Pages

31 Oktober 2009

This blog is open to invited readers only

This blog is open to invited readers only

http://zahidah87.blogspot.com/

It doesn't look like you have been invited to read this blog. If you think this is a mistake, you might want to contact the blog author and request an invitation.

You're signed in as myworld@gmail.com - Sign in with a different account

Nampaknya xdapat lagi menatap wajah kesayangan hamba ini.Blognya menarik untuk ditatapi tapi apakan daya sebb hanya orang tertentu sahaja yang dapat menikmati postnya.Apapun good luck to u.

Bila bagi pinjam kamu buat hal

Nak pinjam xsabar sgt konon mcm kamu hidup merana,
menangis teresak2 rasa mcm xcukup makan,
tapi bila nk mintak balik kamu bg mcm2 alasan.
Jangan pecaya kepada sesiapa yang ingin meminjam
kecuali mak dan ayah sahaja.
Bukan kedekut bukan berkira tetapi duit bukan
aku kutip tepi longkang atau aku cop duit.
Aku juga berkerja dari pagi sampai petang.
Jadi perihal orang berhutang kamu sudah sendiri maklum.

30 Oktober 2009

Adik pergi ke Sarawak

Adik dapat bekerja di Sarawak selama 2 or 3 hari.
Seronoknya aku cuma tumpang gembira.
Orang Sarawak bagitau kat aku apa makanan menarik di sana supaya senang aku nak suruh adik aku belikan.
Seumur hidup aku tak pernah naik kapal terbang.
Aku dengar pengalaman orang sahaja.
Bukan setakat naiki kapal terbang naik keretapi laju pun belum lagi.
Kalaulah aku di Kuala Lumpur aku pasti digelar anak kampung yang original.

27 Oktober 2009

aku ingin pernafasan seperti sedia kala

Post yang kerap jugak aku ulang berdasarkan pengalaman hidup aku sebelum ini kini kembali menghantui diri.
Aku bernafas ikut mulut hampir 80%.Paling mengecewakan ketika hendak tidur apabila aku bernafas mengikut mulut kerana hidung aku sumbat.
Aku seringkali mengucap kerana kadang2 aku amat sukar untuk bernafas.
Tidur aku tak seenak dulu.
Aku harap kembali normal seperti insan lain

26 Oktober 2009

Adakah engkau fikir dengan apa yang aku fikir

Aku fikir engkau memahami apa yang aku alami, tapi aku tak fikir engkau peduli dengan apa yang aku alami.
Aku tak kisah aku tak peduli cuma aku terpaksa menjalani kehidupan dengan kesanggupan yang agak perit sekali.
Aku faham kau tak nak tegur aku dan aku jugak tak heran kalau kau tak ambil berat tentang aku.
Aku juga faham rancangan di tv atau sosial yang lain lebih kau selami daripada aku insan yang tak mungkin berguna kepada engkau di saat ini.
Engkau nampak aku mudah engkau nampak aku macam hati batu tapi diriku merayu kerana syurga menjadi idaman ku.
Aku dah makan aku dah minum engkau ada peduli?
Aku bekerja aku berusaha ada engkau peduli?
Aku xkisah cuma aku ada hati yang perlu aku peduli dan sayangi.
Aku teruskan hidup seperti biasa cuma hak aku hak aku jugaklah bukan hak engkau walaupun engkau ingin jugak hak engkau.
Jiwa ditarik penuh emosi aku lalui dengan penuh hormati sekali.
Tidak mengapa kerana aku bukanlah manusia sempurna di hati mereka, cuma jangan cabar aku kalau diriku diperkotak katik sepenuhnya.

25 Oktober 2009

Jersi merah menghangatkan suasana malam ini

Ayuh penyokong setia red devil dan Liverpool menyaksikan pertarungan epik yang menjanjikan kepuasaan untuk semua peminat fanatiknya termasuklah aku.
Jangan lupa sediakan kacang tanah coca cola dan ajak kawan ramai2 tonton siaran ini di ESPN jam 9.55 malam.Kalau xpakai astro anda boleh tidur sekarang heheh.
Berbatov yang ala2 slow motion diharap menjadi hari ini, nani yang kerap sgt tunjuk skill tersendiri cubalah senyum sikit pasing bola kat kawan.
Diharap Manchester United mampu gegar jaringkan gol seberapa banyak yang boleh dapat satu pun jadilah walaupun baju anda kureng menjadi pojaan hatiku.
Apapun aku adalah penyokong setia MU sejak era David Beckham dan Eric Cantona lagi.

Perhatian untuk penternak ikan haruan

Sememangnya ikan ini kurang digemari namun disebaliknya ikan ini mengandungi khasiat yang tersendiri terutamanya wanita yang lepas bersalin.Menurut pakar perubatan ikan ini menyembuhkan luka2 kecil terutamanya yang lepas bersalin secara pembedahan.Ia dapat memulihkan luka2 dalaman dengan cepat dan baik.Jadi memang banyak khasiatnya.
Tetapi untuk mendapatkan ikan ini agak sukar kerana tak ramai yang membela atau menternak ikan ini secara komersial.Kita mungkin sinonim dengan ternakan lintah,cacing dan sebagainya namun ikan haruan ini mungkin agak sukar untuk menternaknya.
Jadi mana2 kawan yang yang ada menternak ikan ini sila maklumkan kepada saya kerana saya berminat dalam aktiviti ini.

23 Oktober 2009

Siapa nak temankan aku

Aku tgh boring la , bila cuti jer boring xtau nk buat pe, smlm dh letih basuh kain cadang ari ini nak enjoy la sikit tp xda kawan nk ajak kuar la.
Sape sudi temankan aku skrg, serius cakap aku mmg xda teman istimewa kalu ada ada pun dia dah lari aku mmg nk cari kawan skrg.

22 Oktober 2009

Boring sungguh basuh kain

Salam semua, maafkan aku kerana lama xlog in blog.Apapun catatan aku mulakan dengan cerita yang membosankan.
Aku malas basuh kain , dah la spin aku rosak jenuh la nk perah kain. Malas sgt la kemudian nak sidai pulak, adoi rasa nk jer p anta kat dobi tapi caj mahal pulak, bayangkan aku amik masa yang lama semata 2 nk proses kain yang dibasuh tadi.Banyak kerja tergendala semata2 nak basuh kain, sampai nk post blog pun xsempat, heheh.
Begitulah hakikatnya aku bayangkan kaum wanita yang xpernah jemu membasuh kain menyediakan segala2nya untuk suaminya.

17 Oktober 2009

Perhatian bagi awek yang masih single


Awek kat atas dah tinggalkan aku,
dia kata aku tak sabar orangnya,
ada awek lain yang boleh sabar dengan aku?

14 Oktober 2009

Gadis kampung Separa Bandar mengenapkan angka 100

Kini followers telah menjadi angka 100.
Bukan senang nk dpt rating 100.
Followers seperti kata tuya kalau xsalah aku menjadi followers xsemestinya kita mengikuti sepenuhnya blog yang kita follow tersebut, tetapi sekurang2nya kita telah mengiklankan diri kita di blog yang kita follow.
Seharusnya aku harus berbangga dengan pencapaian ini kerana:
blog aku xmcm org lain ada lagu hiburan dan sebagainya.
blog aku sgt sederhana hanya cetusan yang terlalu biasa dgn kehidupan seharian.
rupa penulis juga bertutup menandakan penulis agak malu menonjolkan diri di khalayak ramai.
Apapun aku harus berbangga dengan angka 100 dan semoga bertambah lagi hendaknya.

13 Oktober 2009

Aku harungi jugak walau amat sukar mengharunginya


Aku main redah je
aku xpeduli apa hang nk kata.
Aku main belasah je.
Sbb sampai bila nk jaga hati orang.
Aku pemalas?
Ikut suka ko la nk ckp apa.
Aku xpandai berdikari?
Ikut suka ko lah nk andai apa sahaja.
Aku xtegur hang?
Ikut aku la aku punya suka.

aku nk bgtau
aku ada kelemahan
mcm ko jgk ada kelemahan
ko kena terimalah seadanya
ini duk bercerita ttg kelemahan aku

Sekarang aku main redah je...
dh letih nk main dgn perasaan...
dh letih nk jaga hati n perasaan...
tp mulut ko xpnh perasan
menyakitkan hati org lain
yang ada perasaan

aku respect ko
tp biarlah ada hikmahnya
klu asyik pandang negatif
smkn hari semakin teruklah keadaannya.

ps:ko buat derk aku pun buat derk jgk

12 Oktober 2009

Dulu aku 'lauk' diaorang



Dulu aku lauk sedap sgt untuk dinikmati oleh org tertentu.
Dulu mintak je aku bagi.
Mintak duit aku bagi.
Mintak topup aku bagi.
Aku nie xreti nk ambil peduli.
rm50 mcm rm5 yang aku bagi.

Sekarang aku dah ubah pendirian.
Setitik peluh aku kuar akan aku kira selepas ini.
Aku cuba 'tinggal'kan yang lama dan baru sebb
sakit yang lama juga amat jarang berubah.
Kau cara engkau aku juga mungkin xubah
dengan cara aku.
Siapa betul siapa salah hanya hati yang merasa peritnya.

Sekarang aku xpeduli.
Konsep 1 Malaysia pandailah bawak diri.
Lebih duit tu aku isikan makanan dalam perut aku.
Apa sahaja aku nak aku order dari aku
memberi percuma kepada orang2 yang tertentu.
Kalau ada salah dan silap aku mohon banyak.
Nak dekat rm1000 agaknya duit aku habis.
Aduhai kenapa la aku alpa
rm1000 bukannya rm10.

10 Oktober 2009

Aku ditipu sehebat yang mungkin

Aku kenal budak nie dalam ruangan sembang, al maklumlah sunyi rsnye bosan rsnye pekena la dgn ruangan kenalan nie.
Ada sorg budak Ipoh konon baik hati nk jumpa aku,dia pun mengaku dah tunang tp berhajat nk jumpa aku.
Sekadar nk jump sahaja bukan ada niat lain pun.Aku pun bergerak dari Penang jam 8 mlm jangka leh sampai kul 9.30 mlm.Sampai sahaja aku cll dia.Dia off hp, alamak aku dh jangka mmg aku terkena kali ini. Banyak kali aku call tp dia offkan hp.Aku dh xtahan lagi nie dan sampai kul 11 aku duk pacak depan Jaya Jusco.Alamak terkena aku kali ini.
Aku pun pulang hampa duit tol duit minyak xkira lagi tu.Kemudian aku try la call dia pun jawab dia kata dia kuar dgn tunang malam tadi.Adoi makcik aku dah kata ko free x ko jwb free, tunang ko marah x, dia jawab x tunang dia xtau.Ko berani sumpah , berani sumpah la aku xmain2 bukan aku nk pangil tunang aku pulak.
Mmg sakit hati la, tapi aku pun benggong gak la mudah sgt pecaya pada wanita cm 2.
Hikmahnya jgn mudah pecaya dgn org yang kamu tidak kenali.Hikmahnya jangan berdendam sesama sendiri.

07 Oktober 2009

Handphone yang menjadi pujaan korang

Cerita dh lapuk dah basi kot tp skdr nk share jer, xpe kan.
Aku sbnrnya mengantuk ni tp aku malas nk tido waktu pagi begini, maklumlah skrg aku duk bernafas ikut mulut sebenarnya.
Aku pakai sony, hp nie mmg ok mmg lengkap segalanya tapi kdg2 ssh nk dpt line ketika waktu terdesak tapi nokia xda masalah line sentiasa mudah dapat.Kadang2 ada pro dan konta menggunakannya.
cadang aku nk tukar hp buatan Malaysia punya.Tapi aku blm survey sepenuhnya lg.Tapi byk jugak kelebihannya antaranya:
ada tv
blh on 2 sim card
Mmg susah nk dpt klu jenama lain klu ada function mcm2.Dulu aku guna hp China.Mmg nampak smart tp masih ada kekurangannya antaranya:
tak sampai 15 minit rs panas kt telinga
susah nk aktif gprs sbb dlm senarai tetapan amat jarang ada jenama dari China
Dulu penggunaan handphone nie mmg extrem jugak aku menggunakannya tp skrg dah kurang namun aku masih memerlukan hp yang blh anta gambar dan tangkap gambar.
Mmg la ada hp murah skrg bawah seratus pun ada tp teringin jugak yang canggih, tapi nk gasak cukup2 baik beli hp murah je.
Senang citer ambik 2 or 3 biji hp, tapi time abis kredit tu yang xtahan dibuatnya sampai 2 or 3 simcard nak ditopupkan sekaligus.
Kesimpulannya aku masih mencari hp yang sesuai sekali untuk aku gunakan sebaik mungkin.
Tapi trade in mesti tolak murah punya.Mcm tolak kereta jelah.

06 Oktober 2009

Erti nikmat hidup ketika ini

Terkejut jgk tgk pengikut dh kurang sorg, sape yg berani kuar dari blog aku ni,
mmg nk kena nie...
xda lah gurau je sbb jd pengikut xsemestinya mengikuti sepenuhnya blog aku ini.
Erti nikmat hidup aku ketika ini ialah harapan agar hidung aku dpt bernafas secara semulajadi dgn menikmati tidur yang lena diulit intan.
Sekarang aku duk bernafas menggunakan mulut.Kes ini dah lama cuma aku feedback balik sebb kejadian ini berulang kembali.
Btl ke sakit mengurang dosa yang telah kita lakukan selama ini?

05 Oktober 2009

Hari yang membosankan tanpa kerja

Kadang2 kita ada hari yang membosankan tanpa kerja.
Kadang2 suka mengeluh kerja banyak tp xda kerja jugak mengeluh jugak.

Serba xkena dibuatnya.
Apapun aku kena cari kerja sebelum kerja mencari aku.
Sebelum kerja menjadi banyak.
Sebelum kerja membuat aku stress.

02 Oktober 2009

Segalanya berjalan dengan baik walaupun mengambil masa 12 jam

Aku cemas dalam masa 12 jam.Akhirnya aku lega dan syukur.
30.09.2009 hari yang penuh bererti dalam hidup aku.