Pages

30 April 2010

Pembaca berita yang bergaya

Kelakarnya apabila pembaca berita wanita memakai tali leher dan kot.Mungkin ingin kelainan namun nampak janggal bagi mereka yang jarang menjumpainya.Kadang2 bukan nak dengar berita yang disampaikan namun gelihati melihat pakaian sedemikian rupa.Alahai buat mcm biasa sahaja sebab apabila perubahan begitu pasti agak janggal dan ramai nanti yang akan mempertingkainya.

26 April 2010

Kisah di sebalik tabir

Kisah di sebalik tabir mmg korang xtau atau sengaja buat tak tau.Tapi aku bersedia memaafkannya.Sebenarnya aku telah menukar layout ini banyak kali alkisah aku tak puas hati dengan template yang aku dah ambil.Jadi banyak kali aku dah download dan klu korang peka blog ini dah banyak kali tukar rupa.Inilah perangai yang aku xblh ubah setiap kali aku buka internet.Aku harap korang tak kecik hati dengan sikap aku ini.Bagi lah nasihat pada aku agar aku setia pada yang satu.

23 April 2010

Manusia malas berfikir

Manusia macam aku malas berfikir , kerja yang mudah aku ambil keputusan dan hasil yang agak merimaskan.Korang tau aku nie jenis yang sangat careful dan akhirnya aku menyesal dengan hasil yang dah aku buat.Contohnya kalau potong kain tak sama aku jadi sesal kemudian bila nak bagi elok aku malas nak fikir bagaimana nak potong cari yang elok.Inilah masalah yang aku hadapi.Cepat semangat tinggi dan cepat semangat luntur.Itulah realiti kehidupan aku.

22 April 2010

Agaknya mencari kesempatan

Mentor 4 kini akan berlangsung tak lama lagi, dan yang menariknya edisi untuk mencari bakat menyanyi yang terpendam.Sampai nk putus urat perut dibuatnya kerana kebanyakkan yang datang hanya untuk mencari publisiti masuk tv semata-mata.Yang pasti memang suara dah hancur tapi masih keinginan nak mencuba dan akhirnya menyalahkan mentor yang tidak pandai memilih yang terbaik.Ada di antaranya yang menangis bagai nak rak kerana dia x terpilih.Hakikatnya satu Malaysia yang tengok dan kalu ini rupanya nak jadi penyanyi , mmg btl lah kat mus may kena p klinik check suara...hahahaha.
Bukan nak mengkeji atau menghina kerana menjadi penyanyi semua orang mampu buat tetapi masalahnya bakat untuk dia pertahankan sampai menerima beberapa anugerah.Tapi x mengapalah asalkan mencuba tetapi wajarlah ukur badan diri sendiri dulu.Apa kata masuk pertandingan azan lagi baik tapi ada ke pertandingan tersebut?

21 April 2010

Stressnya hari ini

Hari ini agak stress.Stress disebabkan sikap seseorang yang pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan keadaan orang lain.Aku ada suruh orang baiki rumah aku dan baru sekerat jalan dia menghilang diri.Masalahnya dia bukan warganegara Malaysia dan ini amat aku kesali.Aku dah bayar separuh duit pada dia dan berlandaskan kata manisnya rumah aku bakal siap tak sampai sebulan, tapi malangnya dia dah menghilangkan diri.Mujurlah aku masih dapat kesan di mana rumahnya.Cuma yang amat aku kesali kenapa dia tak contact aku kenapa dia tak maklumkan aku dan kenapa aku menjadi mangsa.No telnya dah call banyak kali tapi xda respon.Akhirnya aku pasrah aku tawakal dan aku redha, adakah ini balasan tuhan pada aku?Aku yakin apa yang berlaku ada hikmahnya cuma otak aku amat letih memikirkan kesudahan cerita aku ini.Kerana otak aku berlegar2 mencari jawapan apakah yang telah diinaya oleh orang itu.Ya Allah tolonglah hamba Mu yang lemah ini.

16 April 2010

Bila nak start diet

Makan makin berselera, bayangkan pagi kul 9 dah makan nasi kemudian tghari jugak nasi dan besar kemungkinan disambung malam juga nasi.Kalu kerap makan nasi mmg perut buncit la jadinya.Tapi nafsu makan adalah yang paling sukar ditahan.Bak orang mengata, makanlah apa sahaja nanti bila nak sakit makan pun xlalu.Tapi kaji balik sepatutnya kita mengamalkan cara makan yang baik.Tapi sekarang langkah itu masih jauh.Umpamanya kalu ada tghari ada nasi kandar, petang pulka ada nasi ayam jadi adakah kita mampu menyekat seleranya...
Aku xda jawapan untuk tajuk di atas.Apa yang pasti angan tu masih ada cuma aku xpasti bila nak mula setelah saiz seluar aku menjangkau 40 inci.Harap maklum...

12 April 2010

Anak patung ke?

Kembali gegar kembali menyayat hati kembali manusia berperangai binatang.Sayu rasa hati nilai manusia sangat murah sekarang.Nilai yang boleh dibeli dengan mencampakkan ke dalam tempat sampah.Masih baru lagi alkisahnya pembuangan bayi yang kini semakin parah.Nak salah sape lagi dalam hal ini pahadal yang paling dekat dengan bayi adalah ibunya sendiri.Nak buang kucing pun xsanggup inikan nk buang bayi.Logik akal manusia sudah jauh menyimpang.Apalah dosa bayi tersebut dibuang bagai najis umpama membunuh dgn perasaan yang amat kejam sekali.Tiada hukuman yang layak melainkan ke tali gantung.
Orang di luar sana bersusah payah menghabiskan ribuan ringgit semata2 ingin mendapat cahaya mata.Ini sudah berada di hadapan mata diperlukan dengan tidak berperikemanusiaan.Dosa apa yg ibu lakukan janganlah bayi menjadi mangsa.Rujuklah hadis mana2pun pembuangan bayi adalah hukuman yang amat sukar dimaafkan.Fikirkanlah...

09 April 2010

Senyum bahagia

Senyum bahagia bagi mereka yang belum terkena!Mcm orang smoking la nampak cam hapy and macho sgt bila smoking.Hembusan asap begitu hebat sekali.Tapi hakikatnya jiwa menderita mungkin bakal menanggung segala seksa sakit.Tapi aku ada kawan umor sudah 63 tahun tapi main badminton macam baru umur muda dan silap2 Dato Lee Chong Wei pun blh kalah...hehehe.
Dia merokok tapi dia bahagia dia naik motor buruk tapi dia bahagia , berbanding dgn aku yg amat pantang bau asap rokok belum tentu aku sihat sepanjang masa.Allah Maha Besar aku sujud padamu, aku mmg akur dgn ujianmu.

05 April 2010

Bila dah sakit macam nie?

Bila dah sakit macam2 difikirkan?Rs kecewa pun ada namun perjalanan harus diteruskan.Cuma diri ini dah mengalah sebenarnya sehingga hati aku berkata2 yg bukan2.Aku akur inilah padahnya bila aku xberingat sebelum kena.Tapi bila dah mcm nie tak keruan dibuatnya.Namun aku yakin ini semua balasan tuhan pada aku.Sesungguhnya aku masih bersabar...

02 April 2010

Wajar terima balasan?

Dulu aku ada gak mesej kt ko and ko pun balas tapi sekarang ko dah xnak balas mungkin disebabkan ko dah tahu kejahatan aku jadi ko pun mcm nak menarik diri.Sekarang ko terima reaksi aku pulak.Jangan harap aku nk tegur ko walau aku tau ini bukan cara aku, tapi apakan daya ko yg ajar aku cara untuk menyombongkan diri.Maaf ye...