlawanan di antara Malaysia dengan China.Secara rambangnya Malaysia bakal tersingkir.Namun diharapkan Malaysia menunjukan prestasi tinggi untuk menumbangkan tembok besar China.

13 Mei 2010

Iklan kena tarik balik

Dulu aku jangka ligat jugak nak buat iklan.Banyak blog kalau kita kita tengok ada buat iklan banner.Namun aku merasa sikit hampa kerana kurang atau memang tidak mendapat sambutan.Jadi aku amik keputusan untuk stop iklan dulu.Cuma nuffnang sahaja yang ada.Tengok kalau ada ada perkembangan menarik aku akan letak banner iklan semula.Terima kasih sokongan anda semua.

12 Mei 2010

Skill memandu ok tetapi...

Aku fhm ko dah lama bawak kereta dan aku faham ko mmg dah hafal selok belok jalan.Tapi kadang2 ko perlu jugak diberi teguran.Eh apa kes nya nie.Kes ini ialah tahap cara ko memandu membahayakan orang lain.Ko hampir nk langgar aku tapi sempat aku mengelak.Lain kali bila nk drive jangan letak or dukung anak kat stereng.Aku fhm ko ayah mithali tetapi cara ko memandu membahayakan.Buatnya anak kecil ko merengek dan meronta2 silap2 ari bulan kereta ko jatuh longkang pun blh.Mmg tiada kesedaran sivik.

11 Mei 2010

Attitude?


Memang benar perubahan sikap sgt penting dlm kehidupan.Selagi ada perasaan yang cepat mengaku kalah cepat putus asa mmg kita tak blh pergi jauh.Tetapi kadang2 kita nie pandai bercakap sahaja tapi kita juga kerap memberi pelbagai alasan.Contohnya kawan aku memberi pendapat dan idea serta pelbagai komen tetapi bila aku ajak atau suruh dia buat ternyata pelbagai alasan.Lumrah manusia yang hanya pandai berkata2.Aku xkata aku perpect tetapi biarlah kata ada asasnya.Ini bg komen cukup bijak dgn gaya badan sekali.Tetapi bila aku keluarkan arahan untuk buat mcm2 alasan yang diberi.Nyata jgnlah pandai berkata dan lebih baik cermin diri kita dahulu.

10 Mei 2010

Avira berkesan

Dulu aku ada sentuh tentang virus rv host.Pada mulanya aku gagal nak buang kenyataan dia bila nak mula windows (startup).Namun begitu aku kembali guna antivirus Avira (free edition).Dan ternyata ia berkesan.Bila nak startup mmg kenyataan rv host tu mmg dah xda dah.Nyata memberi impak yang baik kepada komputer.Cuma digalakkan pengguna agar kerap scan virus.Kena rajin selalu.Jadi terima kasih avira kerana memberi servis yang memuaskan.Free la katakan.

08 Mei 2010

Bila orang kata aku gemuk

Bila orang kata aku gemuk apakah jawapan yang paling pedas, sinis dan kelakar untuk aku jawab padanya.Hadiah rm5 topup kepada mereka yang memberikan jawapan yang paling aku suka sebb akulah jurinya dan hakimnya.Kawan aku penah xkan makan nasi selama 4 bulan tapi beratnya hanya turun 400 gram sahaja.Cuba bayangkan tiap2 hari buat senaman.Ini kan aku yang nak menjaga hati orang mmg aku jamah mengikut selera aku sendiri.

Iklan biskut

Penah tgk iklan biskut x, mesti penah kan ala aku pun cam wartawan jgk xnk la sebut iklan tu.Cuma yg menariknya pakaian yang dipakai.Nampak segala bentuk yang ada.Dulu artis nie mmg terkenal dgn gaya yang sopan tapi bila tgk iklan tu sedikit sebanyak menimbulkan persoalan.Tapi ikut selera masing2 sbb kalu kalu nak ctr panjang lebar artis tersebut xkan mengaku kesalahan dia.

06 Mei 2010

Kenapa pilih Nokia?

Semalam aku dah berjaya tolakan Sony dan amik yang baru Nokia.Kenapa pilih Nokia?
Ini pendapat aku sendiri dan tak ada niat nak bandingkan dengan syarikat yang lain.Pada pendapat aku nokia adalah tahan lasak kerana jatuh banyak kali pun masih mampu bertahan dalam keadaan sedia kala.Bateri dia juga tahan lama.Kalau setakat 2 or 3 hari memang tak ada masalah.Lagi 1 spare part agak murah dan senang didapati dan paling penting kecantikannya jelas memukau aku untuk membelinya.Ikut selera masing2.

05 Mei 2010

MU di hujung tanduk

MU bakal mengigit jari seandainya Chelsea menang dengan Wigan.Apapun inikan bola sepak apa sahaja boleh terjadi.Dulu pun xda sape pernah meramalkan Korea blh layak ke separuh akhir Piala Dunia.Tapi hakikatnya mmg perit untuk diperkatakan sebb Chelsea sudah berada tahap kemuncak.Apapun ahad ini adalah penentunya.

04 Mei 2010

Bila aku menggatal

Bila aku start menggatal habis ku rabakan!Mungkin kenyataan ini agak merimaskan tetapi kisah sebenarnya ialah bila badan aku gatal habis satu badan aku garukan.Sekarang nie musim panas jadi bakteria mudah merebak.Oleh itu badan aku cepat gatal.Bila dah start gatal aku garu sepuas hati dan akhirnya meninggalkan kesan parut.Banyak kaedah aku cuba untuk elakkan tapi mmg xmampu.Akhirnya kulit yang putih menjadi kesan parut.Kecewa tu mmg la tapi bila dah gatal mmg sukar nak dielakkan.

03 Mei 2010

Blog masih no 1


Sekarang menu utama ialah facebook.Tak payahla nak cerita facebook sebab budak kecil pun tahu nak buat facebook.Menariknya facebook kita dapat berinteraksi secara langsung dan kita dapat mencari kawan2 yang lama.Namun begitu aku juga ada buka facebook tapi xda sorang pun nak komen.Sehingga aku merasakan ruang yang kecil untuk aku berinteraksi.Akhirnya blog juga menjadi pilihan aku.Cuma di sini aku lebih selesa dengan privacy.Cukuplah menjadikan diri ini lebih matang dengan perkongsian idea dengan rakan2 yang lain.Apapun aku akan kembali semula dengan facebook dan twitter supaya rakan2 yang lain boleh mengikutinya.

Iklan Kesihatan

Kalau iklan kesihatan mesti kena pakai ketat ke.Tapi wajib kot sebab bila try produk tu mesti body baik punya.Aku xlarat nak komen tapi korang boleh analisa sendiri.