Pages

31 Disember 2009

2010

Hanya tinggal berapa jam sahaja lagi akan masuk ke tahun 2010 mengikut kalendar orang putih.
Seperti biasa kita dgn azam dan harapan bagi tahun baru.Aku juga mempunyai azam yang baru walaupun hampir setiap tahun tidak menjadi.
Cuma untuk tahun 2010 ini aku:
  • nak kurangkan dosa seberapa banyak yg boleh.Tahun 2009 banyak sgt dosa yg aku buat.aku berharap sgt agar tahun baru memberi peluang aku memperbaiki diri aku menjadi jahat kepada kurang jahat, baik menjadi lebih baik.sekurang2nya adalah sedikit perubahan dalam hidup aku.Aku kena ingat sebb umur meningkat dan kita pasti akan tua.
  • nak kurangkan perasaan sensitif aku.amat sukar rsnya sebb dah semulajadi dalam diri.apapun aku cuba juga sebb sensitif ini kadang2 melemahkan aku sendiri.
  • nak kurangkan berat badan aku yg semakin hari semakin berat.Bila dh berat nk bergerak pun susah, penyakit pun senang dpt dan body pun memg xcantik la.dpt kurang sikit pun jadilah asalkan ada perubahan.
  • harap di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki. harap rezeki aku bertambah samada daripada perniagaan atau apa sahaja yang halal.bisnes ada tapi xmenjadi sampai ke hari ini.promosi mcm2 aku dh buat tapi rezeki belum ada lagi.

Selamat tinggal 2009, 2009 meninggalkan detik yang hitam dalam hidup aku.Semoga 2010 memberikan aku kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi hidup yang ini.Hidup bebas tanpa dosa.Insyallah.Aku cuba berubah walaupun sedikit.

Jangan baca kerana menyakitkan

Geram dan benggang!Dah lama aku pegang jawatan tu bagi la kt orang lain.Aku dah bosan dgn jawatan tu, sampai nk termuntah dibuatnya.Aku tiap2 tahun mengharapkan agar aku disingkirkan dari jawatan tersebut tapi makcik sorang nie bagi jugak jawatan tu kt aku.Orang lain yang nak sangat jawatan tu dikekalkan akhirnya disingkirkan jugak.Masalah aku dah xda hati kt jawatan tu.Depa pun heran kenapa aku masih pegang jawatan tu.Dulu dia dah slow talk dgn aku yg dia xnak bagi lagi jawatan tu kt aku katanya dah ada pengganti.Tapi tahun depan aku dapat jugak jawatan tu.Aku bkn nk lawan tokey tapi aku dah xnak jawatan tu.Dah banyak kali aku mohon tapi ko tak tunai jugak.Aku mmg benggang teramat sangat cuma aku masih waras agar aku tak buat benda tak senonoh dekat kamu je.Apaun tahun depan aku mmg boikot habis habisan.Aku dah letih nk mengharapkan keajaiban.Pandailah aku nk buat sesuatu nanti.

29 Disember 2009

Iklan besarkan payu dara

Sekarang iklan terus terang dan xda segan silunya mengiklankan apa sahaja produk asalkan ianya laris.Kalau nak diikutkan iklan tu memang lucah tapi kenapa pihak penyiaran benarkan iklan mcm tu.Memg la secara logiknya kita semua dah matang tapi bagaimana golongan kanak2?Kalau tanya gol wanita pun perkara tu adalah sensitif bagi mereka.Nak besarkan payu dara untuk apa?Aku segan nk jawab sebab jawapannya pasti mengairahkan.
Dulu iklan rokok telah diharamkan sebb rokok mmg membahayakan kesihatan.Tapi iklan lucah pulak dah mula bersepah sekarang.Bukanlah lucah terang terangan tapi gambarannya cukup jelas menyentuh sensiviti gol masyarakat tertentu.Apapun kita tak ada hak kita pun xbanyak duit kita pun gol kecil kita pun mmg tak ada kuasa.Kita hanya mampu merintih dan kadang2 kita lebih mudah dipijak2.Ingatlah...

27 Disember 2009

Kelakar pengakuan artis

Ada artis tu buat pengakuan nak elak badi gambar bogel, yang kelakarnya pakaian penuh dengan lurah dendam.Buat pengakuan tapi duk tayang body mantap susah sikit orang nk serius kecuali pakaiannya sudah menutup aurat.

25 Disember 2009

Cara Membuat Flash

Korang sapa di sini pandai buat banner bergerak (flash banner).Sekarang aku cuba mempelajarinya tapi menemui jalan buntu.Banyak cara dah aku buat tapi untuk mengaplikasinya aku memg xreti.Kalau ada sesiapa yang pandai korang blhlah share dengan aku di sini.

23 Disember 2009

Seksinya iklan beras

Alahai nipisnya pakaian apabila melihat iklan beras.Aku tak nak la sebut nama iklan tersebut nanti aku kena ban.Cuma aku heran wanita jadi sasaran untuk tarikan pelanggan. Kononnya apabila makan nasi daripada beras tersebut boleh cantik macam body dia kot. Apa sahaja untuk tarikan tetapi alangkah manis jika menutup aurat.
Lu fikirlah sendiri.

17 Disember 2009

Tak Sabar Nak Tunggu

Pukul 6 ptg nie berlangsung bola sepak Akhir Sukan Sea antara negara kita menentang Vietnam.
Kalau sesiapa tak berminat blhlah pegi bersiar-siar hari ini.
Dua channel ada live tv2 dan tv3.
Jom support team Malaysia.
Malaysia Boleh!!!

14 Disember 2009

Tak tahan dibuatnya

Sebut sahaja sate pasti ada yang terliur, namun aku sabar jugak sebab aku dah pekena nasi kandar Seri Pelita.Memang sedap tak terkata.
Selepas menikmatinya aku lalu depan Serai Sate Kajang, tiba2 terliur nak makan sate.Aku ingat bukan sate Hj Samuri punya tapi keinginan untuk mencuba begitu ketara sekali.
Namun aku tabahkan hati aku guna ayat pengunci kalau aku makan sate nanti gigi aku lagi sakit.
Aku pun berlalu begitu sahaja.
Namun keinginan untuk mencuba pasti terasa.

11 Disember 2009

Malaysia menang, tapi sayang...

Malaysia menang tapi sayangnya tiada siaran langsung.Ini senario yang kerap kali berlaku di mana Malaysia bertanding di peringkat antarabangsa.
Malaysia menang menentang Thai 2 1 dalam perlawanan petang tadi dalam pertandingan sukan Sea di laos.Seterusnya Malaysia layak beraksi di peringkat separuh akhir.Apa yang nk aku luahkan di sini ialah tiada perlawanan secara langsung.Buat pertama kali Malaysia tidak membuat liputan secara langsung sukan Sea kali ini.Bunyinya hak penyiaran kali ini agak mahal iaitu 2juta ringgit kalau tak salah aku.
Tapi kenapa negara lain blh buat, cuba lihat di bawah ini negara yg membuat liputan langsung sukan Sea.
IOC Code Country TV Station
BRU Brunei Darusallam RTB
CAM Cambodia TV5 Cambodia and Apsara TV
INA Indonesia TVRI
LAO Laos LNTV, Lao Star Channel (Host Broadcasters)
MAS Malaysia
MYA Myanmar MRTV-4
PHI Philippines NBN, IBC
SIN Singapore Channel 5
THA Thailand NBT
VIE Vietnam VTV, VTC Digital
Malaysia sahaja yang tiada siaran langsung, blh dikatakan semua negara ada mengadakan siaran langsung.
Aku heran kenapa kita nie kerap sgt dgn hiburan, drama dan sebagainya.Aku tak nampak sukan itu mendapat liputan yang luas.Kita kerap kali mengeluh bila melihat aksi Malaysia.Kerap kalah apabila bertanding.Perlu diingat xkan nak tunggu menang baru nk ada siaran langsung.
Siaran tv di Malaysia punyalah banyak tapi xda pun ambil peduli dgn liputan sukan.Mujurlah ada berita sukan kalau tidak sukan kita tidak akan berkembang di mana2.Peranan media sgt penting sebenarnya dalam memberi liputan sepenuhnya tentang sukan di negara kita.
Cuma aku perhatikan siaran tv kerap tayang drama indon, drama indon blh dikatakan setiap channel ada.Pukul 2 ada pukul 3 ada pukul 6 ada, malam pun ada.Masing2 nk berlumba tayang drama indon.Bayangkan drama melayu pun ada watak bibik ala2 indon. Kemudian dunia artis, mcm2 pertandingan dibuat samada budak kecil, budak besar dan termasuklah orang asli.
Semua nk dibuat pertandingan, sbb ratingnya agak tinggi kot.Kemudian perihal kehidupan artis sampaikan artis pantang makan pun nk diceritakan melalui tv.
Aku bukan anti hiburan cuma aku nk keadilan,kadang2 aku tgk liputan sukan adakalanya ada tapi dah lewat malam, itupun siaran tertunda.Orang dah nk tido nk buat apa tayang sukan lagi.
Mujurlah ada astro itupun berbayar dapatlah Malaysia mengikuti perkembangan bolasepak terutamanya di luar negara.
Buka mata lihatlah apa perkembangan sukan di Malaysia.Aku kalau banyak duit aku nk buka khas untuk sukan di Malaysia sahaja.Apa jenis sukan dan sebolehnya dibuat secara langsung.
Harap berilah harapan yang tinggi untuk sukan di Malaysia.Tahun depan F1 Malaysia dan kalau begini liputan yang diberikan, usaha untuk mempromosikan dan perkembangan sukan di negara kita tidak kemana.

p/s:salah siapa

10 Disember 2009

Aku gay ke?

Aku terima sms daripada seseorang yang memang aku tak kenali.
dia:Aku Alex, ko?
aku:Aku lelaki, ko nak apa?
dia:Aku sunyi la, aku perlukan teman.
aku:ok, aku agent bio asli marilah join dengan aku.
dia:i tengah lan***
aku:woi gila ke, aku lelaki la, dah jangan gangu aku lagi.

kemudian dia call aku , aku angkat dengan suara yang garang, dia cakap hello2 terus aku letak.

dia:boleh tak aku nak isap ba**** u, sedap tau

Geram sungguh aku, agak aku la gay rasanya.Aku terus blok nombor dia.Padan muka dia.Fitrah manusia yang dijadikan berpasangan kepada nak cari sama jantina.

08 Disember 2009

Alahai aku kena bawak kereta besar ke?

Smlm aku beli pasu kat nursery.Murah pun tak jgak.Harganya rm5.50 langsung tak blh kurang, dia kata tak mcm kedai lain letak letak rm6.00 dapat kurang rm5.50.
Dah la tak dpt kurang kemudian mcm nak tak nak je layan.Aku mintak dia tlg carikan pasu yang seakan2 sama warna pun dia xnk tlg.Sombong la tu padahal aku dgn dia je kt situ.Apek tua la katakan.
Tiba kereta mercedes parking belakang aku.Tu dia cina apek tadi siap tlg bukakan pintu kereta lagi.Aku yang dtg dgn kancil buruk aku nie dia buat derk je.Dia pun melayan dgn baik cina yang bawak mercedes tadi.Aku dia biarkan begitu sahaja.
Geram pun ada cina apek tadi tlg carikan dia pasu tlg masukkan tanah lagi ke dalam pasu.Tlg carikan yang elok punya pasu.Aku nie langsung tidak dilayan.Nampak sgt berat sebelah.Mentang2 la pakai kancil ko layan aku mcm nk tak nak jer.Siap sound lagi nk pilih pasu biar elok2 nanti takut pecah.Nak je aku melenting kat situ.
Sebenarnya ada nursery yang lain aku pg sebelum nie.Layanan cukup baik.Aku datang je terus dia panggil aku tuan.Dia siap follow aku lg nk pg mana2.Dia siap masukkan pasu lagi dlm kereta kancil aku.Dia siap bagi murah lagi.Dia siap bagi cadangan lagi nak dpt hasil tanaman yg baik.
Cukuplah lepas nie aku xnk pegi nursery tu lagi.Dia pun apek tua jugak tapi layanan first class.

07 Disember 2009

Sidai benda kecik kat luar

Bising mak bapak aku bila jiran sebelah sidai suar dan baju kecik kt pagar kongsi rumah aku.
Aku nk cover mcmana bukan hak aku nk menegur.Jiran pun satu mentang2la anak2 depa balik jgnla duk sidai benda tu kat luar.Tak tau malu ke?
Aku yg jantan nie pun segan nk sidai kt luar dan aku jugak xpenah kuar pakai suar pendek.
Aku bukanlah alim sgt tapi malu aku memg bertempat.

p/s:perlu ke aku buat pagar tembok?

06 Disember 2009

Tulisan Siam

Korang perasan tak ada setengah produk yang dijual di Malaysia tertera dengan tulisan siam pada kotak atau bungkusan tersebut.Aku tak pandai tulisan siam tapi macam nk mengambarkan produk itu dipackkan di siam.
Antara biase yang aku tengok ialah pada kotak ubat gigi kemudian yang terbaru iaitu kotak chewing gum.Aku kadang2 main belasah jer tapi aku fikir balik dan soal halal dan haram aku keliru samada aku perlu pilih produk tersebut atau tidak.
Cuma aku harap syarikat tersebut jelaskan etika penjemaan ini dari segi kelulusannya.Korang bayangkan kalau makanan ada tulisan siam pasti korang pun curiga juga, betul tak.
Jadi hati2lah ye, kalau korang ada maklumat lanjut korang blh share di sini.

05 Disember 2009

Kalau, kalau sampai bila pun tiada perubahan

Kita nie suka sgt sebut perkataan kalau, kita nie bukan tau pun masa depan dan keadaan kita yang seterusnya, sebab manusia nie hanya mampu merancang.
Ini kes geram la nie, bila sesuatu tak menjadi duk mengeluh sebut kalau, kalau, kalau.Nasib baik tak jadi M Daud Kalau.
Cthnya beli hp, kalau tau hp tu cepat rosak mmg tak beli pun hp tu.Masalahnya kita mmg xtau pun hp tu mmg jenis cepat rosak, jadi bila dah rosak sabar jela nk buat mcmana.
Cth lagi bawak kereta tiba2 acident kemudian duk mengeluh kalau tau acident baik naik bas je td. Lagi satu asyik salahkan kita sebb kita yang membuat sebarang keputusan.Kadang2 sakit hati jugak kesalahan kita semua dia nampak tapi kesalahan dia tak ada sape berani pun yang tegur.Mmg melampau. Inilah masalahnya diri kita yang tak mau bersyukur dengan kurniaan tuhan.
Aku pun banyak bersabar sekarang, kerana kita harus beringat tuhan sentiasa menguji keimanan kita.

02 Disember 2009

Bank yang mesra pelanggan

Aku masuk sebuah bank yang ramai sangat orang aku tengok nombor sedikit ajer, lalu aku pun tekan nombor.
Nombor aku 1165 tapi sekarang baru 1160 dan ada 5 pelanggan lagi.Aku hairan yang balance lagi nie apa urusan mereka.
Rupa-rupanya kroni mereka yang masuk sekali.Boleh dikatakan lengkap satu keluarga.

Aku marah ke, tak la cuma aku xada tempat nak duduk.
Aku marah ke, xda la cuma aku nie mcm orang bersalah je asyik tgk apa yang aku buat.
Aku marah ke, ye aku marah sebab korang bising mcm pasar.

Aku harap pihak bank benarkan orang terlibat sahaja masuk dalam bank kecuali ada sebab yang kukuh baru dibenarkan masuk.Kalaulah bank ada sediakan minuman aku jangka depa duk bawak nasi duk berkelah dalam banklah jawabnya.

p/s:mungkin depa nak rasa exon yang nyaman dan dingin...

Umur muda tapi...

Alahai sayangnya badan umur muda tapi dah mula hisap rokok.
Apalah nikmat rokok tapi mereka yang dah terkena bunyinya amat sukar untuk memberhentikannya.
Yang menarik pelajar sekolah duk merokok sambil menyorok.Tak kira mana2 tempat asal dapat merokok.Janji puas dan nampak macho agaknya.
Terima kasih kerajaan yang tak bagi merokok di tempat awam cuma agak malang ada manusia yang selamba merokok di restoran2.
Alahai badan apakan daya nikmat merokok ada pada yang tua dan muda.
Sakit belakang kira, cuma tuhan nak uji aku kerana aku tidak merokok tapi penyakit juga ada, mungkin ada hikmahnya.

p/s:ada nampak tak perempuan yang pakai tudung merokok?